Di kediaman Amstrong
Tiga orang sedang berdiri di sebelah kereta.
"Jom kita masuk" ajak freen diikuti Puan chankimha dan tuan chankimha.
Ting tong
"Biar Becky yang pergi bukakan pintu" kata Becky lalu beranjak dari tempat duduknya.
Clark
Pintu rumah dibuka.
"Selamat malam uncle aunty freen jemputlah masuk" becky mempersilakan keluarga freen masuk ke dalam rumahnya.
"Silakan duduk" tuan Amstrong mempersilakan keluarga freen untuk duduk.
"Terima kasih"
"Sudah lama saya ingin bertemu dengan anda tuan chankimha dan sekeluarga"
"Terima kasih, kami gembira dapat bertemu dengan usahawan berjaya pada hari ini" ucap tuan chankimha.
"Silakan makan jangan segan²"
Freen dan keluarganya hanya mengangguk.
"Oh ya bec bagitahu lah mereka apa hajat kamu menyuruh mereka datang kesini malam ni"
Becky meminum air agar dia sedikit tenang sebelum melepaskan hajatnya.
"Baiklah sebelum tu saya Rebecca Patricia Amstrong ingin berterima kasih banyak kepada tuan dan puan chankimha kerana sudi datang ke rumah kami. Saya terus kepada point, saya dah berbincang dengan keluarga saya yang saya ingin mengambil kesempatan untuk melamar freen menjadi isteri saya pada malam ini. Saya harap tuan dan puan dapat menerima keputusan saya. Saya mencintai freen dengan setulus hati saya" kata Becky dengan penuh keikhlasan.
"Sebelum saya membuat keputusan boleh saya ingin tahu kenapa awak putuskan hubungan dengan freen dulu?" Tanya tuan chankimha.
"Sebelum tu saya minta maaf saya tahu keputusan saya waktu tu mengejutkan freen tapi waktu saya ingin bertemu dengan freen saya mengalami kemalangan. Saya koma selama tiga bulan dan saya memutuskan hubungan kitorang kerana... Saya mengalami kelumpuhan di bahagian kaki disebabkan saya rasa saya sudah tidak sempurna dan saya tak nak memberi beban kepada freen saya memutuskan hubungan kitorang" jelas becky panjang lebar.
"Saya melakukan kometarapi dan syukurlah saya kembali pulih" sambungnya lagi.
Tuan chankimha hanya diam, melihat tuan chankimha hanya diam membuatkan gugupnya kembali.
Becky meminum air untuk menghilangkan rasa gugupnya.
"Jadi apa keputusan papa?" Tanya freen.
Tuan chankimha masih berdiam
'Ya tuhan adakah tuan chankimha tidak merestui hubungan aku dengan freen? Kenapa dia hanya diam? Hati aku semakin gugup' Guman Becky.
"Bagi waktu untuk saya berfikir, saya akan memutuskan esok. Malam esok jemput datang ke rumah saya. Saya berniat ingin mengadakan majlis sambutan hari jadi isteri saya" kata tuan Chankimha.
"Ba.. baiklah tuan" kata becky dengan gugup tidak lupa tersenyum kepada mereka.
-------
Becky mula gelisah di dalam biliknya setelah pertemuan dengan keluarga freen selesai.
Tok
Tok
Clark pintu bilik Becky dibuka.
Becky melihat kearah pintu dimana ada sang mama yang sedang menghampiri dirinya.
"Kenapa dengan anak mama ni? Hmm gugup lagi"
"Macam mana tak gugup ma tuan chankimha tak memutuskan keputusan lagi.. becky risau kalau tuan chankimha..."