PROLOG ^-^

5 1 0
                                    


" Let's get married " 

Pftttt 

 Air yang baru sahaja aku minum habis tersembur. Mata aku terbuntang pakej dengan mulut ternganga. Adakah aku salah dengar? dia...dia ajak aku kahwin ? dengan lekas aku lap kembali mulut aku yang sudah kotor dinodai air coklat. Usai melakukan itu, aku terus bertindak memegang dahinya. 

" Awak demam ke ? " Soal aku . Mau tak peliknya tiba tiba sahaja tiada angin tiada ribut ajak kahwin. 

" Deaf. Aku nak kahwin dengan kau Maisarah" Ujarnya tanpa rasa bersalah. Pepatah itu lagi sekali membuatkan tanganku kembali menyentuh dahinya. Suam.

' Halusinasi aku je kot ' Bisikku didalam hati. Entah mengapa aku rasa ingin ketawa sahaja apabila Luke mengungkapkan perasaannya.Tetapi semuanya terhenti pabila mata helang itu menatap dalam iris milikku. Ini memang betul tak main main. Dari segi pandangannya tiada sekali aku merasakan bahawa dia tidak anggap itu adalah bahan lawakkan malah , tatapan itu terlihat sangat ikhlas.  

" Yes or no? " Kening Luke terjungkit sedikit. Menantikan jawapan yang akan keluar tidak lama lagi.

" Kita beza agama Luke." Kataku dengan nada yang perlahan. Mataku tertunduk kebawah.

Luke yang melihat akan perbuatan aku terus mengalihkan pandangannya kesisi luar.

" Jadi apa masalahnya?" Tanya Luke. Jelas ia menunjukkan bahawa balasan aku tidak mendapat sambutan yang baik olehnya.

" Dalam Islam, hukumnya haram. Cuba bayang kalau saya paksa awak convert ke Islam sedangkan awak Kristen. That's not gonna be happy ending for us Luke."  Kini, mataku menatap wajah tampan itu. Aku sangat berharap dia akan faham apa yang aku cuba untuk sampaikan.

" Then i will convert to Islam. Alasan beza agama bukan alasan yang tepat untuk aku tinggalkan kau. Maisarah " Pada saat ini, kami berdua bertentang mata. Lama. Hatiku sudah lama meraung. Tidak dapat mencerna situasi yang berlaku pada tahun ini, bulan ini, minggu ini, hari ini, jam ini dan saat ini. Adakah dia sudah gila?Menaruh agamanya demi aku sangatlah membuat rohku ingin keluar dari badan pada masa ini. 


If I don't get her, then no one will - Luke Daniel

One Thousand YearsWhere stories live. Discover now