BAB 10

216 20 3
                                    

USTAZ Rohaidi selaku guru Pendidikan Islam di dalam kelas Syafiza Iman, melangkah masuk ke dalam kelas tersebut. Para pelajar mula berdiri kemudian menjawab salam yang diberikan oleh lelaki separuh abad itu. Sesudah itu, tangan dijulang untuk membaca doa belajar.

"Okey, duduk semua."

Para pelajar mula duduk di tempat masing- masing. Buku teks Pendidikan Islam dikeluarkan bersama kertas mahjong berwarna putih.

"Hari ni kumpulan Syafiza Iman yang akan membentangkan pelajaran topik poligami, kan?" soal Ustaz Rohaizi.

"Ya, cikgu." Natasha menjawab. Dia sudah tidak sabar hendak berceloteh.

"Okey, silakan ke hadapan."

Syafiza Iman membawa kertas mahjong manakala Natasha dan seorang lagi pelajar perempuan yang memakai tag nama Asiah turut ke hadapan. Pembentangan itu dimulakan dengan ungkapan salam dan kata alu-aluan yang disampaikan oleh Asiah.

"Saya jelaskan maksud poligami dahulu ya, kawan-kawan. Maksud poligami ialah lelaki boleh beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih daripada empat dalam satu masa. Hukum poligami adalah harus." Jelas Natasha sambil memintal hujung tudung sekolahnya.

Kemudian, pelajar yang bernama Asiah mula menjelaskan tentang syarat-syarat berpoligami. Kebetulan, Syafiza Iman ternampak suaminya sedang
lalu di hadapan kelasnya. Tiba-tiba, dia mencelah pembentangan tersebut.

"Kalau mana yang tak minat poligami, kita diwajibkan untuk menggatal dengan suami kita cukup-cukup. Biar dia tak cari lain."

Arnash Farhan terus menoleh memandang ke dalam kelas isterinya. Dia kenal suara isterinya. Mata mereka saling bertembung. Cepat-cepat Arnash Farhan masuk ke kelas sebelah. Natasha menyiku rusuk Syafiza Iman. Nampak suami terus ada mood nak bercakap. Kalau tidak, biasanya gadis itu sekadar menjadi tukang pemegang kertas mahjong!

Sesi pembentangan dimulakan sehingga habis. Natasha bersuara lagi.

"Sekian, terima kasih. Ada soalan? Tolong
simpan. Kami bukan kaunter pertanyaan." Seloroh
Natasha dan terus beredar ke tempat duduknya.

"Jelas tak pembentangan kawan-kawan kamu tu?" soal Ustaz Rohaidi.

"Jelas, cikgu!" jawab pelajar-pelajar di dalam kelas itu.

"Bagus kalau macam tu. Keluarkan buku Imtiyaz. Lengkapkan latihan berkaitan tajuk ni. Siapa dah siap boleh hantar." Arah Ustaz Rohaidi. Beliau terus duduk di tempatnya.

Syafiza Iman tersenyum sendiri. Comel pula suami aku pakai kemeja warna merah. Nampak hot! Hatinya menggelitik suka.

LAILA mengejar langkah Arnash Farhan dari belakang. Tercungap-cungap nafasnya dek terlalu penat berlari semata-mata hendak bertemu si kekasih hati. Satu senyuman diberikan kepada Arnash Farhan.

"Nash, awak terlibat sekali kan dalam kem motivasi tu nanti?" soal Laila. Kedudukan tudung bawal birunya dibetul-betulkan.

"Ya, kenapa?" soal Arnash Farhan. Mereka beriringan ke kantin.

"Tak ada apa-apa. Awak masuklah group saya. Macam mana?" Tawar Laila.

Arnash Farhan tergelak kecil. "Bukan saya yang aturkan bahagian tu. Group mana pun saya tak kisah."

"Hmm, faham. I hope kita satu group. Boleh train student sama-sama." Laila tersenyum lagi.

Arnash Farhan membalas senyuman itu. Pintu kantin dibuka. Dia mula bergerak ke tempat makanan pelajar untuk membeli nasi lemak. Kebetulan, Syafiza Iman turut berada di situ.

"Aik, cikgu. Patutlah makanan student banyak habis. Cikgu yang bedal rupanya." Usik Syafiza Iman.

Arnash Farhan tidak membalas. Dia memekakkan telinga. Sepinggan nasi lemak bersama telur dadar diambil. Diberikan tiga ringgit kepada mak cik kantin sebelum dia masuk ke dalam.

"Sombong betul," gumam Syafiza Iman.

Mangkuk berisi mihun sup diletak semula. Tangannya bergerak mencapai nasi lemak pula. Apa salahnya sekali sekala matching dengan suami.

Kring!

