RINDU DALAM SEPI

8 2 0
                                    



Di sebuah sekolah di pinggir bandar, di mana pelajar-pelajar muda berkejaran dengan impian dan cabaran, terdapat dua dunia yang berbeza namun saling berkait. Di kelas belakang, Jebat, seorang budak nakal dengan senyuman lebar, duduk bersama kawan-kawannya. Dia bukan pelajar cemerlang, tetapi pesona dan keberaniannya menjadikannya bintang di kalangan rakan-rakannya. Dengan latar belakang keluarga yang kaya, Jebat tidak pernah mengalami kesusahan, dan dia mengambil kesempatan itu untuk bersenang-senang tanpa memikirkan akibat.

Sebaliknya, di kelas depan, Amira, seorang gadis yang rajin dan pintar, duduk dengan tekun. Setiap hari, dia berusaha untuk mencapai kejayaan demi masa depan keluarganya yang sederhana. Dengan hati yang penuh kasih sayang, Amira membantu ibunya menjalankan perniagaan kecil mereka, walaupun kadang-kadang menghadapi pelbagai cabaran. Keduanya, Jebat dan Amira, berjalan di laluan yang berbeza, tetapi takdir seakan-akan merancang untuk menyatukan mereka dalam cara yang tidak terduga.

Pada suatu hari di sekolah, Jebat, seorang budak yang nakal dan sering mencetuskan masalah disiplin, sebelum dia memulakan harinya seperti biasa. Tanpa berfikir panjang, dia pergi membuli seorang budak Form 4 di tangga sekolah . Namun, tanpa dia sedari, ada seorang wanita cantik yang memerhatinya dari jauh. Ketika Jebat menoleh ke arah wanita itu, hatinya bergetar jantungnya berdegup laju. dia jatuh cinta untuk pertama kali.

Selepas peristiwa itu, Jebat berusaha untuk mendekati wanita cantik yang kini dikenali sebagai Amira. Dia mulai mencari peluang untuk berbual dengan Amira, berusaha menampakkan diri yang lebih baik. Ketika berhadapan dengan Farhan, sahabat karibnya, Jebat mengungkapkan rasa malu dan teruja untuk berkenalan dengan Amira. Farhan, dengan senyuman, memberikan nasihat lucu yang membuatkan Jebat berdebar-debar setiap kali berjumpa Amira.

Dengan tekad untuk memenangi hati Amira, Jebat menyedari bahawa dia perlu berubah. Dia mula mengurangkan perilaku nakalnya, walaupun Haziq dan Ravi, rakan-rakannya, memandang pelik akan perubahan sikapnya. Dalam hatinya, Jebat bertekad untuk menunjukkan kepada Amira bahawa dia bukan sekadar budak nakal, tetapi seseorang yang boleh diharapkan dan dicintai.

Semasa waktu rehat tiba , jebat bertekad untuk mendekati Amira, Jebat merancang untuk menghampiri gadis itu di kantin. Dengan penuh debaran, dia cuba menyusun kata-kata yang sesuai. Namun, ketika dia melangkah dengan penuh keyakinan, dia tersandung kerana terpijak tali kasutnya sendiri , menyebabkan dia hampir jatuh. Dalam usaha untuk mengimbangi diri, Jebat terpaksa memegang meja kantin yang berdekatan, tetapi keadaan menjadi lebih kelakar apabila dia secara tidak sengaja menjatuhkan beberapa pinggan di atas meja. Bunyi pinggan yang pecah menarik perhatian semua orang, dan Jebat, dengan wajah merah padam, tidak dapat menahan rasa malunya.

Namun, di tengah-tengah situasi yang memalukan itu, Amira tidak dapat menahan ketawanya. Dia melihat Jebat dengan pandangan penuh simpati, tetapi senyumannya yang manis mencairkan rasa malu Jebat. Ketika Jebat melihat Amira ketawa, hatinya berdegup laju suatu momen kebahagian ini memberi peluang kepadanya untuk merasakan ikatan yang lebih kuat dengan gadis yang mengisi fikirannya

Setelah kejadian di kantin, Jebat semakin bersemangat untuk mendekati Amira. Dia berusaha untuk menunjukkan sisi baiknya di depan Amira. Jebat mula membantu rakannya yang memerlukan, sesuatu yang jarang dilakukannya sebelum ini. Dia terlibat dalam aktiviti sekolah dengan lebih serius, dan semua itu tidak terlepas dari perhatian Amira.

Suatu petang, semasa latihan untuk acara sukan, Jebat secara tidak sengaja terlanggar Amira, menyebabkan mereka berdua terjatuh. Ketika mereka bangun, mereka bertentangan mata dan tersenyum lebar . "Ish kau ni dah kenape " kata amira sambil tersenyum.

"Maaf, aku tak sengaja," balas Jebat, tetapi dalam hatinya, dia bersyukur kerana dapat melihat senyuman Amira sekali lagi.

Dalam perbualan yang ringan itu, Jebat mula merasakan ikatan yang lebih kuat dengan Amira. Mereka berbincang tentang minat masing - masing, dan Jebat terkejut apabila mengetahui bahawa Amira juga suka bermain bola sepak. Dia mengajak amira untuk bermain bola sepak bersama nanti.

RINDU DALAM SEPIWhere stories live. Discover now