Beberapa minggu kemudian...
"Sara...cantiknya kau. Mesti bakal suami kau nanti tak berkelip mata pandang kau." ujar Hanna kepada Maisara yang sudah berpakaian pengantin.
'Tok! Tok!' bunyi ketukan di pintu kedengaran di luar. Dan wajah Marissa muncul di sebalik pintu bilik itu.
"Kak Sara...jom turun. Abang Riz dah siap dan tok kadi pun dah sampai. Kak Reen dengan kak Ana jom turun." ujar Marissa.
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
"Aku terima nikahnya Puteri Maisara binti Badrul dengan mas kahwinnya sebanyak RM 1500 ringgit tunai." ucap Mukhriz dengan sekali lafaz.
"Sah?" tanya tok kadi kepada semua saksi di situ.
"Sah." jawab kaum lelaki secara serentak.
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Mukhriz dan Maisara sah menjadi pasangan suami isteri. Selepas mengaminkan doa, Mukhriz melangkah ke arah Maisara untuk sesi menyarungkan cincin.
Selesai menyarungkan cincin, semua tetamu yang hadir dijemput menjamu selera. Mukhriz dan Maisara melayan rakan-rakan mereka.
"Kenalkan ini kawan aku, ini Aamir dan yang sebelah tu Farhan. Mereka berdua masih single lagi. Kalau kawan kau tu masih single lagi...partner lah dengan diorang ni." ujar Mukhriz yang memperkenalkan kawannya kepada isterinya dan rakan-rakan isterinya.
"Hai...nama kamu berdua siapa. Kalau masih single, mari lah dengan kami berdua." kata Aamir.
"Hai, juga...nama I Hanna dan yang dekat sebelah I ni nama dia Azreen. Kami berdua ni memang masih single pun." balas Hanna dengan gaya mengedik.
"Hoi! Gediknya kau ni. Tahulah single, tapi kita ni kenalah jaga maruah kita sebagai perempuan. Sepatutnya, Sara yang buat manja dengan suami dia. Bukannya kau menggatal dengan lelaki bukan mahram." tegur Azreen kepada Hanna.
"Sorry..." balas Hanna.
Maisara hanya menggelengkan kepalanya saja melihat perangai rakan-rakannya itu.
YOU ARE READING
Isteri Hanya Atas Kertas [slow update]
Roman d'amourPertemuan Maisara dengan kawan baik arwah ayahnya lalu menjodohkan dia dengan anak sulung kepada Dato' Azman iaitu Mukhriz. "Tidur dekat sofa sana. Aku tak nak tilam aku kotor sebab kau. Lepas kita pindah duduk rumah aku nanti, kau boleh tidur atas...