15

30 5 0
                                    

THEO melangkah keluar dari Maserati miliknya sebelum dia terus memandang ke arah sebuah bangunan lama. Bangunan itu nampak seperti sudah ditinggalkan beberapa tahun sehingga menjadikan ia usang dan buruk.

"Let's go," ujar Theo kepada Nicko dan Mika. Mereka bertiga berjalan memasuki ke dalam bangunan itu.

"Entra,"(get in,) arah Theo keras sebelum beberapa orang lelaki yang lengkap bersenjata melangkah masuk.

"Ucciderli." ( Kill them.) Tegas Theo dengan suara yang bergetar menahan marah.

Bang! Bang!

Kesemua ahli kumpulan Demonio itu ditumpaskan dengan sangat mudah. Kini, hanya tinggal mayat-mayat saja yang bergelimpangan.

Lelaki yang sedang bermain dengan pisau itu memandang ke arah Theo. Dia hanya senyum sinis sebelum melemparkan pisau itu ke arah Theo.

Theo mengelak dengan mudah. Dengan sekelip mata, dia sudah berada di depan lelaki itu. Rahangnya dicekak kuat.

"Dov lei?" ( Where is she?) Anak mata berwarna amber itu merenung tajam ke arah lelaki itu. Penuh amaran.

Lelaki itu senyum senget.

"Perché la vuoi?" ( Why you want her?"

"Perché lei è la mia donna!" ( Cause she's my woman!) Dan serentak itu, Theo menumbuk kuat wajah lelaki itu berkali-kali sebelum kakinya naik tinggi menyepak kepala lelaki itu sehingga dia jatuh rebah.

Mata lelaki itu mengecil menahan sakit. "You don't know what you're dealing with," ujar lelaki itu perlahan.

Theo malah tidak gentar dengan ugutan tersebut. Dia melangkah mendekati lelaki itu lalu dia menunduk menyamakan kedudukan dengannya.

"I know exactly what i'm dealing with," kata Theo, meskipun tidak bernada tinggi namun mematikan. "You shouldn't mess with me Henry."

Lelaki itu tertawa. Mana mungkin lelaki muda seperti Theo mampu mengalahkannya. Dia jauh lebih berkuasa dan berpengalaman berbanding Theo. Bagi dia, Theo hanya seorang budak mentah.

"Sei solo uno stupido." ( You're just a fool.)

Bibir Theo naik menguntum senyum, kelihatan yang kata-kata lelaki itu langsung tidak berkesan untuknya.

"Maybe," ujar Theo tenang. "But i'm fool with a very deadly skillset."

Belum sempat lelaki itu berkata apa-apa, Theo terus menendangnya kuat. Lelaki itu tidak sempat berbuat apa-apa sebelum penumbuk Theo bersambung dengan rahangnya, membuatkan dia tersungkur ke belakang.

"You little-"

Theo langsung tidak memberinya peluang untuk menghabiskan ayatnya. Sebaliknya, dia bergerak seperti kilat. Menyerang lelaki itu lagi dan lagi dengan pukulan. Lelaki itu berbadan besar dan tegap, namun masih tidak dapat berlawan dengan Theo yang lebih pantas dan tangkas.

Lelaki itu cuba melawan tapi gagal. Dengan mudahnya, Theo mematahkan serangan tersebut. Gerakannya sendiri tepat dan mematikan. Jelas menunjukkan yang Theo telah dilatih.

Nafas lelaki itu tercungap-cungap menahan kesakitan. Dia sudah silap meremehkan Theo. Kesilapan terbesar.

Tapi semua sudah terlambat. Theo sudah mengeluarkan sepucuk pistol yang berada di belakangnya. Belum sempat lelaki itu bersuara, kepala lelaki itu hancur setelah ditembak. Cecair merah membasahi lantai bersimen itu.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now