Part 13🥀

409 26 2
                                    

Sofea meletakkan telefon. Dia duduk sejenak di atas tilam, melihat anaknya, Ziyad, yang sedang lena. Dia menghela nafas lega sebelum melangkah keluar.

Namun, setibanya dia di jalan yang tidak jauh dari kedai itu, kepala Sofea terasa sakit, sakit yang datang secara tiba-tiba. 

"Auch" ucap Sofea perlahan.

Sofea memaksa diri untuk terus berjalan, walaupun rasa sakit itu masih terasa. Langkahnya terasa berat, tetapi Sofea degil untuk ke kedai. 

Selesai membeli, dia duduk di kerusi yang terletak di hadapan kedai itu. Tangan krinya erat menggengam plastik yang berisi aiskrim. Dia menghembuskan nafas panjang, cuba menahan sakit.

Peluh dan dingin mula membasahi dahinya, namun Sofea tetap tahan. Dia sudah janji untuk membeli aiskrim untuk dirinya serta anaknya. 

Namun, sewaktu dia berdiri dan mahu melangkh pulang, tiba-tiba disapa. 

"Sofea?" suara seorang lelaki bergema d telinganya. Dia tersentak, memusingkan wajahnya dengan pantas. 

"Rafael? Apa awak buat kat sini?" tanyanya. 

Rafael menatapnya dengan pandangan risau. "Saya kebetulan nampak awak tadi, Sofea. Tapi awak nampak tak sihat. Jom, saya hantar awak pulang?" 

"Eh... Tak apa, saya boleh balik sendiri." Sofea menolak, nadanya penuh dengan kelembutan. 

 "Awak datang sini, jalan kaki kan? Mana Zayn?" tanya Rafael. 

"Owh... Zayn, kerja." ujar Sofea.  "Rumah saya kan dekat-dekat sini je, lagi bagus saya jalan kaki," balas Sofea lagi. 

Namun, Rafael tidak mudah mengalah. "Bahaya awak sorang-sorang macam ni. Apa kata, saya hantar awak balik je terus. Lagipun Zayn belum balik kan?" 

"Tak apa, rumah saya dekat je. Saya boleh jalan sendiri la." ujar Sofea, cuba meyakinkan Rafael namun senyuman manis tidak lari dari wajahnya. 

Rafael mengangguk perlahan, dalam hatinya, dia tidak mahu memaksa Sofea. Matanya memerhati Sofea yang sedang berjalan sendirian. 

Sofea pula memusingkan tubuhnya dan melangkah pergi, namun tiba-tiba langkah nya menjadi perlahan. Wajahnya berubah, seperti menahan sakit. Sofea memegang kepalanya, dalam sekelip mata, tubuhnya goyah. 

"Sofea!" Rafael menjerit, dia terus berlari ke arah Sofea. 

Sempat Rafael memaut tubuhnya sebelum dia jatuh ke atas jalan tar yang penuh dengan batu-batu. Matanya mula tertutup perlahan, dan tidak sedar apa yang sedang berlaku. 

Jantung Rafael berdegup kencang, melihat Sofea tidak sedarkan diri di dalam pelukannya. 

"Sofea! Bangun!"  Dia menggoncang bahu Sofea dengan lembut, namun tiada respon.

Rafael tidak punya pilihan lain. Dengan segera, dia mendukung Sofea dan menuju ke keretanya. Dia membuka pintu kereta dengan satu tangan, lalu meletakkan Sofea dengan berhati-hati. 

"Ya Allah, apa yang jadi ni. Sabar, Sofea." Rafael berkata sambil menutup pintu dan berlari ke tempat duduk pemandu.

Apa yang sebenarnya berlaku pada Sofea? Dan bagaimanakah dia akan menjelaskan semuanya kepada Zayn? 

Dalam perjalanan, Rafael berulang kali memandang Sofea. Namun, Sofea masih tidak menunjukkan sebarang tanda untuk bangun.

Jam bergerak seiring waktu,namun mata Sofea terkelip-kelip beberapa kali. Perlahan-lahan, dia membuka matanya dan melihat sekeliling. Dia memegang kepalanya yang masih berdenyut, walaupun rasa sakit itu sudah berkurang. 

ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)Where stories live. Discover now