"Inilah projek yang aku bagitahu kau haritu, Dato Naim nak kau sign kontrak ni. Kau setuju tak?" Khairul mengangkat wajah, muka Razaleigh dipandang lama.
"Raz," panggilnya perlahan namun diendah oleh Razaleigh.
Mata dipejam rapat menahan amarah, dia bukan main serius menjelaskan tapi Razaleigh, boleh pula diam. Yang buat hati Khairul sakit bila melihat mata Razaleigh merenung kertas projek itu tapi fikirannya itu yang kemana-mana.
"Raz!" Jerit Khairul geram.
Ambik kau!
Terkejut dengan suara dolphin Khairul, Razaleigh terus memandang Khairul. Tajam matanya mengerling kawannya itu, Khairul. Dari riak wajah Razaleigh sikit pun tidak nampak terkejut dengan jeritan Khairul.
"Kau, pehal?" Tanyanya, serius.
Khairul naik seram dengan suara garau jejaka itu. 'Marah ke?'
"Rilek bro, kau tu haa. Kitakan jumpa sebab nak bincang pasal projek Dato Naim tu tapi kau diam je." Balas Khairul.
"Sorry aku tak fokus,"
"Kau fikir apa? Have problem?" Kertas projek yang ada diatas meja itu Khairul menutupnya perlahan. Abaikan dulu soal projek.
Razaleigh menyilangkan tangan didada, kepala mendongak perlahan bersandar dikerusi. Terdengar suara keluhan yang berjaya dilepas oleh Razaleigh.
"Haih berat sangat ni tengok." Rasa nak ketawa bila tengok Razaleigh macam tu tapi kena tahan. Risau si harimau ni naik darah pulak.
"Kalau kau ada masalah kau boleh cerita kat aku tapi kalau masalah kau ni adalah satu privasi untuk kau, i won't force you. Macam mana aku tak suka masalah aku diketahui sekeliling, aku takkan paksa dia untuk tell me their problem sebab aku tahu perasaan dipaksa tu macam mana," panjang Khairul menjelaskan.
Razaleigh membetulkan posisi duduknya menghadap Khairul.
"Aku dah jumpa Qaisara, Rul." Bagitahu Razaleigh.
Khairul yang mendengar nama wanita yang disebut Razaleigh, terus tak dapat mengawal reaksi wajah. Dia terkejut apabila Razaleigh menyebut nama wanita itu, Qaisara Mailana.
Wanita yang dicari-cari jejaka itu akhirnya berjaya ia temui.
"Kau jumpa Qaisara kat mana?" Khairul terus melemparkan soalan, ingin tahu.
"Kau ingatkan aku pernah cerita kat kau yang akhir-akhir ni nenda banyak sangat beli bunga,"
Khairul menganggukkan kepala.
"Nenda ada order lagi bunga tu and semalam aku sendiri yang pergi ambil bunga tu sebab nenda tak dapat nak pergi. Aku... Jumpa dia kat situ, Rul." Beritahu Razaleigh.
"Kat kedai bunga tu? Qaisara beli bunga jugak?" Khairul kembali bertanya.
Razaleigh menggelengkan kepala, "Tak, kedai bunga tu milik dia sendiri."
YOU ARE READING
𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔
Phi Hư CấuRazaleigh Shah, jejaka yang memilih untuk membenci seorang wanita yang sama sekali tidak mempunyai salah dengannya. Hanya kerana wanita itu disayang dan dikasihi nendanya, dia rasa kasih sayang yang dia miliki selama ini berbagi. Tapi siapa sangka...