9

31 4 0
                                    


MEMBULAT mata Hazel mendengar dua patah perkataan tersebut.

"Awak...awak cakap Melayu!" Rasa takutnya berubah kepada teruja. Teruja mendengar bahasa ibundanya itu keluar dari mulut lelaki itu.

Theo senyum lalu menunduk kepadanya.

Matanya tak lepas dari memandang lelaki itu. Termasuk Theo. Mereka berdua berlawan panahan mata.

"Ehem." Bagaikan dia sedar dengan posisi mereka yang rapat itu, Hazel cuba untuk menjarakkannya. Malu!

Tiba-tiba saja terasa kaki bagaikan lumpuh, Hazel terjatuh kembali lalu mendesis kesakitan.

Senyum Theo terus mati. Terus dia mencengkam lembut kedua-kedua lengan Hazel sebelum membantunya bangun.

"Awak okey?" Tanya Theo. Wajahnya berubah cemas.

Hazel angguk perlahan.

Theo senyum lalu duduk mencangkung. Barang-barang yang bertaburan itu dikutip lalu dimasukkan ke dalam beg kertas semula.

"Thank you," ucapnya ikhlas.

"Awak boleh berjalan? Or you want me to carry you like a princess?"

Pipi Hazel bertukar merah. Theo pula sudah tertawa apabila melihat wajah merahnya.

"No!" Hazel mula berjalan. Takut kalau apa yang dikatakan oleh Theo itu dia benar-benar maksudkannya. Tapi dengan keadaannya ini, Hazel tak rasa yang dia boleh berlari sekali lagi.

"Stellina!" Jerit Theo dari belakang.

"Jangan marah..Saya cuma bergurau."  Theo mengenyitkan mata. Ingat boleh cair ke?

"Awak cakap Melayu. Macam mana awak boleh cakap Melayu?" soal Hazel. Pelik juga bagaimana Theo boleh mempelajari bahasa Melayu secepat ini.

"Semua itu tak penting. But the point is i learnt it, stellina. Now let's proceed to our agreement, shall we?"

Perjanjian mereka adalah Hazel akan bersetuju untuk memberi nombor telefon miliknya jika Theo fasih berbahasa Melayu dalam masa sebulan. Pada awalnya, Hazel cuma bergurau. Tak sangka pula Theo sanggup melakukan semata-mata ingin mendapatkan nombor telefonnya saja.

"Fine," jawabnya. Terus Theo mengeluarkan telefon pintarnya lalu diberikan kepada Hazel.

"Can i have you Instagram too? Please.."

"Hurm."

Terus lebar senyuman Theo. Teruja sebab menang la tu. Ceh!

"Macam mana awak boleh muncul tadi?" Soalnya hairan. Tapi dalam masa yang sama, dia turut bersyukur dengan kehadiran Theo. Sekurang-kurangnya manusia yang sering memperhatikan itu tidak lagi mengikutinya.

Dia rasa..selamat.

"Saya tengah cari seseorang. Lepas tu saya nampak awak tergesa-gesa. Awak dari mana?"

"Dari supermarket. Tapi saya rasa macam saya diikut. Atau...itu awak?!"  Mata Hazel sedikit meluas.

"Of course no! Why would i?" Potong Theo.

"First of all, why you're alone? Everytime you're alone, you will get trouble!" Marah Theo.

"Thanks to me for saving you," tutur Theo. Senyum bangga ditayang.

"Ya..ya.thank you!" Sudah seperti anak kecil pula. Padahal, bertahun-tahun dia seorang diri selama ini.

Cuma hari ini hari malang buatnya. Nak buat macam mana? Sekali pun ada Irene, dia tetap akan rasa diperhatikan. Bezanya dia akan rasa selamat sikit berbanding seorang diri.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now