Setelah beberapa hari berlalu, Adelia menerima satu panggilan mengejut dari ibunya. “Adelia, kamu tahu kan esok hari perkahwinan kak Sofea?” soal ibu Adelia.
“Ya, kenapa?” soal Adelia. Bingung
“Pengapit kak Sofea tak dpaat nak hadir ke majlis perkahwinan, jadi kamu perlu gantikan dia.” jawab ibu Adelia.
“Pengapit? Untuk kak Sofea? Betul ke, mak?” soal Adelia.
“Betul. Tiada tolakan. Kau perlu jadi pengapit dia juga.” kata ibu Adelia.
“Baiklah,” jawab Adelia.
HARI perkahwinan sepupu Adelia sudah tiba, dewan kahwin dihias dengan sangat cantik. Adelia, sebagai pengapit kakak sepupunya, sangat berdebar. Dia tidak boleh merosakkan hari ini. Ini ialah hari bersejarah kakak sepupunya.
Ibu bapanya sudah hadir, untuk memberi sokongan sepenuhnya. Seorang penyelaras majlis menghampirinya. “Adelia, pengapit lelaki sudah sampai. Bersiap sedia untuk masuk ke dewan.”
Adelia mengangguk. “Siapa pengapit lelaki?” soal Adelia. Penyelaras majlis itu tidak dengar dan terus meninggalkannya.
Hatinya berdebar-debar ketika melihat seorang lelaki berpakaian baju Melayu hijau mendekati pengantin lelaki. “Elman?!” jeritnya di dalam hati.
Elman sedikit tersentak apabila melihat Adelia menjadi pengapit perempuan.
Bersama-sama pengantin, mereka memasuki dewan. Sepanjang perjalanan, Elman tidak henti-henti mengusik Adelia. “Kau nampak gugup sangat. Jangan risau, aku akan buat kau selesa.” ucap Elman dengan nada sinis.
Adelia semakin laju mengipas pengantin perempuam, menandakan dia semakin marah. “Kau jangan sampai, aku jatuhkan kau dekat sini.” kata Adelia sambil merenung Elman tajam.
Pengantin lelaki dan perempuan hanya mampu tersenyum ke hadapan, walaupun mereka juga pelik, kenapalah dengan dua budak ni?
Ketika upacara majlis berlangsung, Adelia berusaha untuk tetap kelihatan baik-baik sahaja dan tersenyum, walaupun di dalam hatinya sudah panas dengan perangai Elman.
Tiba-tiba, seorang DJ mula mengajak pengapit untuk turut serta dalam permainan.
“Baiklah, apa nama awak?” soal orang DJ sambil merapatkan mikrofon ke mulut Adelia.
“Adelia.” jawab Adelia sambil tersenyum manis.
“Wow, nama yang sangat unit!” orang DJ menarik mikrofon dekat ke mulut Elman. “Awak pula?”
“Elman.” jawab Elman.
“Wow, nampaknya nama pengapit kita ni memang sangat unit!” kata orang DJ.
“Baiklah, sekarang kita ada soalan khas untuk pasangan pengapit kita!” kata orang DJ itu dengan nada yang ceria.
Adelia memandang Elman. “Jangan buat hal, Elman.” ujar Adelia. Tetapi, Elman hanya tersenyum lebar.
“Apa ciri-ciri yang paling menarik tentang pasangan pengapit kita?” soal orang DJ itu.
Adelia dengan cepat mengambil mikrofon dari tangan orang DJ sebelum Elman sempat berkata apa-apa. Adelia memandang Elman sambil tersenyum nakal. “Ciri paling menarik tentang Elman ya? Hmm…dia ni selalu buat orang marah, suka buat hal, dan langsung tak pernah serius dalam hidup dia.”
Semua orang mula ketawa, kecuali Elman. Dia terus merampas mikrofon dari Adelia. “Dia ni pula, selalu buat keputusan terburu-buru, lepastu selalu nak salahkan orang tu tanpa siasat betul-betul. Pendek kata, dia ni baran.” kali ini giliran Elman pula yang tersenyum nakal.
YOU ARE READING
Love you, Akak Pengawas!
Любовные романы|| BACA PROLOG DULU TAU AWAK! NANTI TAK TAU JALAN CERITANYA MACAM MANA. SAYA DAH HANTAR PROLOG DULU, TAPI TIBA-TIBA ADA BAB 1 DULU, SORRY TAU AWAK! |¦ {SLOW UPDATE!} Adelia Munirah, seorang ketua pengawas yang tegas dan berdisiplin, sentiasa menega...