Ain termenung di halaman rumah. Entahlah, hidupnya terasa kosong.
Esok, ada perkhemahan sekolah. Selalunya ada mama yang bagi nasihat panjang berjela, ada papa yang belikan segudang barang, ada Qizz yang akan excited sangat...
"Qizz, bila kau nak comeback? Aku rindu era duo kita." Air mata yang cuba ditahan pecah mencerminkan hancurnya hati Tuan Ain Irrisa.
Tiba-tiba ada tangan yang mengusap kepala dan memeluk bahunya.
"Nangis je. Esok kalau sembab mata kau bebel je kat aku. Okey?" Afif memujuk.
"Hidup lagi capek-capeknya, malah harus jadi babu." Luqman muncul sambil memeluk Oncit. Dia duduk di sebelah Afif.
"So many dream swinging out of the blue, we'll let 'em come true~" muncul pula suara merdu milik Ghaffar.
"Forever young, I want to be forever young!" Najmuddin menjerit, terkejut Ain dibuatnya.
"I WANT TO BE A RICH UNCLE!" Jerit Luqman, seolah menyahut jeritan Najmuddin.
"I WANT TO BE A DINOSAUR! RAWR RAWR NO HOMEWORK!" Jerit Afif pula.
"I WANT OYEN GERGASI!" Ghaffar tidak ketinggalan.
"I WANT TO PROTECT EVERYONE I LOVE!" Najmuddin kedengaran galau di situ.
"I WANT TO BE THEIR LITTLE SISTER FOREVER! I WANT TO BE FOREVER WITH ONCIT!!" akhirnya Ain turut terpengaruh.
Maka ketawa teruklah mereka di situ. Oncit pula stres kerana turut terlibat.
"Apahal terpekik ni. Sampai taman sebelah boleh dengar." Muncul suara seorang wanita 20-an. Mata Ain membulat dan dia terus mengangkat kepala memandang wanita di hadapannya.
"Mak Cik Syah!" Ain berlari melompat dan memeluk wanita yang kemas memakai seragam juruterbang itu.
"Aku gigit budak ni karang. Patah pinggang aku Ain oii!" Mak Cik Syah, atau nama sebenarnya Tuan Syahira Natasya terpaksa mencampakkan bagasinya demi menangkap Ain.
"Takkan punya! Mak sedara Ain yang seorang ni kan strong anti sotong-sotong!" Ain memeluk erat dan sempat mengangkat ibu saudaranya itu kerana terlalu teruja.
"Ain aku nak hidup!!" Sememangnya, Syahira Natasya seorang yang berjiwa muda walaupun umurnya mencecah 27 tahun.
Apa? Ingat semua berjiwa muda lepas dah masuk umur 20-an? Ini Gen Z lah, hidup ni keras dik!
"Ni mana handsock ni? Amboi dia!" Ain menepuk tangan Syahira perlahan. Dia bercekak pinggang.
Situasi agak terbalik tapi tidak mengapa, begitulah hidup.
"Dah jangan membebel. Aku mak cik ke kau mak cik?" Syahira turut bercekak pinggang.
"Tenang... ribut jiwa~" Afif sengaja memotong suasana.
"Tak nak buat air ke mak cik kau datang ni. Penat tau dari airport terus datang." Syahira mengambil bagasinya yang tertangkup di atas rumput kerana menangkap Ain tadi.
"Kejap Naj buat." Najmuddin bangun.
"Kau duduk situ diam-diam. Ghaffar, hari ni aku nak rasa kau buat air." Syahira menunjuk ke arah Ghaffar.
"Ya Allah, kenapa mak cik aku yang seorang ni perangainya selalu buang tabiat, di luar akal kotak adudu, sentiasa delulu dan pululu?" Ghaffar pasrah dan bangun menuju ke dalam rumah.
"Mak cik Syah nak air apa?" Ghaffar memandang Syahira sekejap, bertanya.
"Teh O ais! Rindu nak minum macam kau buat masa kecik dulu." Syahira menjawab. Ain duduk di sisi Najmuddin bersama Syahira.
Oh lupa, mereka duduk di tangga rumah sebenarnya. Alah, tahulah kan rumah orang kaya yang ada tangga tu?
"Mak cik tak sedih ke mama dengan papa dah tak ada?" Ain memandang Syahira.
"Wahai anak saudara perempuan belah arwah kakak aku yang satu-satunya, satu je mak cik gen Z kau ni nak pesan..." Syahira menepuk bahu Ain, sengaja menggantung bicaranya.
"Apa?" Tanya Ain.
"Hidup ni keras dik. Kita kena move on kalau tak nak kalah dengan gen Alpha." Nasihat khidmat masyakarat Syahira itu membuatkan Afif terlopong.
