Selepas mengejutkan Baekhyun dari tidur, kami turun bersama.
Aku tidak banyak bercakap. Kata2 Baekhyun tadi membuatkan keinginan ingin tahu aku bertambah.
Siapa sebenarnya Taeyeon yang Baekhyun cakap tu? Apa hubungan dia dengan Taeyeon? Berapa lama dia orang kenal. Apa perasaan Baekhyun dekat Taeyeon?
Aku akan tanya dekat EXO nanti.
-di U-
Semasa break, aku pergi mencari EXO. Tiba2, aku ternampak Sehun yang sedang duduk sambil membuat assigment di salah satu meja yang terletak di taman U. Aku segera pergi ke arah Sehun.
"Sehun." Aku menyapanya.
Sehun pusing ke belakang dan terkejut dengan kehadiranku.
"Kiara. Macam mana kau boleh ada dekat sini?" Soal Sehun.
"Ah! Tu tak penting. Aku ada soalan nak tanya kau ni. Penting." Kataku tidak mengendahkan kata2 Sehun tadi.
"OH! Apa dia?" Soal Sehun. Dia meletakkan pen dan memandangku disebelah.
"Kau... rapat tak dengan Baekhyun? Bukan apa... aku tahulah adik aku musuh dengan kau, tapi serius aku nak tahu sangat." Rayuku.
"Hem... kalau kau tanya aku apa makanan fav dia ke bolehlah aku jawab. Tapi kalau yang lebih dalam tu... kau kena tanya dekat Chanyeol hyung. Sebab dia yang paling rapat dengan Baekhyun hyung." Jelas Sehun. Aku hanya mengangguk.
Selepas mengucapkan terima kasih dekat Sehun, aku pergi mencari Chanyeol pula.
Keinginanku untuk mencari tahu siapa Taeyeon dalam hidup Baekhyun telah menutup segala kebencian aku dekat EXO. Aku cuma nak tahu siapa Taeyeon.
Aku pergi ke practise room EXO kerana tadi Sehun cakap yang dia orang selalu ada dekat sana.
"Weyh, Chanyeol ada tak?" Soalku kepada Suho, Chen, Lay drngan Kai.
"Dia belum sampai lagi. Wae?" Soal Kai.
"Ada hal peribadi. Korang tahu tak dia ada dekat mana?" Soalku menanyakan lokasi Chanyeol.
"Tadi dia cakap dia nak pergi tandas kejap." Kata Lay. Aku mengangguk dan terus meninggalakan mereka selepas berterima kasih.
Aku pergi ke tandas. Tak ada pun. Kataku dalam hati.
Aku menoleh ke belakang dan "ARGHHH!!!" Jeritku dan Chanyeol yang terkejut dengan keberadaan masing2.
"Kau buat apa dekat sini?" Soal Chanyeol.
"Aku nak tanya kau sesuatu boleh?" Soalku.
"Boleh. Kau nak tanya apa?" Chanyeol memberi kebenaran.
Aku menarik tangan Chanyeol supaya mengikutku. Kami duduk di foyer sekolah.
"Sebenarnya, aku nak tanya kau tentang satu perempuan ni." Kataku memberitahu apa yang ingin aku katakan.
"Perempuan? Siapa?" Soal Chanyeol.
"Nama perempuan tu Taeyeon. Kim Taeyeon." Chanyeol terdiam. Tidak tahu riaksi apa yang perlu diberi.
Aku mengenggam tangan Chanyeol.
"Chanyeol-ah, jebal... Bagilah tahu aku pasal Taeyeon. Aku nak tahu sangat ni." Rayuku.
"Okay. Sebelum aku jawab, kau cakap dulu macam mana kau boleh kenal Taeyeon?" Tanpa menjawab soalanku, dia menyoal.
"Semalam aku nak kejut Baekhyun turun makan. Baekhyun mengigau dan sebut2 nama Taeyeon. Cakap jangan pergi-2." Aku menceritakan hal semalam.
"Sasilnan, Taeyeon tu... bekas kekasih Baekhyun masa dia grade 7. Baekhyun cinta mati dengan dia. Simpan gambar Taeyeon dalam phone, dompet, laptop. Sampai satu hari tu, Taeyeon break dengan Baekhyun dan Baekhyun sedih gila. Bakhyun tak makan, tak minum lebih kurang tiga hari. Mata dia jadi sembap sebab asyik menangis. Kalau dia tidur pun, dia akan meracau2 panggil nama Taeyeon samp parents Baekhyun delete semua gambar Taeyeon." Cerita Chanyeol panjang lebar.
YOU ARE READING
LOVE FATE (EXO Baekhyun ff)
FanfictionMereka langsung tidak sehaluan. bagaikan anjing dengan kucing. selalu bergaduh setiap kali bertemu. tapi, mereka telah ditakdirkan untuk berkahwin. kiara terpaksa kahwin atas paksan bapak tirinya. manakala baekhyun, terpaksa kahwin kerana tidak ma...