3

0 0 0
                                    

"Patut Along suruh mama dengan baba tinggal je Erin kat dusun durian dulu," kata Razin separa berbisik, tetapi cukup untuk didengari Airin disebelahnya.

Airin hanya tersenyum mendengar kata - kata abangnya. Mata mereka berdua tertancap pada Qaisara yang sedang rancak mengadakan konsert orkestra menggunakan gitar mainan pemberian Airin. "Well, anything untuk anak buah kesayangan Erin," balasnya dengan senyuman mengejek dihadiahkan pada Razin.

Sudah hampir 20 minit gadis kecil yang berusia 4 tahun itu bermain dengan gitarnya yang mengeluarkan bunyi - bunyi yang bakal menganggu ketenteraman seisi rumah, dan malangnya Qaisara tidak menunjukkan tanda - tanda untuk berhenti.

Malah semakin rancak dia memetik tali gitar itu.

"Anyhoo, along just gonna gives you a heads up. Nampak tak makcik yang pakai tudung corak - corak hijau tu?" soal Razin, menunjuk ke arah seorang wanita dalam lingkungan 50-an yang sedang berbual dengan mamanya tidak jauh dari tempat dia dan Airin berdiri.

"Kenapa dengan dia?"

"Along ada terdengar yang dia berkenan dengan Erin,"

"Berkenan?"

"Yelah, berkenan. Nak jadikan menantu,"

Wajah Airin menunjukkan riak terkejut. "Oh my god Along, Erin tak ready lagilah nak kenal dengan sesiapa," Airin memberi alasan. Cukuplah Khairil sahaja yang menyakiti hati dia, dia dah tak mahu membuka hatinya untuk sesiapa.

Bukan dalam waktu terdekat.

"Adikku, chill. Its not that mama memang akan force you to be in a relationship with him. Mama cuma nak, you know...pelbagaikan pilihan untuk you," Razin cuba menenangkan Airin yang sudah kelihatan serabut. "Unless already have someone,"

Kali ini Razin menunjuk ke arah Azmir pula, yang sedang duduk di meja makan sambil bermain lego bersama seorang kanak - kanak perempuan yang tidak diketahui milik siapa.

"Kitorang kawan je, okay?"

Razin mencebik bibirnya mendengarkan jawapan Airin.

"Seriously, Along. Erin dengan Azmir kawan je, tak lebih tak kurang,"

"Along tak cakap apa - apa, kenapa bersungguh nak deny?" soal Razin, menjogketkan sebelah keningnya. Suka betul dia menyakat adik perempuannya yang satu itu.

Kalau nak dibandingkan, dia lebih rapat dengan Airin berbanding dengan Raihan, adik bongsunya. Mungkin disebabkan jarak umurnya dengan Raihan lebih jauh, jadi sukar untuk dia memahami hati dan perasaan remaja berusia 17 tahun itu.

"Dahlah. Malas nak layang Along dah," kata Airin sebelum beredar meninggalkan abangnya sendirian. Melihatkan Azmir yang sudah ditinggalkan bermain lego itu sendirian, dia terus sahaja datang mendekati lelaki itu.

Niat di hati cuma kesiankan Azmir kerana bersendirian di majlis itu tanpa mengenali sesiapa.

Menyedari kehadiran Airin yang menghampirinya, Azmir terus tersenyum manis sambil memandang gadis itu. "Hai beauts, how's the party? Did you enjoy it?" soal Azmir apabila melihat Airin yang sedang menghampirinya. "Nah air," katanya sambil menghulurkan segelas air sirap kepada Airin.

"Its goodlah kot. Despite of me tak kenal most of people here, I did enjoy spending time dengan my family," jawab Airin. "Tapi aku rasa kau lagi enjoy kot," tambahnya lagi sambil mengerling ke arah lego yang dimainkan oleh Azmir.

Azmir hanya tersengih seperti kerang busuk apabila ditegur oleh Airin. Dia menolak set lego yang sudah hampir siap dipasang. Kalau dilihat, ia merupakan lego berbentuk salah satu karakter di dalam kartun Zootopia, Judy Hopps. "Macam awak,"

BEAUTIFUL : MOONWhere stories live. Discover now