Elina terjaga dari tidurnya apabila cahaya matahari masuk ke dalam biliknya, dia berjalan dalam keadaan mamai menuju ke bilik air.
"Elina bangun." Ucap Aqil sebelum membuka pintu bilik adiknya. Terkejut Aqil apabila melihat adiknya sudah siap.
"Jom abang adik dah siap, semalam abang ajak adik pergi kem kan?"
"Awalnya adik bangun, selalunya lambat." Ucap Aqil sambil menjeling.
"Diam la!" Ucap Elina sebelum menarik rambut abangnya.
"Adik lepaslah!! sakit!!" Ucap Aqil, Elina hanya tergelak besar melihat abangnya kesakitan.
Elina terlompat-lompat kegembiraan apabila melihat kereta yang akan dinaikinya. Aqil yang melihat adiknya itu hanya tersenyum. Elina yang melihat abangnya tersenyum ke arahnya dia pun membalas senyuman itu.
Jam tangan sudah menunjukkan dua belas tengah hari, akhirnya mereka sampai ke tempat kerja abangnya. Elina turun dari kereta milik abangnya, belum sempat dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menangkap gambar ada seorang perempuan melanggarnya dari belakang.
"Kau buta ke?" Soal Elina dingin.
"You siapa nak marah i?" Ucap wanita itu tanpa ada rasa bersalah. Elina yang mendengar ayat yang dikeluarkan oleh wanita itu sudah menggengamkan tangannya. Belum sempat Elina mahu menumbuk muka wanita itu ada seorang lelaki muncul.
"Kau orang kalau nak bergaduh pergi cari tempat lain." Ucap lelaki itu, ayat yang dilontarkan oleh lelaki itu membuatkan Elina semakin marah.
"Kau apa hal? ada masalah ke?" Ucap Elina sambil melihat lelaki itu tajam. Lelaki itu hanya tergelak kecil. Comel!
Belum sempat lelaki itu pergi, Elina menarik lengan baju lelaki itu. Lelaki itu hanya memandang wajah Elina.
"Kau nak pergi mana?" Soal Elina, sekali lagi lelaki itu tergelak. Elina yang melihat itu sudah naik hairan. Apa yang kelakarnya?
"Kau tahu tak aku siapa?" Soal lelaki itu. Belum sempat Elina menjawab, abangnya berlari ke arahnya.
"Yan! penat aku cari kau."
"Siapa suruh kau cari aku?" Soal lelaki itu, Aqil hanya menjeling.
"Nah, ini yang kau minta." Ucap Aqil, lelaki itu hanya mengangguk faham walaupun dia tidak melihat ke arah sahabatnya. "Kenapa kau pandang adik aku macam tu?" Soal Aqil secara tiba-tiba, Aryan yang mendengar ayat yang dikeluarkan oleh sahabatnya tersedak.
"Kau biar betul!? ni adik kau?!" Ucap Aryan tidak percaya, Aqil hanya mengangguk. Elina hanya memandang tajam ke arah lelaki itu. Sekali lagi lelaki itu tergelak. Comel!
YOU ARE READING
CINTA TERAKHIR CODE NAME COBRA |SLOW UPDATE
ActionSetelah bertahun meminati lelaki impiannya, Elina Raeesa' akhirnya mengikat janji setia dengan Aryan Al-Fateh-. Namun apabila Aryan terpaksa pergi menjalani kursus selama empat tahun. Sepanjang ketiadaannya, Elina menunggu penuh setia, mengharapkan...