Bab-1 (New)

4 1 0
                                    

Birai mata mula terasa hangat. Perasaan rindu mula menusuk kalbu. Sungguh mata ini mahu melihat kembali kedua-dua wajah orang tua yang tersayang. Namun, apakan daya. Yang hidup tetap akan kembali kepada Sang Pencipta.

"Lia, dah mendung ni. Nanti kita melawat kubur Umi dengan Abi lagi, ye?" Sebu kata-kata yang keluar dari mulut Aurelia. Sedih tiap kali melihat sahabatnya ini memendamkam rasa.

Dia mempunyai keluarga yang lengkap, kerja yang bagus, harta yang mewah. Semuanya cukup. Tetapi Dhaliah sebaliknya. Walhal aku yakin, dia akan dapat kesemuanya satu hari nanti. Dhaliah orang yang penyabar, Tuhan akan memberikan dia ganjaran. Kalau bukan di dunia, di akhirat kelak.

"Aurel? Kata nak balik. Kenapa termenung lagi?" Buruk sangat ke muka dia hingga membuatkan Aurelia tergamam memandangnya tak sudah.

"Oh... Ha jom lah. Nanti hujan jalan jem." Aurelia menadah tangannya mahu Dhaliah menarik. Berat pula punggung mahu berdiri.

Mengada!

***

"Mama tak marah ke kau cuti kerja lama-lama, ni?" Selidik Dhaliah kehairanan. Bukan niat mahu menghalau Aurelia, cuma dia takut Puan Aliya anggap dia menghasut Aurelia supaya cuti temankan dia.

"Papa aku kan bos. Lagipun, mama lagi suka aku temankan kau. Ye lah, kami ajak tinggal sekali kau tak mau." Bibir dijuihkan kedepan.

Sebenarnya, bukan tak nak. Tapi lebih kepada tak nak menyusahkan. Lagipun, bukannya dia tak mampu nak bayar sewa rumah. Jadi, apa alasan untuk kesana? Dia dah belajar berdikari sejak orang tuanya masih hidup lagi. Mengingatkan Umi dan Abi, sedih pula...

"Eh, awat dok sedih pula ni? Kau tu umpama keluarga aku tau. Apa-apa yang terjadi, pintu rumah aku sentiasa terbuka untuk hang." Belakang Dhaliah diusap menenangkan jiwa gadis itu. Jiwa yang lemah, tetapi dipaksa untuk kuat.

"Ye..." Balas Dhaliah sepatah.

"Cakap fasal kerja. Esok syif kau masih malam ye?" Siasat Aurelia.

"Ha. Biasanya jadual jarang ditukar. Kenapa?" Aneh benar soalan Aurelia.

"Tak adalah, lagi tiga hari aku kena balik dah. Bahaya lah kalau hang dok pergi, balik kerja malam. Lagi-lagi kena naik bas." Risau dia kalau apa-apa jadi dekat baby Lia.

"Macam aku baru kerja semalam pula. Dah tiga tahun lah aku dengan restoran tu. Jangan risaulah, Tuhan akan jaga aku." Senyuman tipis diukirkan untuk meyakinkan Aurelia.

Sejak dia berusia 20 tahun lagi dia bekerja di restoran milik Alessandro itu. Pekerja di situ pun keluarga kedua Dhaliah. Malah, Puan Chiara dan Tuan Iskandar pun sudah seperti keluarga buat dia. Cuma, Dhaliah belum pernah lagi jumpa anak-anak mereka berdua.

Katanya, dua-dua lelaki. Yang tua berumur 27 tahun, yang muda pula berumur 26 tahun. Banyak kali juga mereka menyebut nama dua orang itu. Cuma malas nak ingat. Mereka selalu datang waktu pagi. Mungkin kerana itu aku belum berkesempatan untuk berjumpa anak Puan Chiara dan Tuan Iskandar.

Sejak kehadiran Dhaliah, belum pernah lagi Alessandro membuat 'meeting'. Bertuah mungkin. Dengar cerita juga, kalau sekeluarga itu hadir mesti kucar-kacir. Suasana pula macam tengah ada perperangan. Dengar pun dah seriau.

"Ralit apa? Hang dah iron belum tudung, vest, baju, seluar?" Segala kelengkapan Aurelia bahaskan.

Kepala yang tidak gatal digaru. Malasnya kena iron baju. Tak boleh ke baju iron diri sendiri? Haih... Nak atau tak nak. Tiada pilihan melainkan kena juga buat malam ini. Kalau esok, lagi menyusahkan.

Otot kaki dikuatkan juga untuk bergerak. Punat suis ditekan buat menghidupkan seterika. Baju berwarna putih yang tergantung ditarik. Laju-laju Dhaliah menggosok baju yang tidak bersalah itu.

"Hei! Perlahan-lahan lah. Terbakar nanti apa pun tak dapat. Macam mana nak jadi isteri orang kalau macam gini gayanya?"

"Lah... Kesitu pula?" Cakap memanglah senang, dia tu sedap pantau orang sambil baring atas katil. Sudah lah sejuk aircond dibuka ketahap paling tinggi. Kalau tidak disebabkan Aurelia tidak boleh berpeluh, memang tidak lah dia sanggup bayar bil yang tak habis tu.

"Mestilah... Kau berhak untuk bahagia. Kau berhak dapat keluarga, dapat kasih sayang. Dapat cahaya mata." Dapat Aurelia gambarkan suasana yang meriah begitu.

"Aku dah ada semua tu. Aku ada kau, mama, papa, kawan-kawan di restoran, malah pemilik restoran itu sendiri dah macam keluarga aku. Walaupun bukan pertalian darah, tapi kita Islam sesama saudara. Ye tak ye?"

"Betul, tapi aku tahu dalam sudut hati kau mesti nak keluarga sendiri. Kan?"

Mata bundar milik Dhaliah sudah tafsirkan segala-galanya. Mulut boleh tipu, tapi bukan mata. Tipulah kalau Dhaliah kata dia tak nak semua tu. Tapi Tuhan suruh kita bersyukur, jangan tamak. Bahkan ada orang yang lebih teruk dari dia.

"Aku bersyukur Lia, takut nanti dapat kemewahan lupa diri pula." Manusia, kalau sudah dikawal nafsu Tuhan pun dilupakan. Semoga kita semua diberi hidayah oleh-Nya sebelum dipanggil pulang.

"Ye lah, aku nak tidur dah ni. Nanti kau dah siap jangan lupa tutup lampu tau. Pastikan pintu dan tingkap tertutup terkunci. Goodnight." Belum sampai lima minit pun Aurelia sudah hanyut dalam mimpi. Penat sangat gamaknya.

"Goodnight." Ucap Dhaliah sebelum dia sambung menggosok baju.

𝑴𝒊𝒂 𝑴𝒐𝒈𝒍𝒊𝒆 (Slow Update)Where stories live. Discover now