Bab 2

5 1 0
                                    

Matahari kian naik memancarkan sinaran mentari. Tubuh yang dibaluti dengan baju kemeja berwarna hitam dibutang sehingga keatas. Tali leher berwarna hitam bergaris merah mula diikat di leher dengan kemas. Kot hitam yang diletakkan diatas tilam, dicapai sebelum disarungkan ke tubuh tegapnya.

"Hmm...hmmm..." Suaranya mula bernyanyi kecil.

Almari kaca yang mempunyai pelbagai jenama jam tangan diperhati satu-persatu. Jam tangan jenama apa yang akan menjadi pilihannya hari ini.

Jemarinya mengetuk perlahan sebelum satu laci teratas sekali ditarik. Jam yang terletak di kotak pertama dicapai dan disarungkan ke tangan kirinya.

Jam berjenama Petak Philippe Grandmaster Chime yang mencecah jutaan ringgit terhias elok di pergelangan tangan kirinya.

Kakinya melangkah ke meja solek yang tersusun beberap botol kaca minyak wangi. Botol kaca berwarna hitam gelap jenama Mont Blanc Legend dicapai lalu disemburkan ke tubuhnya.

Hmm wangi.

Wajah ditilik seketika di hadapan kaca cermin. Helaian rambut yang disisir ke kiri wajah diselak sedikit. Jelas kelihatan parut sepanjang 3 cm yang membuat dirinya dihantui serba salah sehingga kini.

Rambut disisir semula supaya menutupi parut hodoh yang merosakkan imej kacaknya. Tidak ramai yang tahu punca parut itu berlaku.

Muhammad Firaz Wafiey. Seorang jejaka tinggi lampai dengan bentuk wajah yang tampan. Muka yang bersih dari sebarang jambang atau janggut jelas menunjukkan sisi tajam rahang miliknya.

Firaz Wafiey. Seorang yang sangat dikagumi oleh orang ramai dengan kepintarannya dalam bidang perniagaan. Dia berjaya membina kerjayanya di usia yang masih muda dengan usaha gigihnya.

Setelah memastikan dirinya telah siap, pintu kamar dibuka dan kaki dihayun menuju ke tangga yang membawa haluannya ke tingkat bawah rumah.

Sebaik saja kakinya mencecah anak tangga yang terakhir, bunyi bising seperti orang sedang memarahi menarik perhatiannya. Kaki melangkah mencari dari mana punca suara itu datang.

"Mama dah pesankan! Jangan merayau! Apa mama nak jawab dengan jiran ni?! Degil betul!" 

Suara wanita itu semakin dihampiri dengan penuh panasaran.

Pintu gelangsar ditolak.

Mata wanita itu tepat memandang ke arah jejaka yang sudah siap memakai pakaian formal kerjanya.

"Ehhh encik... saya minta maaf..." ujar seorang wanita yang berbaju kurung sambil memeluk sesuatu ditangannya.

Jelas terpancar riak serba salah di wajah mulus itu.

Firaz hanya diam tidak membalas. Binatang berbulu yang berada dalam dakapan gadis berbaju kurung itu dipandang.

"Terlepas lagi ke?" soal Firaz.

"Y-yaa.." Takut-takut si gadis menggangguk.

"Dhia Diana! Kau dekat mana?!"

Tempikan suara dari rumah sebelah membuatkan tubuh gadih berbaju kurung itu bergeletar. Wajahnya berubah lebih ketakutan seperti tahu apa akan jadi dengan dirinya sebentar lagi.

Firaz mengangkat wajah melihat dinding putih yang menjadi benteng diantara rumah miliknya dan rumah jiran sebelah. Jelas suara itu datang dari sebelah.

"S-saya balik dulu, encik. Maaf sebab Mochi selalu masuk sini. Saya janji. Lepasni, Mochi tak akan masuk sini lagi. Maaf sekali lagi, encik." Ujar gadis itu sambil menunduk. Tiada keberanian untuk bertentang mata dengan jejaka tampan dihadapannya.

Firaz hanya berdehem sahaja.

Dhia Diana terus bergegas melangkah ke pagar utama rumah Firaz bersama Mochi dalam pelukannya. Binatang berbulu yang dipanggil Mochi itu merupakan seekor kucing betina berwarna putih bertompok keperangan.

Sangat comel! Dengan bulunya yang lebat dan gebu, pencinta kucing pasti menyukainya. Jelas sekali kucing itu dijaga dengan baik.

Tidak mahu ambil tahu dengan suara pekikan yang memanggil gadis tadi, Firaz melangkah ke dapur untuk membuat sarapan paginya. Kaki jinjangnya berjalan menuju ke kabinet yang tersusun dengan pelbagai jenis bekas. 

Bekas kaca yang berisi cereal dicapai. 

Tinggal sedikit isinya.

Firaz melangkah ke arah kabinet yang bertutup lalu pintu kabinet dibuka. Terdapat banyak makanan berkhasiat yang dibelinya disusun kemas di dalam kabinet itu. Kotak yang berisi cereal yang masih baru lagi diambil.

Tak perlu gunakan gunting atau pisau untuk membukanya. Koyakkan sahaja bahagian sisi plastik dan jang... dah terbukak. 

Firaz menuang masuk ke dalam mangkuk sedikit untuk sarapannya manakala selebihnya dituang masuk ke dalam bekas kaca tadi.

Firaz mengorak langkah ke arah peti ais. Botol susu Farm Fresh dikeluarkan. Penutupnya dibuka dan dituang masuk ke dalam mangkuk yang berisi cereal.

Tidak mengambil masa yang lama untuk dia menghabiskan sarapan ringkasnya, jam ditangan ditelek. Ada berbaki lagi setengah jam sebelum masuk waktu bekerja. 

Pintu utama dihampiri. Kasut disarungkan ke kaki seraya pintu rumah dikunci.

Hari ini, Firaz tiada mood nak bawa kereta. Jadi dia memilih untuk membawa motorsikal berjenama Kawasaki hitam yang diparkir di ruangan khas untuk koleksi motornya.

Helmet disarungkan ke kepala. Tidak lupa juga sarung tangan bagi mengelakkan jika berlaku sebarang kecederaan. Enjin motorsikal dihidupkan. Berderum kuat bunyi motorsikal berkuasa tinggi itu. Rasanya, jiran sebelah pun boleh dengar.

Throttle dipulas beberapa kali sebelum meluncur laju keluar dari perkarangan rumah menuju ke tempat kerja.

Tanpa Firaz sedar, ada mata yang memerhati gerak gerinya sehingga hilang. Pandangan itu, pandangan yang sarat dengan cinta.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 15 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BAHAGIA MILIK KITA (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now