SINOPSIS

110 3 0
                                    


Berkahwin dengan si pembuli, tak pernah terjangkau dalam fikiran Hijqal Eimer. Sejak di
has bangku sekolah, orang yang paling Hijqal akan elak adalah Layka Azkia. Si pembuli nombor satu di sekolah mereka.

"Hoi, budak rabun. Kau nak spek kau balik kan? Nah, pergi ambil. Aku dah buang dalam longkang!" - Layka Azkia

Kena tolak dalam longkang. Spek kena sorok. Kena kunci dalam tandas. Dan bermacam-macam lagi yang Hijqal hadap di sekolah sehingga menimbulkan rasa trauma di hati Hijqal.

"Jadi lelaki kalau tak tahu melawan, baik kau jadi pondan. Dengan perempuan macam aku pun kau boleh kalah eh? Kesian.." - Layka Azkia

Sering kali dimalukan dan dibuli di hadapan teman-teman, Hijqal masih boleh bersabar. Namun saat satu insiden menimpa dirinya, itu yang menyebabkan Hijqal usung dendam sampai ke usianya yang meningkat dewasa.

"Saya kena balik, Layka. Tolonglah buka pintu tandas ni. Mama saya tengah sakit dekat hospital. Layka, please. Saya sanggup merayu di kaki awak." - Hijqal Eimer

Rayuannya tak dihiraukan. Dan hari itu, menjadi titik paling menyedihkan dalam hidup Hijqal kerana dia tidak sempat bertemu dengan Datin Hasni sebelum wanita itu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Hijqal membawa diri, pindah dari sekolah. Lebih sepuluh tahun mereka tidak bersua. Namun takdir temukan mereka semula ketika dewasa. Pada Layka, Hijqal masih lelaki lembik yang tak tahu melawan seperti dahulu. Tanpa sedar, perwatakan Hijqal sudah berubah seratus-peratus. Paling aneh, Layka jatuh cinta pada mangsa bulinya sendiri.

"Daddy nak kahwinkan kita. Dan Lay setuju." - Layka Azkia

"Why?" - Hijqal Eimer

"Anggap ajelah Lay nak tebus dosa Lay pada Qal yang dulu. Lay jadi 'maid' Qal. Tapi 'maid' dalam versi halal."  - Layka Azkia

Misi balas dendam bermula. Apa yang Hijqal pernah lalui, kini dilalui oleh Layka pula. Layka tertipu dengan perwatakan Hijqal yang kononnya masih 'nerd'. Sedangkan hakikat sebenar, Hijqal Eimer sudah pun menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana.

"Lebih 12 jam Lay terkurung dalam tandas. Qal sengaja ke kunci pintu tandas dari luar? Lay tak boleh bernafas!" - Layka Azkia

"Taklah.. takkanlah Qal nak buat macam tu. Sorry, Qal tak sengaja." - Hijqal Eimer

Berpura-pura 'innocent', sedangkan memang itulah niat Hijqal. Hijqal tak ubah seperti seorang psikopat. Layka tertipu dengan lakonan si suami. Saat semunya terbongkar dan Layka jelas dengan niat Hijqal menikahinya, mampukah Layka memberi peluang kedua? Atau Hijqal memang tak pernah harapkan sebarang peluang daripada Layka kerana tugasnya hanya untuk membalas dendam? Dan di antara benci dan cinta, akhirnya mana satu bakal menjadi pilihan? Sama-sama kita nantikan kesudahannya di dalam nukilan berbentuk digital ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 08 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

LELAKI YANG KAU TINDASWhere stories live. Discover now