BAB 11

186 15 1
                                    

GENAP enam hari pernikahan antara pasangan
guru dan pelajar itu. Syafiza Iman membawa masuk beg pakaiannya ke dalam rumah yang kelihatan sungguh asing baginya. Tidak, rumah ini bukan rumah suaminya!

"Ini rumah siapa?" soalnya. Bahu suaminya dikuis-uis.

"Rumah saya. Kenapa?" soal Arnash Farhan semula.
Nak sangat duduk dengan aku. Padan muka kau, gerutunya dalam hati.

"Eh, rumah cikgu bukan..."

"Kan saya cakap tu rumah ibu saya." Arnash Farhan terlebih dahulu memintas kata-kata isterinya.

Syafiza Iman menepuk dahi. Dia terlupa. Beg pakaian diletakkan ke atas sofa. Matanya bergelintar memerhatikan setiap sudut rumah. Dia berasa selesa.

"Dekat rumah ni ada tiga bilik. Awak boleh pilih mana-mana bilik yang awak nak kecuali bilik first. Itu bilik saya," ujar Arnash Farhan. Kunci kereta diletakkan ke atas meja kayu.

"Hmm... saya pilih bilik pertama."

"Bilik pertama tu bilik tidur saya. Ada lagi dua bilik. Awak boleh pilih awak nak yang mana."

Syafiza Iman menyilangkan tangannya ke dada. "Saya dah pilih. Saya nak bilik pertama."

"Eh, awak ni... Saya nak tidur mana pulak?" soal Arnash Farhan tak puas hati dengan keputusan isterinya.

"Tidur dengan saya," Syafiza tersengih nakal. Beg pakaiannya dibimbit. Menonong dia masuk ke dalam bilik lelaki itu. Arnash Farhan mengekori langkah isterinya.

Setibanya di dalam bilik, dia terus menguak pintu sebesar-besar mungkin.

"Saya nak letak baju saya kat mana, eh?" soal Syafiza Iman. Selamba, laci almari ditarik. Membulat matanya.

"Banyaknya koleksi boxer cikgu," katanya. Arnash Farhan terkejut. Cepat-cepat laci itu ditutup semula. Haih! Lancang betul tindakan isterinya itu.

"Letak baju awak kat bilik sebelah sebab awak akan tidur kat bilik sebelah." Arah Arnash Farhan.

"Saya tak nak. Saya nak tidur kat sini." Syafiza Iman tetap tak mahu mengalah. Perempuan tak pernah kalah, okey!

"Awak tak takut ke kalau saya apa-apakan awak, Syafiza?" soal Arnash Farhan. Sekadar ingin menakut-nakutkan isterinya.

Syafiza Iman mencebik. Lengan lelaki itu ditarik. Ditolak tubuh Arnash Farhan sehingga suaminya
terbaring terlentang di atas katil. Lekas dia menindih. Dagu suaminya dielus-elus.

"Cikgu kut yang takut kalau saya apa-apakan cikgu." Usiknya.

Dada Arnash Farhan berombak kencang. Mata gadis comel itu dipandang dalam-dalam kemudian pandangannya jatuh ke bibir mungil isterrinya.

"Saya nak tidur sini. Titik!" Syafiza Iman berkata lagi.

Syafiza Iman tersentak apabila ada satu tangan yang merangkul pinggangnya. Perasaan takut mula menjalar di dalam diri.

"Err, saya nak bangun." Syafiza Iman berura-ura ingin berdiri tetapi Arnash Farhan semakin mengetatkan rangkulan.

"Bukan awak cakap awak tak takut ke, Syafiza?" soal Arnash Farhan. Dipusingkan tubuhnya. Kini, isterinya berada di bawahnya.

"Eee... cikgu jangan nak pervert sangat. Saya bawah umur lagi!" Bentak Syafiza Iman.

Arnash Farhan tergelak kecil. Sekarang baru ingat kau tu bawah umur. Sebelum ni lagak macam orang dewasa. Getus hatinya.

