PUAN Maimon membuang pandang ke arah skrin televisyen. Bantal berbentuk hati kepunyaan anak
daranya ditarik ke dalam pelukan. Walaupun tidak
sampai satu hari anaknya pindah rumah, hati tuanya
sudah menjerit-jerit mengungkapkan perasaan rindu.Walau bagaimanapun, dia perlu terima bahawa Syafiza Iman bukan lagi dibawah tanggungjawabnya. Anak perempuannya dah ada suami.
"Awak fikirkan apa tu?" soal Encik Daud. Punggung dihempas sebelah isterinya.
"Hati saya ni rindu pulak dekat anak dara kita tu, bang. Biasanya dia ada teman saya tengok TV." Terang Pun Maimon.
"Nak buat macam mana... dia yang nak ikut suami dia. Kita doakan yang baik-baik saja. Abang yakin Pija okey dengan Arnash," balas lelaki tua itu. Pertama kali dia memandang Arnash Farhan, dia yakin lelaki itu mampu menjaga anak daranya.
Puan Maimon mengeluh. Dilentokkan kepalanya ke bahu sang suami. Cerita Kungfu Panda dipandang kosong. Fikirannya jauh melayang memikirkan tentang si anak yang jauh di mata.
ARNASH FARHAN mendekati Syafiza Iman yang sedang menyiapkan kerja sekolah. Dilabuhkan punggungnya ke birai katil. Dia nampak dahi Syafiza
Iman sedang berkerut-kerut. Bibir digigit sebelum dia
bersuara."Susah sangat ke soalan KBAT pendidikan Islam tu, Syafiza?" soal Arnash Farhan.
"Susahlah juga. Tak apalah. Saya siapkan kat sekolah." Syafiza Iman terus menutup buku latihannya.
Kemudian, buku tulis karangan dikeluarkan. Arnash Farhan memerhatikan saja isterinya sedang sibuk menulis, menyelesaikan tugasan yang diberi.
"Cuba jaga tulisan awak tu. Macam cakar ayam saya tengok." Tegurnya.
"Tulisan saya memang macam inilah. Suka hati je nak kutuk tulisan orang." Gumam Syafiza Iman.
"Malas cakap malas. Tak payah beri alasan. Awak padam balik. Buat semula. Sakit mata saya nak menanda buku awak nanti." Arah Arnash Farhan.
Syafiza Iman mengabaikan arahan lelaki itu. Dia masih lagi menulis. Isi-isi penting yang sudah siap
dicatat dimasukkan ke dalam setiap perenggan sebelum dihuraikan dengan lebih lanjut."Peribahasa masukkan." Arnash Farhan bersuara lagi.
"Apa peribahasa yang sesuai untuk karangan pasal kes penderaan kanak-kanak ni?" soal Syafiza Iman
kepada suaminya."Eh, tanya saya pula. Awak fikirlah. Awak yang nak SPM bukannya saya." Arnash Farhan bingkas berdiri. Tak kuasa nak menunggu isterinya siapkan kerja sekolah.
"Cikgu, tolonglah!" Syafiza Iman menarik kuat kain pelikat yang dipakai oleh suaminya.
Membulat mata Arnash Farhan. Dia lekas menarik semula kain pelikat itu ke pinggang kemudian disimpulkan.
"Syafiza, tanggallah kain saya. Awak ni kenapa nakal sangat?!" Herdik Arnash Farhan. Ada yang buta kang sebab Nampak benda yang tak sepatutnya.
"Mana ada jahat. Nakal sikit adalah." Nafi Syafiza Iman. Syafiza Iman terus hilang mood hendak menyiapkan tugasannya. Sekarang, dia sibuk hendak mengusik suami kesayangannya itu. Buku tulis ditutup. Tak apa, esok siang masih ada.
"Kenapa tak siapkan?" soal Arnash Farhan.
"Tak ada mood nak buat. Biasanya boleh fokus. Tapi bila cikgu ada kat depan mata terus tak boleh nak fokus." Syafiza Iman tersengih.
"Awak pergi siapkan kerja sekolah awak tu. Jangan nak tunda-tunda." Arnash Farhan menjegilkan matanya. Pura-pura memarahi gadis itu.
"Kalau saya tak nak?" Syafiza Iman mula bermain tarik tali.
Arnash Farhan mendegus. Buku tulis karangan itu diambil kemudian dibuka. Diletakkan buku itu di hadapan isterinya.
"Siapkan!" Arahnya.
Syafiza Iman buat tidak tahu. Pen dikemas kemudian disimpan semula ke dalam beg sekolahnya. Buku-buku disusun sebelum diletakkan ke atas meja sisi.
"Cikgu, nak peluk." Syafiza Iman mendepakan tangannya luas-luas. Bersedia ingin memeluk si jejaka idaman.
"Awak jangan nak buat hal. Dah malam ni."
Arnash Farhan membalas. Dia berura-ura ingin keluar dari bilik tidur.
"Nak peluk jugak!" Syafiza Iman menarik kuat belakang baju suaminya sehingga Arnash Farhan
terdorong ke atas katil."Syafiza!"
"Yes, husband."
Arnash Farhan mendengus kasar. Dia nak bangun
tapi Syafiza Iman terlebih dahulu menariknya ke dalam pelukan. Allah... bala! Bala!
YOU ARE READING
MY LOVE CIKGU
عاطفية"Cikgu, tolong ejakan perkataan cinta boleh?" - Syafiza Iman. "Kenapa dengan cinta?" - Arnash Farhan. "Sebab I cinta you." - Syafiza Iman. Walaupun umur mereka jauh berbeza, Syafiza Iman tidak kisah langsung. Apa yang dia tahu, dia memang benar-b...