"Kenapa tak bagitahu saya perkara yang sebenarnya?" Tanya freen menatap sayu kearah Becky yang masih melihat kearah tasik.
"Apa yang terjadi sebenarnya?" Tanya freen.
"Tiga bulan yang lalu saya dalam perjalanan untuk bertemu dengan awak seperti yang kita janjikan..."
"Namun awak tidak munculkan diri" potong freen.
"Ya tapi saya alasan saya tak datang jumpa awak sebab saya eksiden"
Freen terkejut
"Dan saya koma, saya lumpuh di bahagian kaki selepas saya sedar saya call awak sebab nak putuskan hubungan kita kerana saya tak nak awak malu bercinta dengan orang OKU macam saya"
"Awak tahu saya cintakan awak bagi Saya tak peduli kalau awak sempurna atau tak hati saya ikhlas mencintai awak Becky"
Becky tersenyum sinis.
"Kalau awak cintakan saya awak takkan terima orang lain freen"
Freen terdiam.
"Saya faham mungkin selama ni hanya saya je yang ikhlas mencintai awak sedangkan awak... Semoga awak bahagia dengan pilihan awak freen jika melepaskan mu itu membuatkan awak bahagia saya akan mundurkan diri... Tahniah atas pertunangan awak dan rat saya minta diri dulu" kata Becky lalu dia pun menolak kerusi roda nya sendiri meninggalkan freen sendirian disitu.
"Bec"
Richie dan rat bangun dari duduknya apabila melihat Becky yang sedang menghampiri mereka berdua.
"Richie jom kita balik" ajak Becky.
"Sebelum tu tahniah rat selama ni aku percayakan kau tapi aku tak sangka kau pengkhianat rupanya" kata Becky dengan nada kecewa.
Selama ni dia tidak menyangka rakan yang paling rapat dengannya sanggup menikamnya dari belakang.
"Tapi kau dengan dia dah putus, aku rasa tak salah"
"Ya tapi tu bukan niat dari hati aku, aku putuskan hubungan kerana aku sudah tak sempurna tapi saat aku tahu aku boleh sembuh aku nekad sembuhkan kaki aku demi freen tapi selepas aku datang dia dilamar oleh kau, kau tahu tak sakitnya bila orang yang sangat kita cintai menikam kita dari belakang"
"Terima kasih atas luka yang telah korang berikan pada aku, aku berdoa semoga kau dengan dia boleh hidup bahagia meskipun aku yang menderita... Richie jom kita balik" ajak Becky, Richie mengangguk lalu dia menolak kerusi roda.
Freen berlari mengejar Becky.
"Becky... Becky..." Panggil freen sambil mengetuk cermin kereta.
"Saya minta maaf bec tolong dengar dulu penjelasan saya"
"Becky pergi lah menemui freen semula dengar dulu penjelasan dia" pujuk Richie sambil memegang bahu adiknya.
"Selesai kan dengan secara baik jika becky ingin tetap dengan keputusan becky bagitahu dia kalau hati Becky berkata lain bagi dia peluang" kata Richie lagi lalu dia tersenyum.
"Becky penat bang, becky nak berehat" kata becky datar
"Baiklah"
Richie menghidupkan enjin kereta lalu meninggalkan kawasan freen yang masih memangggil Becky.
Becky duduk di sebelah tingkap, air matanya tidak berhenti dari mengalir.
Tok
Tok
"Becky" panggil puan Amstrong.
"Makan ubat dulu sayang"
Puan Amstrong duduk sebelah anaknya.