Bab 9

10 2 0
                                    

Di kedai makan, Mukhriz dan Maisara menunggu Mustaqim dan Marissa iaitu adik kepada Mukhriz. Tiba-tiba, handphone Mukhriz berdering menandakan ada panggilan masuk.

🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘

"Assalamualaikum, bang. Abang Riz dekat mana ni. Rissa dengan abang Taqim dah sampai." _Marissa.

"Waalaikumusalam. Abang ada dekat kedai makan bersebelahan dengan kedai kasut. Abang guna baju kemeja warna hitam dan baju bakal kakak ipar korang warna biru muda. Lepas korang sampai nanti, jangan buat hal." _Mukhriz.

"Ouhh...kami ada nampak abang dengan bakal kakak ipar." _Marissa.

🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘🔘

"Assalamualaikum, abang...kakak." ujar Marissa setelah dia dengan Mustaqim sampai di meja makan yang diduduki Mukhriz dan Maisara.

"Abang Taqim...cantiknya bakal kakak ipar kita." kata Marissa lagi lalu mereka duduk di hadapan Mukhriz dan Maisara.

"Dua orang ni adik aku. Yang ni Mustaqim dan yang banyak mulut tu Marissa." kata Mukhriz.

"Akak jangan dengar kata abang Riz tu. Rissa tak banyak mulut lah, Rissa suka shopping je. Kalau akak nak tahu...abang Riz ni kedekut orangnya sama dengan abang Taqim." ujar Marissa pula sambil menjeling ke arah abangnya itu.

"Elehh...cakap aku dengan abang Riz kedekut. Kau tu lagi kedekut sebenarnya." balas Mustaqim.

"Aku ajak korang pergi sini untuk kenalkan korang dengan bakal kakak ipar, bukannya bergaduh depan bakal kakak ipar korang. Dekat rumah gaduh...dekat luar pun gaduh. Nama bakal kakak ipar korang ni...Maisara." kata Mukhriz lalu memandang wajah adiknya dengan tajam.

"Wow!! Nama depan kita semuanya 'M'. Cantik nama akak. Eee...tak sabarnya nak ada kakak ipar." kata Marissa dengan teruja.

"Hmm...akak, Taqim nak tanya ni. Kami nak panggil akak dengan panggilan apa?" tanya Mustaqim kepada Maisara.

"Panggil kak Sara je." balas Maisara setelah lama berdiam diri.

"Okay, kak Sara." kata Marissa dan Mustaqim dengan serentak.

Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]Where stories live. Discover now