BAB 13

208 23 1
                                    

PUAN Kalsom memandang gadis comel yang sedang duduk diam di hadapannya. Dia mengerling suaminya sekilas sebelum memandang anak lelakinya yang turut duduk diam di sebelah gadis itu.

"Comel menantu ibu. Nama siapa?" soal Puan Kalsom bernada lembut.

"Syafiza Iman binti Daud," jawab Syafiza Iman sambil melepaskan satu senyuman.

"Sedap nama. Masih sekolah, erk?" soal Puan Kalsom lagi.

Syafiza Iman mengangguk. Janggal pula rasa. Peha dirapatkan. Wajah suaminya dipandang sekilas.

"Yalah, tak apa. Dah jodoh Iman dengan anak ibu, nak buat macam mana. Ibu dengan ayah reda." Puan Kalsom tersenyum lagi.

Tercengang Arnash Farhan dibuatnya. Ibu dan ayahnya boleh reda pula? Dia bengang.

"Arnash..." Seru Encik Adib.

"Ya, ayah?" Sahut Arnash Farhan.

"Jangan nakal-nakal. Isteri kamu masih budak lagi. Biar dia lepaskan SPM dulu baru suruh dia fikir pasal tanggungjawab yang lagi satu. Faham, kan?"

Arnash Farhan mengangguk. Dia sendiri tak sampai hati ingin menyuruh gadis itu melayan kemahuan batinnya. Dia juga tidak akan menyentuh Syafiza Iman kerana gadis itu masih budak naif yang tidak tahu apa-apa. Isterinya masih mentah.

"Suka kat anak ibu tak?" soal Puan Kalsom, tiba-tiba.

"Suka... Dah lama suka Cikgu Nash," jawab Syafiza Iman dengan penuh berani.

Puan Kalsom tersenyum memandang menantunya. Bagus, dia suka menantu yang jujur seperti Syafiza Iman.

"SAYA bagi awak semua borang kebenaran untuk ikut serta kem motivasi untuk pelajar-pelajar SPM. Boleh suruh emak, ayah atau penjaga awak isikan. Esok hantar dekat saya." Terang Cikgu Qairul selaku guru kelas di dalam kelas yang diduduki oleh Syafiza Iman.

Syafiza Iman memandang kosong borang yang berada di pegangannya. Lengan Natasha disiku sedikit.

"Kau pergi?" Dia bertanya.

"Aku pergi sebab Nazmi pergi," jawab Natasha.

"Kau pergi tak?" soal Natasha.

Syafiza Iman menjongket bahu. Dia akan pergi sekiranya suaminya pergi.

"Jangan risaulah. Suami kau ada sekali," beritahu Natasha yang seakan-akan memahami riak sahabat
baiknya itu.

"Mana kau tahu?" soal Syafiza Iman.

"Cikgu Arnash beritahu kat kelas hujung. Lespas tu, budak sana macam kecoh. Aku dengar yang Cikgu
Arnash ada sekali cuma tak tahu dia group siapa," jawab Natasha.

Mata Syafiza Iman terus bersinar. Sudah kalau suaminya pergi, dia pun wajib pergi. Ah, tak sabarnya! Minta-mintalah dia satu kumpulan dengan aku. Getus hati Syafiza Iman. Borang itu dipandang lagi dengan perasaan yang berbunga-bunga.

MALAM itu, Arnash Farhan merehatkan tubuhnya di ruang tamu setelah dia selesai menanda buku-buku pelajarnya. Sedang leka dia menonton televisyen, Syafiza Iman mendekatinya.

"Cikgu, tolong sign." Borang kebenaran itu dihulurkan kepada Arnash Farhan.

Arnash Farhan menyambut huluran isterinya. Isi kandungan dalam borang itu dibaca. Dia memandang
Syafiza Iman. Dahinya berkerut-kerut. Matanya memicing merenung muka comel itu.

"Awak nak pergi?" soalnya.

"Haah, saya nak pergi. Suami saya pergi. Saya pun kena pergi. Takut kalau cikgu menggatal dekat sana nanti," jawab Syafiza Iman bersahaja.

"Merepek!" Arnash Farhan menjatuhkan tandatangan ke atas borang itu. Bentuk tandatangannya diubah. Gusar kalau tertangkap dek pengetua sekolah.

"Terima kasih, sayangku." Syafiza Iman mengambil kembali borangnya lalu dilipat dua.

Arnash Farhan memutarkan biji matanya ke atas. Matanya dikalihkan memandang televisyen.

"Dah pukul sepuluh malam. Saya dah
mengantuk. Cikgu jangan masuk bilik lewat-lewat. Saya tunggu dalam bilik." Syafiza Iman mengenyitkan
matanya seraya buat gaya macam harimau nak menerkam mangsa. Arnash Farhan meneguk air liur berkali-kali.

MY LOVE CIKGU Where stories live. Discover now