HAZEL menjatuhkan pen dari tangannya. Sejak akhir-akhir ini, fikirannya selalu terganggu. Pembetulan. Terganggu sebab asyik fikirkan Theo.
Seperti ini rasanya apabila kehilangan orang tersayang. Begitu sukar untuk melupakan. Dan lagi sakit apabila perlu berpisah kerana berbeza agama.
Air mata Hazel mengalir setitis.
Semuanya masih segar di ingatan. Dia rasa bersalah. Bersalah kerana meninggalkan Theo begitu saja pada waktu itu. Sepatutnya, dia perlu menjelaskan dengan cara lembut. Bukan pergi begitu saja.
Sakit rasanya percintaan. Kehilangan seseorang yang dia cintai. Sudah hampir dua bulan semuanya berlalu. Theo betul-betul menghilangkan diri selepas kejadian itu. Tanpa khabar, tanpa pesan. Lelaki itu hilang.
"Oi jauh termenung. Rindu dekat buah hati ke?" Tegur Irene sebelum dia melabuhkan punggung di atas bench di sebelahnya.
"Rindu pun tak boleh buat apa Irene," balas Hazel.
"Sabarlah. Banyak lagi lelaki yang lebih baik dekat luar sana. Cuma kau kena pandai cari je. Tengok aku. Berlambak ja orang nak. Tinggal petik je." Irene tayang senyum bangga.
"Dah-dahlah broken tu. Jom balik. Kang kena tinggal bas."
Hazel angguk. Tanpa berlengah mereka berjalan menuju ke perhentian bas.
Baru saja dia ingin melabuhkan punggung di kerusi besi itu, tiba-tiba terdengar bunyi sms di dalam beg. Terus Hazel mengeluarkan telefon pintarnya. Bersinar mata Hazel apabila menerima pesanan ringkas dari Theo.
"Saya ambil awak. Don't worry. I just wanna had a little conversation with you ." --Theo-
Bas yang ditunggu-tunggu juga sudah hampir tiba. Setelah beberapa minit memikir, Hazel memutuskan untuk tunggu Theo mengambilnya disini. Mungkin ada hal penting yang Theo ingin bualkan.
"Jom," ajak Irene.
"Tak apalah. Aku balik dengan Theo. Dia nak jumpa aku," ujar Hazel sebelum dia memberi buku-buku yang dipegang kepada gadis itu.
"Ceh! Orang tu yang nak dating, kita pula yang kena tolong."
Hazel senyum. Minta tolong sikit je!
-----
HAZEL menunggu dengan tenang. Tiba-tiba, dia dikejutkan apabila sekumpulan lelaki berpakaian hitam mendekatinya.
"Let me go!" Jerit Hazel apabila salah seorang daripada mencengkam lengannya kuat. Dengan situasi itu, dia terus menepis sentuhan itu sebelum dia mengeluarkan pepperspray yang selalu dibawa kemana-mana.
"Argh!" Lelaki itu menjerit kesakitan sambil memegang kedua-dua matanya.
Hazel ingin mengambil peluang untuk berlari. Belum sempat, mulutnya sudah dicekup dari arah belakang membuatkan Hazel meronta-ronta. Bau dari kain yang mempunyai kloroform itu membuatkan tubuhnya semakin lemah.
Pandangannya menjadi kabur sebelum dia pengsan disitu.
Theo hanya diam di apabila dia melihat barangan Hazel jatuh bertaburan di lantai perhentian bas itu. Urat timbul di dahinya menandakan dia sedang mengawal kemarahannya. Mata dipejam rapat memikirkan keadaan Hazel.
"They found her," ujar Theo perlahan.
Mika dan Nicko hanya diam. Tahu yang lelaki itu sedang berada di dalam amarah yang tinggi.
Theo mendengus kasar sebelum dia merenung tajam kearah anak-anak buahnya.
"Find her or i'll kill all of you." Suara Theo bergetar penuh amaran. Mereka terus menunduk apabila mata mereka bersabung dengan pandangan membunuh Theo.