TITLE (Un)

9 2 0
                                    

Aku Cassandra Imani.Aku berumur 15 tahun.Aku seorang yang agak tinggi dan seorang yang penyayang terhadap kawan-kawanku.Pada minggu hadapan,aku akan berpindah lagi ke sekolah baharu ku.Ya,lagi.Sejak kecil lagi aku sudah terbiasa dengan habit berpindah-pindah sekolah ini.Tah ini sudah kali ke berapa aku pindah pun tak tahu.Walaupun memenatkan tapi seronok lah juga sebab dapat kawan-kawan baru yang best-best dan sporting.Ouh ya,aku juga seorang anak tunggal dan tidak memiliki ibu.Ibu ku sudah meninggal semasa aku berumur 7 tahun.Aku cuma memiliki ayah iaitu Azman dan juga seorang pembantu rumah yang bernama Latipah.Ayah ku bekerja sebagai askar dan disebabkan pekerjaannya itu lah yang membuatkan ku sering berpindah-randah dan ini adalah kisah ku.

Tok! Tok!

“Cassandra,bangun dah lewat ni.” Ayahku mengetuk pintu bilik ku.

“Ya!Nak bangun la ni” kataku dalam keadaan mamai.

“Ha cepat sikit,nak pergi daftar sekolah baru lagi.Nanti tak sempat!” jerit ayah ku perlahan

“Hmm,okay”

Lalu aku bangun mengambil tuala dan menuju ke arah bilik air.

‘Haish,tak sabarnya nak pindah.Mesti bestkan sekolah tu’ kata ku di dalam hati

Setelah selesai mandi Cassandra pun turun ke bawah.

“Cassandra,jom makan” panggil Cik Latipah.

“Okay” kataku lalu menuju ke meja makan.

“Cepat sikit makan,nanti lambat.” kata Encik Azman.

“Ya,sabarlah” kataku lalu kembali menyuap sesudu nasi.

“Okaylah,Cik Tipah nak kemas dapur dulu kalau Cassandra nak apa-apa panggil je Cik Tipah” kata Cik Tipah lalu berlalu pergi.

Okay.

Setelah makan aku pun bergerak ke destinasi yang ditujui.

Dalam beberapa jam,kami pun sampai di destinasi.

Aku melihat sebuah sekolah yang besar dan cantik.

SMK THE QUEEN SYA.

Kami bergerak masuk ke dalam sekolah dan menuju ke pejabat di mana letaknya bilik pengetua mereka.

Ayahku berada di dalam manakala aku menunggu di luar sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Terlihat sekumpulan murid-murid sedang berkeliaran di situ.Terdapat juga cikgu-cikgu berjalan menuju ke bilik guru.

Aku memerhatikan guru-guru disitu.Dari segi rupa mereka kelihatan sangat baik.Harapnya nanti begitulah.

Selang beberapa minit aku dikejutkan dengan panggilan ayahku.

“Cassandra,jom” kata ayahku

“Jadi macam mana ayah?Cass masuk kelas apa?” kata ku yang sudah tidak sabar untuk mengetahuinya

“Tak silap ayah,kamu masuk kelas 3 A-B” kata ayahku teragak-agak.

“3 A-B?” tanya ku penasaran.

………..

Semasa sampai di rumah aku melihat Cik Tipah sedang mengarahkan pekerja-pekerja yang diupahkan ayahku untuk membawa barang kami ke rumah baharu.

Aku pun bergerak masuk ke dalam rumah.

“Cik Tipah,dah angkat semua barang ke?Macam awal lagi je” tanyaku kepada Cik Tipah.

“Entahlah,dah ayah kamu suruh Cik Tipah arahkan je” jelas Cik Tipah.

“Ouhh,okay la kalau macam tu Cass nak masuk bilik dulu” kataku lalu berjalan pergi.

….

Selang beberapa hari.

“Haish,bosannya.Bila lah nak habis cuti ni” mengeluh ku bersendirian.

Tok!Tok!

Aku membuka pintu bilikku perlahan.

“Cass,Ayah nak pergi mall ni nak tengok barang-barang yang nak bawak dekat rumah baru nanti.Cass ada nak beli apa-apa tak?” tanya ayah ku.

“Takde,lagipun barang-barang sekolah Cass semua masih okay”

“Ha okay la,ayah pergi dulu kalau ada apa-apa panggil je Cik Tipah tak pun call je ayah kalau ada nak pesan apa-apa” pesan ayahku.

“Okay,bye” kataku sambil kembali menutup pintu.

…….

Keesokan Harinya.

“Cass,bangun.Cik Tipah dah siapkan sarapan ni.Nanti kalau biarkan lama-lama sejuk nanti” jeri Cik Tipah.

“Ya,Cass dah bangun dah ni tinggal nak mandi je.Nanti Cass turun” jeritku

“Ha,cepat sikit” kata Cik Tipah lalu kedengaran tapak kakinya berlalu pergi.

…….

Semasa di meja makan.

“Cik Tipah,bila Cass nak pindah rumah baru tu?” tanya ku

“Cik Azman kata besok baru kamu pindah sana” kata Cik Tipah

“Ouh,Cik Tipah ikut sekali kan?” tanya ku lagi

“Ya,Cik Tipah ikut lagipun Cik Tipah bukannya ada sapa-sapa lagi dekat dunia ni.Ada kamu berdua je ha” kata Cik Tipah

“Alahh,Cik Tipah jangan risau lah.Cass dan papa sentiasa ada untuk Cik Tipah” senyum ku

…..

Keesokan Harinya.

Kami bertiga bergerak ke rumah baru kami setelah mengemas dan menghantar segala peralatan dan perabot yang tinggal dia sana.Semasa perjalan kami lalu di hadapan sekolah baharuku.

‘Hmm,tak sabarnya.’ kataku di dalam hati.

……

Setelah beberapa jam perjalanan kami sampai di rumah baharu kami.

“Wah,lawanya!” jeritku teruja

Kelihatan orang-orang upahan Encik Azman sedang menyusun perabot-perabot yang dibawa.Cik Tipah pula mengangkat barang-barang yang berada di bonet kereta kami sambil dibantu oleh Encik Azman.

Aku meluru masuk ke dalam rumah untuk melihat rumah baharuku itu.

“Cantiknya!Ada dua tingkat!” kataku teruja

Setelah beberapa jam menyusun perabot kini rumah baharuku itu telah siap dihias.

“Bilik Cass dekat atas.Cik Tipah punya bilik dekat bawah sebab nanti kaki Cik Tipah sakit lagi nak kena naik tangga bagai” jelasku

Cik Tipah yang melihat kerenahku hanya tersenyum kecil.

TITLEWhere stories live. Discover now