THEO mengeluh perlahan apabila melihat suasana itu sebaik sahaja dia membuka mata.Urgh i hate hospitals!
Theo hairan memandang kepala
seseorang yang terbaring di sisi katil. Rambut panjang yang berserabut itu menutupi wajahnya.Theo senyum sendiri. Perlahan-lahan dia cuba untuk menukar posisinya kepada bersandar. Penuh berhati-hati.
"Auch!" Dia mendesis kesakitan sambil memegang abdomen kirinya. Baju hospital diselak sedikit. Melihat luka di sebalik balutan berwarna putih itu.
Nasib tak teruk.
Theo tersenyum melihat Hazel yang sedang dibuai lena. Jari-jemarinya naik menyelak rambut gadis itu yang menutupi wajah.
Wajah gadis itu tampak penat dan lelah. Theo mengelus lembut rambut perang yang beralun lembut itu. Namun kepalanya tiba-tiba sahaja teringat sesuatu.
"You can't touch muslim female unless in life and death situation. It's haram,"
Terus Theo memberhentikan tindakannya.
Pintu wad yang terbuka dari luar buatkan Theo terus mengangkat tangan. Menyuruh Mika menutup pintu perlahan-lahan. Agar tidak mengejutkan Hazel.
Mika memandang Theo tidak mengerti.
Theo menunjuk ke arah Hazel yang masih nyenyak disapa lena.
Mika membuat muka menyampah. Tanpa mengendahkan arah Theo, dia terus menghempas pintu dengan kuatnya.
Bam!
Terus Hazel terbangun dari lena. Memandang ke kiri dan kanan. Bunyi apa tu?
"Stupido!" Jerkah Theo.
Mika mendecis perlahan sebelum mengangkat bahu.
Hazel mengeluh kecil sebelum memegang lehernya yang terasa sakit. Rasa sakit. Mungkin kerana posisi tidur yang tidak betul.
Terus membulat matanya apabila melihat Theo yang sedang memandangnya.
Hazel menunduk malu. Terus gosok di hujung bibir. Harap tak ada cecair di situ.
Fuh tak ada..nasib baik.
"Sleep well hurm?"
Bibirnya naik tersenyum malu sebelum dia menjauhkan sedikit jarak di antara mereka.
"Awak okay? Luka awak masih sakit tak?" Soal Hazel dalam bahasa inggeris.
Theo senyum sahaja. Memandang ke arah Hazel yang jelas kelihatan sebersalah.
"Saya okay. Luka saya pun okay. Dah tak sakit dah," jawab Theo.
Hazel menghembus nafas lega. Risau juga Theo terjadi apa-apa.
"Saya minta maaf. Sebab saya awak kena tikam," tuturnya perlahan. Sungguh dia rasa sebersalah.
"It's not your fault sweetheart," Theo menggelengkan kepala.
"Tak! Sebab saya. Kalau awak tak ada, mesti lelaki itu takkan tikam awak,"
Tiba-tiba lidahnya kelu. Terus dia menutup mulut. Alamak!
"What do you mean?"
"Err...nothing."
Mata Theo merenung ke arah Hazel tajam. Tahu yang gadis itu sedang menipunya.
"I'm asking you Hazel." Suara Theo berubah tegas meskipun tidak tinggi.
"Saya tak kenal dia..tapi saya perasan yang dia selalu perhatikan saya. Pernah satu hari kami berdua terserempak."