BAB 4 KOMETERAPI

49 5 0
                                    

POV FREEN

Deg jantung ku seolah berhenti setelah Becky mengajak aku putus dengannya.

Tangan ku bergetar mulut ku seperti terkunci untuk berbicara air mata ku jangan ditanya pasti sudah jatuh membasahi pipiku.

Aku tidak tahu aku sedang bermimpi atau ini betul² terjadi Becky memutuskan hubungan kami.

Aku masih belum percaya aku cuba menelefonnya tapi nombor nya tidak aktif aku menghantar mesej namun dia tidak melihat pesanan yang aku hantar.

Aku meraung setelah tiga bulan dia menghilangkan diri kini dia muncul dan memutuskan hubungan kami.

Setelah perbicaraan aku dan Becky semalam aku tidak bersemangat untuk ke kolej.

Tok tok

"Freen bangun nak nanti kamu terlambat pergi kolej"

Aku tidak menjawab, fikiran aku sudah kosong, hati aku sudah hancur setelah hubungan aku dan Becky berakhir aku tidak tahu alasan dia memutuskan hubungan kami tapi aku ingin mendengar penjelasan namun becky langsung tidak memberi penjelasan kepada ku.

Aku sudah cerita pada orang tua ku tentang hubungan ku dan Becky sudah berakhir semalam.

Papa dan mama ku menenangkan ku mereka risau dengan keadaan aku sekarang.

Mereka tidak membenarkan aku untuk pergi kolej untuk beberapa hari kerana aku masih merasa sedih dengan keputusan becky tiba² memutuskan hubungan kami.

Seminggu kemudian aku telah kembali ke kolej untuk sambung pelajaran aku setelah seminggu aku menenangkan diri.

Nam dan rat sudah tahu tentang hubungan aku dan Becky yang sudah berakhir dan itu menyenangkan rat untuk mendekati aku.

Aku memberi kesempatan padanya mungkin bercinta dengannya boleh menyembuhkan luka dihati ku.

Rat juga banyak menghibur ku, dia membawa aku ke pantai, tempat yang selalu jarang aku pergi dan kadang² aku pergi gunung bersamanya.

Dan aku dengan perlahan dapat melupakan Becky dan aku tidak pernah bertemu dengannya aku seperti sudah tidak peduli dengan dirinya.

Dia buat apa? Dimana? Dengan siapa?

Hati aku masih terasa sakit dengan keputusannya namun apa yang perlu aku lakukan selain daripada move on.

"Jom kita masuk" ajaknya sambil memegang tangan ku.

Aku tersenyum lalu kami berjalan masuk ke dalam kelas.

Di kantin

Semua mata memandang kearah aku dan rat yang sedang bergurau senda dengan tingkahnya membuat kan aku terasa nyaman padanya.

POV FREEN END

Di hospital

Hari ni hari pertama becky akan melakukan kometarapi.

"Ayuh bec kamu pasti boleh" tuan Amstrong memberi semangat kepada anaknya.

Becky sedaya upaya berdiri dari kerusi roda, dia memegang besi yang berada di kiri kanannya erat.

Tuan Amstrong dan puan Amstrong dengan reflek memegang tangan anaknya yang hampir rebah kerana kakinya masih lemah.

Becky masih berusaha untuk menyesuaikan kakinya keatas lantai, tangannya bergetar kerana sedang mengimbangi badannya.

Dengan perlahan dia maju ke hadapan namun saat dia ingin melangkah dia terjatuh.

Taun Amstrong dan puan Amstrong dengan reflek menanyakan keadaan anaknya.

JADIKAN AKU YANG PERTAMA Where stories live. Discover now