Loceng berbunyi, menandakan waktu rehat telah pun tamat. Syafiza Iman bergegas mencuci tangan. Langkah diatur ke kelasnya. Baru setapak melangkah,
matanya sudah dihidangkan dengan pasangan sejoli yang sedang berjalan berdua-duaan. Api cemburu mula meluap-luap di dalam hatinya.

"Kau tak sedar ke kau tu suami aku..." gumamnya. Gigi dikacip kuat.

Syafiza Iman melajukan langkahnya, mengejar Arnash Farhan yang sedang berbual bersama Laila. Bahu guru muda itu dirempuh kuat sehingga lelaki itu
terdorong ke hadapan.

"Syafiza, awak tak nampak ke cikgu berjalan? Mana adab awak?" Marah Laila.

"Sorrylah. Bukan saya sengaja pun. Cikgu janganlah marah. Saya nak bergegas ke kelas. Lagipun, Cikgu Arnash ni suami cikgu ke sampaikan cikgu nak marah sangat?" Perkataan 'suami' ditekan.

"Eh, awak ni..."

"It's okay, Laila. Biarkan dia." Arnash Farhan memotong kata-kata wanita di sebelahnya itu.

"Cikgu Laila, saya nak jumpa awak sekejap." Tiba-tiba, pengetua berada di belakang dua orang guru itu.

Cikgu Laila mengangguk. Disuruh Arnash Farhan pergi terlebih dahulu. Syafiza Iman mengekori langkah suaminya dari belakang. Setibanya di tangga, tangan Arnash Farhan ditarik.

"Apa awak ni, Syafiza. Kita kat sekolah ni." Marah Arnash Farhan separuh berbisik.

"Saya tak suka cikgu menggatal dengan Cikgu Laila tu. Kalau cikgu nak menggatal sangat, saya ada. Dah lama saya ready." Marah Syafiza Iman.

"Hah, ready apa?" Arnash Farhan cuak.
"Ready untuk melayan kegatalan cikgu tu. Nak gatal-gatal dengan saya bukan dengan perempuan lain. Jangan dekat-dekat dengan Cikgu Laila atau cikgu
perempuan lain. Saya cemburu," jawab Syafiza Iman.

Arnash Farhan melepaskan semula tangannya yang dipegang oleh gadis itu. Tajam matanya merenung ke dalam mata Syafiza Iman.

"Awak tak payah nak cemburu sangat. Saya tak ada apa-apa perasaan pun kat Cikgu Laila. Kami cuma berkawan," jelas Arnash Farhan.

"Saya tetap tak suka."

"Hak awak sama ada nak suka atau tak. Dan, hak saya nak berkawan atau tak. Clear?"

Syafiza Iman mendengus. Keadaan tangga diperhatikan. Memandangkan tangga di bahagian hujung sangat jarang dinaiki oleh pelajar, dia berasa selamat. Tangga ini hanya digunakan oleh guru-guru sahaja. Tanpa melengahkan masa, tubuh suaminya ditolak ke dinding. Pergerakan suaminya dikepung.

"Syafiza, awak jangan nak macam-macam." Arnash Farhan menolak tubuh isterinya agar menjauh.

"Kalau saya nak macam-macam, macam mana?" Usik Syafiza Iman. Leher suaminya dielus-elus lembut.

Arnash Farhan mengalihkan pandangan. Sebagai seorang lelaki yang pernah berkahwin, bohonglah jika
dia bilang nafsunya tidak terjentik dengan perbuatan Syafiza Iman. Namun, perasaan itu diusir pergi.

"Hari Sabtu saya nak tidur rumah cikgu," beritahu Syafiza Iman. Badannya dijauhkan semula dari badan suaminya.

"Eh, jangan nak mengada. Awak ada rumah. Tidur rumah sendiri." Membulat mata Arnash Farhan. Tak naklah dia duduk serumah dengan Syafiza Iman. Seram!

"Ibu dengan ayah saya tak kisah kalau saya nak duduk dengan cikgu. Saya pun dah buat keputusan..."

"Keputusan apa awak buat?" Cantas Arnash Farhan.

"Saya nak duduk dengan cikgu. Tak bestlah dah kahwin tapi duduk asing-asing. Tak dapat saya nak tengok muka suami saya." Dagu Arnash Farhan dicuit.

Membulat mata Arnash Farhan. "Eh, tak payah. Saya tak izinkan."

"Cikgu ada nampak saya kisah? Tak ada pun! Hari Sabtu ambil saya. Jangan tak ambil pula. Saya rogol cikgu nanti. Bye! Sayang." Pipi Arnash Farhan diusap. Syafiza Iman berjalan lenggang-lenggok meninggalkan suaminya di tangga. Arnash Farhan berdecit.

MY LOVE CIKGU Where stories live. Discover now