BAB 15

362 14 2
                                    

TAMAT waktu rehat, sahabat baik yang kelihatan seperti belangkas itu mengatur langkah ke kelas. Dengan penuh berselera Syafiza Iman menjilat ais krim vanilla yang dibeli semasa mereka pergi ke koperasi sekolah. Setibanya di hadapan pintu masuk kelas, kening Syafiza Iman berkerut.

"Cikgu salah jadual waktu, eh?" soal Syafiza Iman kepada suaminya yang kelihatan segak dengan baju 1murid 1Sukan.

"Masuk." Arah Arnash Farhan.

"Sekarang masa Pendidikan Islam. Subjek cikgu lepas subjek Pendidikan Islam," jelas Syafiza Iman.

Natasha membiarkan sahaja sahabatnya berdiri di ambang pintu manakala dia terus masuk ke dalam kelas. Gerun melihat raut wajah tegang guru muda itu.

"Saya ganti Cikgu Rohaidi. Dia MC hari ni. Saya ambil masa dia dan terus sambung untuk Bahasa Melayu," beritahu Arnash Farhan.

"Erk, maksudnya cikgu conquer empat masa teruslah?" Melongo Syafiza Iman. Oh, matilah. Arnash Farhan mengangguk.

Ais krim dihabiskan sebelum Syafiza Iman menonong masuk ke dalam kelas. Dilabuhkan punggungnya di sebelah Natasha.

"Okey, kelas. Dekat tangan saya ada dua kertas. Saya nak awak salin karangan bahan rangsangan yang saya dah siapkan ni kat dalam buku karangan awak semua. Hantar hari ni. Saya nak tanda buku." Arnash Farhan bergerak satu ke satu meja untuk memberikan kertas yang berada di tangannya kepada para pelajarnya.

Syafiza Iman melihat sekilas kertas yang diberi oleh guru muda itu. Banyaknya!

"Kau dah siapkan kerja Matematik?" soal Syafiza Iman kepada Natasha dalam nada berbisik.

"Dah. Kau?"

"Belum. Wei, nak tengok."

Natasha mengeluarkan buku latihan Matematik kepunyaannya dan diberikan kepada Syafiza Iman.

"Thank you." Syafiza Iman terus menolak kertas yang diberi oleh guru muda itu ke tepi. Buku latihan kepunyaan sahabatnya diletakkan ke bawah meja
manakala buku latihannya diletakkan ke atas meja.

Sedari tadi Arnash Farhan memerhatikan tindak-tanduk isterinya. Sekejap, sekejap pasti gadis itu memandang ke bawah meja. Dia mula berasa sangsi.
Tubuh ditolak supaya berdiri. Langkah diatur ke meja
gadis itu.

"Saya suruh awak salin karangan yang saya bagi kat dalam buku. Bukan buat kerja lain!" tengking Arnash Farhan.

"Mana ada buat kerja lain. Saya tengah belajar, kan?" balas Syafiza Iman dengan penuh berani.

"Awak simpan buku latihan Matematik awak tu sebelum saya lempar ke bawah." Ugut Arnash Farhan.

Syafiza Iman memuncung. Buku latihan Matematiknya disimpan. Buku yang dipinjam daripada Natasha dipulangkan semula.

"Subjek cikgu ni senang kacang. Tak study pun tak apa," omel Syafiza Iman.

"Senang sangat sampai dapat gred C, kan?" Sindir Arnash Farhan. Dia sudah kering tekak ingin menasihati gadis itu.

"Kira okeylah dapat gred C daripada saya gagal. Betul tak?" Syafiza Iman tersengih nakal.

"Sudahlah, awak ni nak jadi apa? Tahap malas awak ni tak boleh nak dibawa bincang, tahu tak." Arnash
Farhan mengeluh.

Syafiza Iman mengabaikan kata-kata lelaki itu. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Buku tulis panjang diletakkan ke atas meja.

"Saya tulis guna shortform boleh? Banyak sangatlah, cikgu. Tangan saya sakit." Juih Syafiza Iman.

"Jangan naikkan darah saya, Syafiza!"

"Kalau tak boleh naikkan darah cikgu, saya naikkan nafsu cikgu jelah."

Arnash Farhan mendengus apabila mata-mata pelajar di dalam kelas itu mula memandang ke arahnya.

"Siapkan kerja awak lepas tu hantar." Arnash Farhan Cepat-cepat kembali duduk di tempatnya. Mulut isterinya memang lancang habis. Rasa macam nak dicili-cilikan.

Syafiza Iman mengeluarkan semula buku latihan Matematiknya. Amaran guru muda itu tidak diendahkan.

( Sambungan untuk BAB 16 - BAB 66 boleh didapatkan dalam bentuk buku digital yang akan saya hantar melalui E-mail @ Telegram/WhatsApp. Sebarang bentuk pembelian boleh dilakukan pada aplikasi Instagram/Telegram/WhatsApp. Untuk memiliki buku digital MY LOVE CIKGU ini, dengan kadar pembayaran serendah RM18.00 sahaja )

Instagram: amnahsyarim
Telegram/WhatsApp: 0137438087

Terima kasih.

MY LOVE CIKGU Where stories live. Discover now