"Tidur bilik sebelah." Arahnya lagi.

"Tak nak!" Syafiza Iman menggeleng laju.

"Why? Awak nak duduk dengan saya, saya dah bawa awak datang sini. Sekarang saya minta awak tidur kat bilik sebelah. Susah sangat ke nak ikut arahan?"

"Saya nak tidur satu katil dengan cikgu. Lagipun, suami isteri tak boleh tidur asing-asing," balas Syafiza
Iman. Senada.

Arnash Farhan mendengus. Dia terus berdiri dari
menindih tubuh kecil isterinya.

"Suka hati awaklah. Saya nak pesan awal-awal. Kalau awak nampak apa yang tak sepatutnya, awak jangan menyesal." Amaran Arnash Farhan.

"Lagi saya suka." Syafiza Iman tersenyum walaupun dia kurang faham maksud suaminya.

Arnash Farhan pula yang malu. Nampak sangat isterinya masih polos. Kepala digelengkan.

"Esok ibu dengan ayah saya balik. Malam esok saya bawa awak jumpa mereka."

Syafiza Iman mula berasa takut. Bagaimana jika kehadirannya tidak diterima? Yalah, dia masih muda. Terlalu muda. Dalam novel-novel yang dia baca,
kebanyakan ibu mentua tidak suka menantu bukan
pilihan. Keluhan berat dilepaskan.

"Mesti ibu cikgu tak suka saya, kan?" Wajahnya berubah sayu.

"Memang pun. Saya sendiri tak pernah sukakan
awak apatah lagi ibu dan ayah saya," jawab Arnash Farhan. Ingin menyakitkan hati Syafiza Iman.

"Alah, tak apa. Nanti saya ambillah hati ibu dengan ayah cikgu." Syafiza Iman mula menanamkan tekad.

Sekiranya kehadirannya ke dalam keluarga ini tidak diterima, dia akan berusaha mengambil hati mentuanya.

Arnash Farhan mengeluh. Geram dengan sikap isterinya yang tidak tahu perkataan mengalah. Sama,
sama seperti gadis itu tidak pernah mengalah dalam
meluahkan rasa cinta kepada dirinya.

"Suka hati awaklah, Syafiza. Pakaian awak tu boleh susun dalam almari saya. Laci jangan sentuh," ujar Arnash Farhan.

"Habis tu, saya nak letak adik kecik saya kat mana?" soal Syafiza Iman bersahaja.

"Letaklah kat mana-mana asalkan bukan dalam laci saya," jawab Arnash Farhan.

Syafiza Iman mencerlung tajam suaminya. Laci almari tetap dibuka walaupun telah dilarang oleh Arnash Farhan. Seluar-seluar kecil milik suaminya dipunggah sesuka hati.

"Awak masukkan semula seluar kecik saya tu. Jangan disepahkan." Arnash Farhan bengang. Lagi dilarang lagi dibuat. Keras kepala betul.

Syafiza Iman memekakkan telinga. Sehelai seluar kecil itu dicapai lalu diunjuk kepada suaminya.

"Saya curi satu, tau. Nak buat lepas rindu." Selorohnya.

"Syafiza..." Arnash Farhan menarik semula seluar kecilnya. Sesi tarik menarik pun bermula. Entah di mana silapnya, Arnash Farhan jatuh tersungkur di hadapan isterinya. Dia mendesis kesakitan apabila tulang lututnya terhentak di lantai.

Syafiza Imanv menahan gelak. "Sakitkah, cikgu?"

"Tak, sedap. Sedap sangat!" Sindir Arnash Farhan. Dia berura-ura berdiri.

"Oh, padan muka." Syafiza Iman terus menyepahkan seluar kecil suaminya. Laci digunakan untuk menyimpan 'adik-adik kecil'nya.

MY LOVE CIKGU Where stories live. Discover now