Part 9

8.1K 824 200
                                    

Datang ke masjid waktu awal-awal ni, senang sikit nak cari tempat duduk. Setiap kali Emir ikut, Haura akan padankan baju si kecil sama dengan baju Amsyar. Hari ni, kurta berwarna hitam menjadi pilihan. Amsyar dan Emir, masing-masing mempergayakan pesak kurta dengan seluar hitam, dilengkapkan sekali dengan songkok. Songkok Amsyar kekal kemas. Songkok di kepala si kecil, belum sampai masjid dah herot-berot.

Masuk ke ruang solat, Emir terus tarik tangan, membebaskan diri dari genggaman Encik Ilham. Kaki itu mula menapak pada salah satu jemaah yang sedang memasang sila di bahagian tengah masjid. "Min?"

Berganti tempat sebagai penjaga pada Emir, Dato' Azham dan Encik Ilham duduk bersandarkan tiang masjid. Amsyar ikut pergerakan si kecil dari jauh, memberi kebebasan untuk Emir menyantuni setiap jemaah yang ada.

"Min?" Dikucup belakang tangan jemaah masjid. "Tank!"

"Min?"

Tinggi betul budi bahasa si kecil sampaikan sedar tidak sedar, dihulur juga tangan pada Amsyar.

"Min? Eh? Ni adda! Ish Mir ni!" Tangan yang dihulur Emir menepuk lembut kepalanya sendiri sebelum menekup mulut yang mengekek.

Amsyar juga turut ikut melepaskan tawa. Sama macam perangai Haura. Gelak tutup mulut. Emir terus didukung, dikucup pipi gebu itu berulang kali melepaskan rasa geram. "Ish, apalah Emir ni. Bersungguh betul awak salam semua orang. Come, kita duduk dengan atuk."

**

Tali telekung dilerai, Haura terus capai telefon bimbit. Banyak alat solek yang dia ingin minta Aina belikan. Kaki dilipat ke dada, dagu direhatkan atas kepala lutut. Kepalanya bergerak-gerak sambil menyenaraikan setiap alat solek. Waktu inilah nak tengok balik setiap video yang ada di media sosial. Mana-mana alat solek yang disebut dalam video, terus dia masukkan dalam senarai.

Berubah terus angin dia bila Puan Khadijah turut masuk ke bilik solat. Badannya terus tegak, senyuman kecil dihantar sebelum dia tutup telefon bimbit. Telekung terus ditarik melepasi kepala.

"Ke mana, Haura? Mama baru masuk, Haura dah nak keluar," tegur Puan Khadijah bila Haura berdiri.

"Haura nak pergi tolong mama. Dah lama dah Haura dekat sini. Mama solatlah dulu," jawab Haura, telekung yang telah dilipat tadi terus disangkut pada rak.

"Haura duduklah dulu. Mama nak pesan ni." Lembut tangan menantu diraih.

Pandangan mata dari mentua acap kali dipotong dek rasa gugup, dia bermain pula dengan jemari.

"Mama nak pesan ni, Haura. Kita dah ada anak, kita luanglah masa dengan anak. Anak ni, sekejap je membesar. Pejam celik, tahu-tahu dah masuk tadika. Pejam celik lagi, tahu-tahu dah mula sekolah rendah. Haura anggaplah masa Haura dah habis. Sekarang ni, Haura tumpu aje dekat Emir." Mulut memberi pesanan sambil mengusap tangan menantu.

Haura hanya balas dengan senyuman. Mulutnya kekal terkunci.

"Mama cakap ni bukan apa. Mama tak nak Haura rasa rugi bila Haura terlalu tumpu dekat hidup Haura. Kita ni...bila dah jadi mak, hidup kita memang akan fokus pada anak-anak je. Kalau kita sibuk dengan diri kita, tak ke mana pun, Haura. Balik balik duduk dekat dapur, sediakan makan minum suami."

Haura balas pegangan tangan mentua, rona wajahnya lembut, menerima setiap pesanan yang ditutur. "Iyelah, mama. Haura pergi dulu tau. Sekejap lagi yang lain balik, Haura kena hidangkan makanan. Mama soaltlah dulu."

Apa yang dia dengar dari mentua, nak kata masuk telinga kiri, keluar telinga kanan pun tidak. Nak kata membuatkan dia terlalu banyak berfikir pun tidak. Haura dengar sahaja. Yang mana boleh diambil, dia ambil dan terap dalam kepala. Yang mana tak penting, dia biarkan. Macam mana pun, pada Haura, dia tak nak hilang identiti sendiri dalam memainkan peranan untuk keluarga kecilnya sendiri.

Peluang Kedua Buatku (S2)Where stories live. Discover now