BAB 03

96 4 0
                                    

Plak!

"Jangan pukul saya lagi!" Jerit Elina dari tingkat atas, Aqil yang mendengar jeritan adiknya cepat-cepat berlari menaiki anak tangga. "Adik bangun!". Elina dengan cepat bangun dari mimpi ngerinya apabila abangnya menggoyangkan badannya.

Hiks...hiks...hiks.... , Elina menangis didalam pelukan abangnya. "Dah-dah tak mahu nangis. Abang ada dekat sini." Pujuk Aqil.

"Dah ok? kalau dah ok abang nak turun masakkan bubur untuk adik kesayangan abang ni." Ucap Aqil sambil tersenyum, Elina hanya menganggukkan kepalanya.

Aqil sudah keluar dari bilik adiknya, tanpa Elina sedari air matanya jatuh kembali. Dia teringat trauma waktu dia masih berumur sebelas tahun. Waktu dia berumur sebelas tahun mak bapanya bercerai tanpa alasan yang kukuh, selepas mak bapanya bercerai dia dan abangnya duduk bersama bapanya hampir setiap hari dia dipukul oleh bapanya, itu yang membuatkan dia trauma terhadap lelaki.

"Jauh termenung dik, adik ok tak?" Ucap Aqil tiba-tiba, dengan cepat Elina menghapuskan air matanya. Elina tidak menjawab melainkan tersenyum manis ke arah abangnya.
"Mari abang suap adik kesayangan abang ni." Ucap Aqil sambil tersenyum, Elina hanya mengangguk perlahan.

Sekarang jam sudah menunjukkan dua petang, Aqil menaiki anak tangga untuk melihat adiknya. Sebelum masuk, Aqil mengetuk pintu bilik adiknya, apabila tiada apa-apa respon Aqil masuk ke dalam bilik adiknya. Dia melihat muka pucat adiknya yang sedang terbaring lemas.

"Adik? bangun solat zuhur." Ucap Aqil sambil menggoyangkan badan adiknya. Lagi sekali Elina tidak memberikan respon, Aqil sudah naik cemas dia tidak tahu mahu membuat apa sekarang. Dia mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam poket seluarnya dengan cepat Aqil mencari nombor Aryan.

"Yan tolong aku..."

"Kau kenapa? kau ok tak ni?"

"A-adik aku..., dia tak sedarkan diri..."

"Sekejap! aku datang."

Aqil sudah menangis teresak-esak sambil memeluk badan adiknya. Aryan yang melihat sahabatnya seperti itu hanya mampu mendiamkan diri sambil membawa kereta dengan kelajuan yang sangat laju supaya cepat sampai ke hospital.

Sampai sahaja hospital, Elina dilarikan ke dalam wad kecemasan. Aqil masih menangis. "Aku gagal jadi abang!" Ucap Aqil sambil memukul diri sendiri. Aryan yang melihat sahabatnya seperti itu dengan cepat menarik Aqil masuk ke dalam pelukannya.

"Kau tak gagal qil, kita doa sama-sama minta dekat allah supaya panjangkan umur adik kau." Pujuk Aryan, Aqil hanya mengangguk lemah. Sekarang hatinya sangat hancur.

CINTA TERAKHIR CODE NAME COBRA |SLOW UPDATE Where stories live. Discover now