12

29 3 0
                                    

SEMUA yang Hazel lihat berpamitan pulang. Dia hanya lemparkan senyuman seraya membalas ucapan selamat tinggal kepada mereka.

Kepala dongak ke arah langit. Dah bertukar kekuningan. Segala urusan di kampus sudahpun selesai,sekarang ni Hazel hanya rasa ingin pulang dan naik ke atas katil.

Dalam kepala masih tertanya-tanya. Sejak dari pagi dia tidak nampak langsung Irene dimana-mana termasuk di dalam kelas. Seperti biasa, gadis itu memang selalu hilang tanpa khabar berita.

"Stellina!" Sedang dia mengelamun, tiba-tiba dengar bunyi orang menegur. Terus kepala ditolehkan kebelakangan.

Theo kini berdiri dihadapannya.

"Jom saya hantar awak balik," pelawanya lagi.

Tiba-tiba saja dia teringat peristiwa pagi tadi. Tak tahu harus menerimanya atau menolak. Dalam hati memang berniat ingin menolak namun apabila melihat kesungguhan Theo, Hazel hanya angguk. Lagipun hubungan mereka hanya sekadar kawan. Tak ada alasan perlu bersangka buruk memandangkan sudah berkali-kali lelaki itu membantu dirinya.

Terus lebar senyuman Theo sebaik sahaja menerima anggukan darinya. Wajahnya juga kelihatan segar. Tak nampak penat langsung! Mereka berdua berjalan sehingga sampai ke kereta Theo.

Hazel memandang ke luar jendela sewaktu Theo memulakan perjalanan. Permandangan di bumi Melbourne ini sungguh cantik. Tidak terasa sudah hampir 3 tahun dia menetap di sini. Hanya tinggal berberapa bulan saja lagi sebelum dia menamatkan pembelajarannya. Dan setelah itu, permulaan hidupnya sebagai wanita yang mempunyai kerjaya sudah bermula.

Tiba-tiba terasa kereta telah berhenti. Kini, mereka sudahpun sampai di depan rumah Hazel. Tak sedar pula sudah 15 minit berlalu.

Hazel menghembus nafas sebelum membuka tali pinggangnya.

"Terima kasih," ucap Hazel.

Theo senyum.

"Sama-sama."

Tak sempat buka pintu, tiba-tiba terdengar telefon pintar Hazel berdering dari dalam beg. Tanpa berlengah, terus telefon itu dikeluarkan dari beg tersebut. Ikon hijau terus ditekan untuk menjawab panggilan dari Irene.

"Hazel, tolong aku!" Suara itu memetir di corong telefon itu.

"Irene, kau dah kenapa? Apa dah jadi?" Tanya Hazel risau.

"T...tolong aku Hazel. A..aku takut." Balas Irene. Suaranya seperti menahan tangis.

"Kau dekat mana? Bagitau aku. Aku datang!"

"Dekat rumah sepupu Kyle..Kyle. dia cuba untuk rogol aku!" Teresak-esak Irene bercerita.

Hazel memejam mata. Ya allah! Sanggup lelaki itu buat perkara terkutuk itu terhadap sahabatku!

Dapat dia dengar suara garau yang menengking serta mencarut-carut dalam bahasa inggeris. Mungkin sekarang ini, Irene sedang bersembunyi di mana-mana tempat.

"Siapa nama sepupu Kyle? Bagi alamat dia,aku datang!"

"Roy.."

Belum sempat Hazel mendengar, tiba-tiba panggilan terputus. Hanya mendengar nama terakhir itu.

"Siapa Roy? Irene?"

Talian mati.

"Hello? Irene? Irene!" Hati mula berasa resah. Resah kerana dia tak tahu di mana lokasi Irene ketika ini.

Ya Allah.. bantu aku..

"I know him." Celah Theo setelah lama dia berdiam diri. Laju kepala ditoleh ke arah lelaki itu.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now