Bab 51

94 7 0
                                    

"Bangun! semua!" Arif mengetuk periuk di hadapan pintu bilik adik - beradiknya sehingga membuatkan tidur mereka terganggu.

"Aduh! sakit lah setan!"Arif menggosok kepalanya yang terkena selipar bilik kerana dibaling oleh Aydan, Ameer juga ikut keluar dari pintu biliknya lalu memukul Arif menggunakan hanger baju, manakala Ameera masih sedap tidur.

"Tahu pun sakit! yang kau buat bising pagi-pagi buta ni tak sakit pula telinga aku ni hah!"Tengking Ameer.

"Ala sikit je abe jangan la marah"Arif menunjukkan gaya seperti perempuan.

"Sikit kepala hotak kau!"Aydan sudah hilang sabar dengan perangai abangnya, dia membaling lagi satu selipar tepat terkena pada perut Arif.

"Arhh!!"

"Padan muka kau! orang kalau dah bangun awal lepastu siapkan breakfast tak apa la lagi ini tidak ganggu orang lain tidur, tahu la hidup kau ni membosankan tapi jangan la bagi kitaorang ni bosan tengok muka kau sekali!"Aydan dan Ameer menghempas pintu bilik mereka masing-masing, baru kali ini Ameera terkejut.

"Oi bala mana main hempas - hempas pintu ni!"Ameera membuka pintu lalu melihat Arif berdiri betul - betul didepan pintu bilik Arif sendiri. Terus dia berjalan menuju ke arah Arif lalu menarik telinga Arif.

"Kau ni memang nak kena kan! aku sedap - sedap tidur kau main hempas - hempas pintu pulak eh!"Ameera menarik pula rambut Arif.

"Arghh! bukan aku la!"

"Lepastu siapa lagi kalau bukan kau hah?! mana ada orang lain dah dekat sini!"Tengking Ameera dengan kuat sehinggakan Nanny,Datin Alina dan juga Dato Muzakir naik ke atas melihat mereka bertengkar.

"Hei! Astaghfirullah hal 'azim! kamu berdua ni dah kenapa!"Jerit Nanny sambil merelaikan mereka berdua.

"Arif ni nanny! dia main hempas-hempas pintu orang lain nak tidur tau tak!"Adu Ameera.

"Bukan Arif nanny!"Ucap Arif.

"Habis kalau bukan kamu siapa lagi Arif?"Soal Dato Muzakir.

"Tu dua ekor..."Ucap Arif terhenti apabila melihat Ayra tercegak didepan pintu biliknya.

"Kenapa ni?"Soal Ayra sambil melihat seluruh tubuhnya kerana Arif menunjuk jari ke arahnya.

"Err bukan dia tapi suami dia ha.."Sambung Arif.

"Aydan mana?"Soal Ameera pada Ayra.

"Ada dalam bilik tengah mandi"Balas Ayra.

Pap!

Ameera menampar pipi Arif, mereka kembali bertengkar.

"Dah! jangan gaduh! semua turun makan! Ayra nanti panggil Aydan turun mana ya"Ucap Datin Alina.

"Mommy Ameera buat Arif!"Adu Arif pada Datin Alina

"Malas mommy nak layan kamu"Datin Alina terus berjalan menuruni tangga, diikuti Ameera.

****

"Sayang kenapa tak makan?"Tegur Aydan apabila melihat isterinya tidak makan lagi, orang lain sudah menikmati makanan tetapi Ayra masih merenung nasi goreng yang berada dipinggannya.

"Tak nak makan nasi goreng"Balas Ayra tanpa memandang muka suaminya.

"Lepastu sayang nak makan apa? abang boleh buatkan"Tanya Aydan sambil mengunyah nasi goreng.

"Roti john"Ucap Ayra

Pruftt!

Tersembur nasi goreng itu, terkena pula muka Arif yang tidak bersalah itu.

Aku hanya seorang wanita pendosaWhere stories live. Discover now