"Tuanku, ibunda tuanku semakin gering. Patik cadangkan agar tuanku kekal berada di sisi baginda. Temanilah baginda hingga ke saat akhir."
Tuan Idris menundukkan sedikit kepalanya. Suasana sunyi di Balai Aman dipecahkan dengan suara Tuan Idris yang garau. Dia berkata dengan nada suara yang sayu.
Mata tua Tuan Idris memandang wajah Tengku Awwal yang hanya menunduk memandang kertas kosong di hadapannya. Dia tahu putera tunggal yang bakal mewarisi takhta di negara Mahang berduka dengan berita itu. Manakan tidak, hanya dengan ibunya sahaja Tengku Awwal menceritakan segalanya. Tidak ada satu rahsia pun diantara mereka.
"Ibu, Awwal tak nak ikut abah pergi jumpa pembesar lain. Awwal bosan." Tengku Awwal merengek dan memeluk Sultanah Aisyah dari belakang.
Sultanah Aisyah hanya tersenyum dengan perangai anaknya. Dia menggosok lembut tangan Tengku Awwal dan memalingkan wajahnya menghadap Tengku Awwal. Dia menyentuh kedua-dua pipi wajah anaknya itu.
"Tak bolehlah macam ni. Awwal kan bakal mewarisi takhta. Awwal kena buat semua yang baginda buat untuk jadi seorang pemerintah. Lagipun perjumpaan tu hanya untuk mengetahui apa yang ayahnda kena perbaiki dan menasihati mereka."
Tengku Awwal hanya mencebik. Tapi dia akur dengan kata-kata ibunya.
"Tuanku, boleh kita pergi sekarang? Baginda sultan sudah tunggu tuanku diluar." Tuan Idris hanya tersenyum mellihat telatah Tengku Awwal yang baru berusia 10 tahun itu.
...
"Tuan Idris boleh tolong berikan bunga ni untuk ibu?" Tengku Awwal menghulurkan sekuntum bunga ros kepadanya.
"Boleh tuanku." Tuan Idris mengambil bunga ros itu dan melangkah keluar dari bilik Tengku Awwal. Namun langkahnya terhenti ketika Sultanah Aisyah sampai ke kamar tidur Tengku Awwal. Dia menyembah hormat kepada Sultanah Aisyah.
"Tuanku, bunga dari Tengku Awwal." Tuan Idris menghulurkan bunga ros di atas kedua tapak tangannya.
Sultanah Aisyah mengambil bunga yang dihulurkan oleh Tuan Idris dan berjalan mendekati Tengku Awwal.
"Alasan apa kamu bagi ibu kali ni, Awwal?" Sultanah Aisyah berdiri menghadap Tengku Awwal yang sudah menanggalkan tanjaknya.
Tengku Awwal hanya tersengeh seperti kerang busuk. Dia meneguk air liurnya yang tiba-tiba pahit itu. Dia memegang kedua-dua tapak tangannya sebagai tanda permohonan maaf.
"Awwal tak nak ikut ayahnda hari ni sahaja, ibu." Dia menyatakan hasratnya kepada Sultanah Aisyah.
"Awwal dah umur 16. Dah tak boleh main-main lagi tentang perkara macam ini. Awwal kena.."
"Awwal dah belajar banyak benda, ibu. Dari kecil Awwal belajar tentang pemerintahan sultan. Lagipun kejap lagi Zain ajak pergi berlatih memanah. Tolong lah ibu, kali ini sahaja." Tengku Awwal memandang Sultanah Aisyah dengan wajah yang membodek.
Sultanah Aisyah hanya mengeluh. Dia juga kasihankan anak bujangnya yang mahukan kehidupan normal sebagai lelaki biasa sekali-sekala tanpa protokol. Dia hanya mengangguk lemah menunaikan permintaan Tengku Awwal.
Tengku Awwal tersenyum lebar dengan jawapan ibunya. Dia memeluk Sultanah Aisyah. Satu kucupan Ikhlas dihadiahkan kepada dahi ibunya. Sultanah Aisyah hanya tersenyum dan membalas kucupan kepada Tengku Awwal di dahinya juga.
"Tuanku."
Suara Tuan Idris menghentikan lamunan Tengku Awwal. Dia memandang wajah penasihat peribadinya yang setia bersamanya dari awal kelahiran dia hingga dia mencecah usia 20-an.
Jika dikira, kekerapan dia dengan Tuan Idris lebih banyak berbanding ketika Tengku Awwal bersama ayahndanya. Namun Tengku Awwal faham kesibukan tugas Sultan Jibril sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kepada negaranya. Maka, dia tidak terlalu mengambil hati. Mungkin?
YOU ARE READING
DI BAWAH CAKERAWALA PALSU
Historical FictionTengku Awwal, putera mahkota negeri Mahang menentang pembesar-pembesar Sultan Jibril yang dirasakan sedang melakukan rancangan untuk mengkhianati negara ayahndanya dan keluarganya. Dalam usahanya untuk memakmurkan pemerintahan, satu persatu rahsia d...