𝓣𝓪𝓴𝓵𝓾𝓴𝓲 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪𝓴𝓾 || 15

4 2 0
                                    

"Kau yakin ke nak ikut aku sekali ni?" Tanya Nadierah yang inginkan kepastian dari Arman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau yakin ke nak ikut aku sekali ni?" Tanya Nadierah yang inginkan kepastian dari Arman.

Jejaka itu ingin ikut bersama Nadierah.

Macam mana Arman boleh tahu yang Nadierah nak balik kampung Qaisara adalah waktu Nadierah memberitahunya bahawa dia akan balik ke kampung Qaisara.

"Ya aku yakin lagipun aku nak juga tahu suasana dikampung Qaisara macam mana. Mesti seronok," wajah ditayang ibarat teruja. Nadierah pula yang memandangnya seperti tidak yakin dengan kata-kata Arman.

"Kampung Qaisara panas, malam pulak banyak nyamuk. Maklumlah, suasana kampung tak sama macam bandar dengan kau pulak yang dari lahir sampai besar macam ni hidup pijak bandar je, boleh tahan ke?" Panjang Nadierah berceloteh, sempat juga dia menyindir.

Arman yang mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh Nadierah itu membara rasa hati. Nadierah kalau sehari tidak ejek dia memang tak sah.

"Kau ingat aku ni betul-betul darah bandar ke? Ingat kulit daging aku ni dah melekat sangat dengan bandar?"

"Dah, aku nak ikut kau," sambungnya. Kalau terus berdebat dengan Nadierah memang sampai kesudah lah dia takkan ke kampung Qaisara.

Si Nadierah ni bukan nak mengalah dengan dia.

"Ikut kaulah kalau nak ikut sangat tapi ada syaratla..." Nadierah mencekak pinggang memandang tepat wajah Arman.

"Nak ke kampung Qaisara pun kena ada syarat ke?" Arman mengerut kening.

"Yelah, kau-"

"Apa syarat dia?" Potong Arman. Malas nak dengar Nadierah yang ingin membuka bicara.

"Pakai kereta kau, boleh?" Selamba wajah Nadierah, kening diangkat berulang kali. Menunggu jawapan dari Arman Ariff.

"Asal tak pakai kereta kau je?" Tanya Arman.

"Jimat minyak, mahal minyak sekarang," balas Nadierah selamba.

"Boleh eh?" Wajah yang ditayang selamba tadi terus bertukar, ibarat merayu.

"Minyak untuk kereta sendiri jugak tapi kedekut, kau jugak yang pakai nanti bukannya orang lain," ujar Arman dengan langkah yang dibuka menuju kearah pintu kereta.

Nadierah yang mendengar itu hanya menayangkan wajah tidak bersalah, dah minyak memang mahalkan. Nak cari duit sekarang kena banting tulang, jadi berjimatlah.

𓍢ִ໋🌷͙֒𓍢ִ໋🌷͙֒

Qaisara yang sedang menunggu kehadiran sahabatnya itu dengan ditemani angin pagi yang hening, dia terus mengingatkan Razaleigh. Wajah Razaleigh berlari-lari difikirannya.

Kehadiran Razaleigh Shah kembali, membuatkan hatinya tidak tenang. Bagaimana jika lelaki itu kembali menyakitinya? Tapi entah kenapa hatinya menolak semua itu.

𝐓𝐀𝐊𝐋𝐔𝐊𝐈 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀𝐊𝐔 Where stories live. Discover now