Sah, mak cik mereka belah arwah ibu ini memang gen Z sejati.
"Eee betul-betullah!" Ain mencucuk pinggang mak ciknya itu.
"Adoi! Kau ni betul-betul tangan ketam macam arwah Emelda!" Syahira menepis tangan Ain. Geli dan sakit rasa pinggangnya.
"Ain, kau tahu mak cik kau ni macam mana. Nak tak nak, terima tak terima, hidup kena teruskan. Aku pilot, kadang aku terpaksa langgar dan ambil nyawa burung yang tak bersalah demi melindungi beratus nyawa. Aku tak boleh terus terperuk, terjerumus dalam stres lagi. Cukup 2 tahun arwah mama kau orang kena jaga aku sebab aku sakit mental, biarlah sekarang aku boleh jaga kau orang pula." Panjang berjela Syahira berbicara.
Jarak umur Syahira dengan Tuan Emelda memang agak jauh. Maklumlah, dia anak bongsu dan Tuan Emelda anak sulung. Semasa Najmuddin lahir, dia baru berusia 9 tahun. Ketika itu Tuan Emelda berusia 24 tahun. 15 tahun jarak umurnya dengan si kakak sulung!
Walaupun, Najmuddin lahir kerana kesilapan masa muda kakaknya...
"Mak cik cuti ke?" Tanya Ain.
"Eh kau ni, panjang berjela aku cerita kau tak respon lepas tu tanya soalan jauh dari topik? Budak ni memang aku hempuk kejap lagi." Syahira mencubit pipi Ain.
"Mak cik jangan berani nak sakiti Ain kesayangan kita orang eh! Abang-abang dia ni je boleh buli dia." Afif terus mengambil Oncit di pangkuan Luqman lalu cepat-cepat mendekati Syahira.
Syahira terus melepaskan Ain dan lari.
"Minta penampar punya budak! Sengaja kan?" Syahira sesungguhnya amat menakuti haiwan bergelar kucing itu.
"Suka hati lah!" Afif terus mengejar mak ciknya itu mengelilingi laman rumah. Maklumlah, atlet kan?
Ghaffar yang menatang dulang jag air serta cawan itu terlopong melihat adegan kejar mengejar di hadapan matanya. Luqman pula asyik melihat sambil memakan bertih jagung.
"Eh bro! Dah siap buat air? Letak sini, kita layan drama. Oh, nak popcorn?" Luqman menepuk tempat kosong di antara dia dan Najmuddin. Sempat dia menyuakan popcorn yang datang entah dari mana.
Ghaffar memandang Najmuddin, tidak percaya.
"Biarkan inner child dia orang tu sembuh." Najmuddin tersenyum.
"Inner child kau yang lebih patut disembuhkan. Dasar selfish." Ghaffar meletakkan dulang itu. Dia menuangkan air ke dalam cawan satu persatu.
"Entah, inner child aku dah mati kot."
"Kalau hang nak ghasa penampaq kasut kulit cheq, hang ulang apa hang habaq tu Tuan Najmuddin Fathullah!" Keluar loghat Syahira sambil wanita itu terus berlari.
"Along, nanti Ain belikan mainan banyak-banyak eh?" Ain memeluk tangan abang sulungnya.
"Tuan Afif Huzair, sudah. Pening aku tengok kau lari dari tadi. Ni, minum dulu. Nanti kau kena cakar dengan Oncit baru tahu."
Sesaat setelah Najmuddin mengatakan itu, Oncit mencakar tangan Afif.
"Aduh! Dasar kucing tak kenang budi, aku dah lepaskan kau cakar aku? Tak bagi makan baru tahu." Afif memegang kekura tangannya yang dicakar Oncit. Sedikit berdarah.
"Macam manalah kalau kau ada anak nanti ni? Risau kau jealous dengan anak kau je sebab rapat dengan bini kau." Ghaffar menggeleng. Dia membelek luka Afif.
"Angah, sakit Hiks..." Sengaja Afif membuat muka comel dan merengek pada Ghaffar.
Gedik dengan abang sendiri, kau ada?
"Aku smack kau ni, apapun tak dapat Afif."
Dan begitulah riuhnya hari mereka. Ditambah pula Syah yang pulang dan pelik dengan kehadiran Syahira.
Mereka menikmati hari itu seolah tiada apa masalah yang menimpa. Bersyukur dengan kebahagiaan yang sudi menyapa.
YOU ARE READING
Setalamz : Nanti...
Teen FictionSiapa saja tidak kenal SMK Tengku Aiden Hanafi? Sekolah yang menempatkan anak-anak orang ternama. Hanya orang istimewa boleh berada di sekolah ini. Pergaduhan menjadi makanan, tumbukan dan sepakan menjadi perbualan, maksiat berleluasa tanpa dihalang...