Hati 1

7 0 0
                                    

"Afifah binti Abdullah. Aku Mohd Fadli bin Halim, ceraikan kau dengan talak satu."
Rasa dunia sunyi dan berhenti sebentar. Itu lah rasa hati aku pada masa lafaz cerai keluar dari mulut Fadli.
"Puan Afifah awak faham ke?." Pertanyaan tuan hakim mengejutkan aku ke reality. "Saya faham tuan."
Aku pandang ke arah Fadli, dengan harapan semua hanya masih mimpi. Bila kedengaran ketukkan dari tuan hakim, sedarlah aku ini adalah pengakhiran kisah rumah tangga kami. Nak menagis pun rasanya tak mampu.
Aku keluar dengan langkah lemah dari ruang makamah. Bila terseremak dengan Fadli, "Aku nak kau keluar rumah dalam masa 3 bulan ini. Rumah tu aku nak jual. Hasilnya nanti kita bagi dua. Aku nak mula hidup baru tanpa ada sejarah hidup dengan kau".
Mulut aku macam terkunci, otak aku masih cuba memproses apa yang berlaku dalam masa terdekat ini. Pada aku semuanya berlaku terlalu cepat.
Perkenalan aku dengan Fadli semasa di kolej dan bersambung dengan perkahwinan selama 5 tahun amat bahagia.
Cuma rezeki anak belum sampai pada kami. Mungkin sebab itu Fadli berhenti mencintai aku. Aku tak memberi anak kepadanya. Walaupun mengikut pemeriksaan kesihatan kami berdua tiada masalah.
Fadli mula berubah dalam beberapa bulan sebelum kami berpisah. Tak ada ayat manis macam biasa bila berbicara, selalu outstation dan sentiasa mengelak bila ajak berbincang
Cuma 2 bulan lepas dia tak balik ke rumah. Dan aku terima surat untuk hadir ke makamah pada hari ini. Puas aku cuba hubungi fadli  dia masih membisu. Bila aku hadir ini hadiah fadli beri pada aku. Perpisahan, yang tak aku tahu apa puncanya.
Aku pandang muka Fadli. Dia dah tukar panggilan dirinya kepada 'aku'. Aku cuba tenung anak mata orang pernah mengaku cinta sepenuh hatinya. Kosong. Mana cinta itu pergi. Aku cuba mencari jawapan pada mata itu. Segara Fadli menutup mata dengan cermin mata hitam.
"Kenapa?." Akhirnya mulut ku mula berbicara. "Apa salah saya?." Dia hanya diam, berdiri memerhatikan aku yang berdiri macam orang bodoh di depanya.
Tiba- tiba muncul seorang lelaki berkod hitam menghalang pandangan aku. "Puan Afifah, saya peguam En. Fadli ini ada surat yang menerangkan semuanya dan beberapa document yang perlu puan tandatangan". Surat itu aku ambil dan letak dalam beg ku. Aku tolak lelaki itu ketepi dan aku pandang  Fadli. " Kenapa" dengan nada yang menjerit.
Fadli pusing dan berlalu pergi. Aku cuba mengejar tapi di tahan oleh peguamnya. Puas aku memanggil namanya dengan harapan dia akan membalas. Dari jauh aku melihat dia memasuki sebuah kereta dan berlalu pergi. Aku dibiarkan.
Allah hukuman apa kah ini. Terduduk aku diatas jalan. Lutut ku lemah. Kepala aku pening. Menitik akhirnya airmata mengingati apa yang berlaku. Aku menagis semahu-mahunya sendirian. Suami yang aku banggakan, yang patut melindungi aku dan menyayangi pergi begitu sahaja.
Puas aku menagis sendirian. Aku bangun dan cuba mencari kekuatan yang berbaki. Aku berjalan sambil berfikir mana arah tuju ku. Apa nasib ku. Apa perlu aku buat.
Ya Allah tolong lah aku. Aku sendirian. Aku tidak punya ibuayah sejak dari sekolah rendah. Hidup ku hanya menumpang kasih di rumah kebajikan. Bila sekolah menengah hidup di asrama hinggalah sampai  ke universiti.
Bila mula mengenali Fadli aku rasa aku adalah manusia paling beruntung di dunia. Perhatiannya dan kasih sayangnya buat aku rasa bahagia dan di hargai. Sekarang Fadli dah buang aku. Sakitnya hati ni Allah sahaja maha mengetahui.
Aku dongak ke langit awan cerah, tapi tak secerah hati aku.
Beg tangan aku bergetar. Baru teringat phone aku 'silent mode' masa di makamah tadi. Aku ambil phone dan jawab. Suara yang aku kenal "Pipah kau kat mana ni. Aku baru sampai, tapi kau tak da. Pipah kenapa senyap je. Kau kat mana. Kau ok ke Pipah?."
"Geeeeee" aku sambung menagis. Lama juga aku menangis dan Gee senyap aja di hujung sana, "kawan kau mana, aku datang ambil kau."
Aku kesat air mata dan hidung yang dari tadi tak kering- kering. "Aku kat bus stop.". Phone aku matikan.
Tak berapa lama kereta Gee berhenti depan aku. Pintu kereta di buka."Pipa masuk, takkan nak menagis kat sini sampai bila2." Aku akur. Kereta. Meluncur pergi.
Kami masih diam. Gee memandu dengan tenang. Bila dia menghala jalan ke rumah ku.
"Gee aku tak nak balik". Dia melencong kereta ke arah lain. Aku menutup mata, bila kereta berhenti aku buka mata. Pandang sekeliling. Pandang muka Gee. " Laki aku x da flight ke LA lagi 3 hari baru balik."
Aku mengangguk faham, mengikut Gee masuk ke rumahnya. "Baby mana?." Anak Gee berusia 2 tahun.
"Rumah tok dia". Pinjam katanya.". Untungnya Gee, dapat suami dan mertua yang baik. Mengengkan itu aku mula menagis semula.
"Cuba kau cerita pada aku apa yang berlaku." Gee tarik tangan aku duduk di sofa.
"Aku kena cerai dengan Fadli."
"Apa!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 12 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HatiWhere stories live. Discover now