"Peanut!"
Belum sempat Hazel meneguk secawan air Mocha Latte itu, dia sudah tersedak. Tak jadi aku nak minum. Cawan itu diletakkan kembali di atas piring. Tenung lelaki itu dengan wajah sedikit terkejut.
Mika Hyder.
Lelaki itu hanya berbaju t-shirt berwarna hitam yang dipadankan dengan seluar jenis hitam. Sepasang ankle boots bewarna biru tersarung di kakinya. Rambutnya juga ditutupi dengan topi bewarna putih. Buatkan dia kelihatan bergaya. Tak peliklah bila tiba-tiba sahaja orang ramai mula memerhati mereka. Lebih spesifik lagi, memandang Mika.
Mika tersenyum sebelum menarik kerusi yang bertentangan dengannya itu. Belum sempat apa-apa lagi, sudah ramai pelayan restoran perempuan datang melayan mahu mengambil order. Hazel pula merasakan dia seolah-olah tidak wujud.
Mika hanya beriak wajah dingin ketika memberitahu pesanannya. Setelah selesai mengambil pesanan, pelayan restoran itu pergi selepas sahaja menghadiahkan senyuman manis.
"Why are you here? Are you stalking me?" Gurau Hazel.
Sudah hampir sebulan mereka tidak berjumpa. Harini muncul pulak dengan tiba-tiba. Apa kes?
"Of course no. I saw you from the outside," jelasnya.
Spontan kepala dibolehkan ke arah luar. Mengharapkan dia dapat melihat seseorang yang dia rindu. Tapi yang dilihat, hanyalah kereta yang lalu lalang. Pasangan kekasih yang saling berpegangan. Kadang-kadang, ada kanak-kanak yang berlari di situ.
"Are you looking for Theo, peanut?"
"No..why would i do that?" Pipi mula terasa bahang.
"Well, your face literally like a tomatoes,"
"Why are you here?" Hazel mengubah topik. Pandangannya dialihkan kembali pada wajah kacaknya lelaki itu.
"My idiot friend want to meet you. 9 pm at Daphne' Cafe."
Hazel memandangnya aneh. Theo nak jumpa aku?
"Are you serious?"
Entahlah. Dia tak tahu kenapa hati ini bergelonjak gembira. Kali terakhir mereka berjumpa pun sewaktu dia membuat persembahan di Piazza Duomo ketika itu. Lelaki itu benar-benar menepati janjinya.
Perbualan kami sekali lagi terganggu bila pelayan tadi datang untuk menghantar pesanan Mika. Mika hanya minum secawan Cappuccino. Hazel turut melihat ada tisu yang terlipat disertakan bersama.
Tiada apa yang pelik sehinggalah Mika mengambil tisu tersebut. Hazel lihat tisu itu bagaikan punya sesuatu yang hitam. Satu tulisan.
"What's that?" Buat tak peduli apabila Mika memandangnya sambil menahan senyum.
Mika tak menjawab. Sebaliknya dia memberikan tisu tersebut kepadanya. Pada hujung tisu itu, tertulis 'Lily' dan ada sebaris nombor telefon di sebelahnya.
"That's why i hate eating at restaurant you know? Most people will get distrating by me," selamba Mika berkata. Tisu yang berada di tangan Hazel juga turut diambil sebelum dikoyakkan menjadi cebisan kecil.
Dia tertawa kecil. Terhibur dengan sikap lelaki itu.
"Okay peanut, gotta go now. See you soon!" Hujung bibir merah Mika naik sedikit. Matanya juga kelihatan bersinar.
Namun wajahnya kembali berubah. Mika menjadi dingin. Langsung tidak berperasaan sebaik sahaja dia melangkah keluar. Bagaikan tiada apa yang berlaku.
Dia ini ada krisis identiti ke apa?