BAB 7

122 21 0
                                    

Selepas sarapan, Mira, Hannah, Adelia, Elman, dan sepupunya sudah tidak sabar mahu mandi sungai.

“Aku tak sabar nak terjun sungai nanti,” ujar Elman.

“Sungai kat sini memang best. Kau belum rasa lagi, Elman.” ujar Fahmi.

“Aku dah lama tak mandi sungai kat sini. Masa kecil dulu selalu mandi sungai kat sini.” tambah Adelia. Dia tersenyum apabila mengingatkan kembali tentang zaman dia kanak-kanak.

Hannah ketawa. “Jangan risau, Adelia. Hari ini kita akan jadi kanak-kanak semula.”

Mereka berjalan kaki menuju ke sungai yang terletak tidak jauh dari rumah Adelia. Jalan menuju ke sana di kelilingi pokok yang menenangkan. Selepas kira-kira 10 minit berlalu, mereka sudah sampai di sungai yang jernih. Airnya mengalir perlahan-lahan di antara batu-batu licin.

Hakim cepat-cepat membuka selipar lalu dia melompat terjun ke dalam sungai. Adelia masih berdiri di tepi sungai,mengingat kembali kenangan dia bersama sepupunya semasa dia kecil, penuh dengan gelak tawa dan keriangan.

“Jomlah, Adelia!” panggil Elman yang sudah berdiri di tengah sungai.

Adelia ketawa kecil sebelum dia me celup kakinya masuk ke dalam sungai. Sejuk!

Mereka cuba bermain-main di dalam air. Ada yang cuba menyelam ke dalam untuk mengambil batu yang paling licin. Ada juga yang hanya berendam di dalam air. Elman dan sepupunya mula bosan. Mereka memutuskan untuk berlawan siapa berenang paling laju. Gelak tawa mereka mengisi suasana.

“Adelia, kau ingat lagi tak, dulu kita selalu baling daun dekat tepi longkang dan tengok siapa punya paling laju. Nak tak kita main lagi? Tapi kali ini kita buat dekat sungai pula.” cadang Mira.

Adelia mengangguk. “Ya, aku ingat. Jom kita main balik!”

Mereka mula memetik daun dan meletakkan ya di permukaan air, menunggu arus air membawa daun itu ke hilir. Daun Hannah bergerak paling hadapan.

“Yay, aku menang!” jerit Hannah.

“Tak adil! Arus dekat tempat kau lagi laju,” kata Mira sambil ketawa.

Elman dan sepupunya yang dha bosan berenang mula mengajak yang lain untuk berlawan melompat dari batu besar di tepi sungai.

“Aku cabar ornag lompat dari batu ni!” jerit Elman kepada Mira, Hannah dan Adelia.

“Takutlah,” jawab Adelia.
Fahmi terus memanjat batu lalu dia melompat ke dalam sungai dengan penuh gaya. “Macam ni nak lompat!”

Mira dan Hannah memandang antara satu smaa lain. Mereka menyahut cabaran. Mereka berdua memanjat batu, dan terjun. Tetapi, Adelia masih ragu-ragu untuk terjun. Setelah Elman memujuknya beberapa kali, barulah dia mahu terjun.

Jantungnya berdegup tatkala memanjat batu untuk terjun. Semasa dia berada di atas batu untuk terjun, kawan-kawannya dan Elman menyokongnya untuk terjun.

Dengan satu lompatan, Adelia melompat dengan penuh gaya. Air sungai yang sejuk menyeliputi dirinya. Membuatkan dia ketawa. “Seronoknya!”

Kawan-kawannya pun turut ketawa. Mereka berulang kali memanjat batu dan terjun.

Setelah sekian lama mereka mandi sungai, mereka berehat di tebing sungai. Hakim membuka bekal yang dibawa oleh ibunya, iaitu nasi lemak dan kuih muih. Mereka duduk di atas tikar yang dibentang di tebing sungai sambil menikmati makanan dengan penuh selera.

Elman dan sepupunya sudah habis makan, manakala  Adelia dan kawan-kawannya masih makan nasi lemak sambil berbual-bual.

Tiba-tiba, Elman mempunyai idea jahat yang ingin dia lakukan kepada Adelia. Lantas, dia menyimbah air sungai pada Adelia.

Adelia berasa sangat marah, kerana mengganggunya. “Elman!” jerit Adelia.

“Kenapa? Takut air eh? Nak aku ajar berenang tak?”kata Elman sambil tersenyum sinis.

Belum sempat Adelia mahu menjawab, Elman menyimbah lagi air ke muka Adelia. “Aduh, Elman! Seriuslah! Kau ni tak ada benda lain ke selain nak kacau aku?”

Elman ketawa. “Kalau aku tak kacau kau, siapa lagi? Lagi pun kau nampak comel bila marah.” kata Elman sambil tersenyum nakal.

Mata Adelia membulat, terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Elman tadi. Kenapa tiba-tiba sahaja dia cakap begitu? “Kau ni tak habis-habis nak kacau aku, pergilah kacau orang lain pula!”

Mira dan Hannah hanya tersenyum melihat Adelia. Mereka tahu, walaupun Adelia marah, tetapi sebenarnya dia terhibur dengan gurauan Elman.

“Elman, jaga-jaga! Nanti Adelia baling batu kat kau pula!” Hannah memberi amaran.

Adelia tersenyum sinis sebelum mencelupkan tangannya ke dalam air lalu mengambil segenggam pasir dan membalingnya ke Elman.

“Aduh, sakit! Garangnya Akak Pengawas ni!” adu Elman.

“Heh, dekat luar pun nak panggil pengawas ke?”

Semua orang mula ketawa melihat karenah Elman dan Adelia. Walaupun mereka bergurau kasar, suasana kembali ceria.

Elman yang cuba untuk memperbaiki keadaan, terus meminta maaf kepada Adelia. “Aku gurau je, jangan ambil hati. Kau okey, kan?”

Adelia tersenyum nipis. “Okey aku maafkan. Tapi lain kali jangan buat lagi. Kalau tak, aku akan ambil batu pula untuk baling dekat kau.”

Elman mengangguk. “Baik bos!"

Setelah puas mandi dan berseronok, mereka memutuskan untuk balik ke rumah. Matahari sudah naik, menandakan waktu tengah hari sudah hampir. Sebelum pulang, mereka sempat duduk di tebing sungai untuk menikmati saat-saat akhir.

“Jomlah, kita balik. Nanti mak kita risau pula.” Kata Hakim.

“Jom balik,” ajak Mira sambil memimpin tangan Adelia.

Adelia mengangguk. Lantas, mereka bergerak untuk pulang. Dalam perjalanan, mereka masih gelak ketawa kerana mengingat kembali kejadian lucu yang berlaku di sungai tadi. Sungguh, hari ini ialah hari yang penuh dengan kenangan. Keriangan yang mereka rasai, persahabatan yang lebih erat, dan kehadiran Elman yang sedikit menambah warna di dalam hidupnya.
______________________________________

Terima kasih sebab baca cerita ni!

Saya minta maaf kalau ada kesalahan dalam ejaan, penulisan, dan tatabahasa.

Love you, Akak Pengawas! Where stories live. Discover now