HAZEL tersedar. Terus dia memegang kepalanya yang terasa sakit. Matanya meliar memandang sekeliling.
Hazel cuba mengatur nafas. Dihela dan dilepas sebaik mungkin
"You're awake."
Hazel pantas mendongak keatas memandang ke arah sumber asal bunyi itu. Berdebar-debar dadanya apabila melihat apa yang berada di hadapannya.
"Hunter."
"Glad you still remember me," tubir bibir merahnya mengukir senyuman.
"What do you want?" Soal gadis itu dingin. Matanya merenung tepat ke arah kornea mata berwarna hazel milik lelaki itu.
"I just want to make sure you're fine. Also, i want to tell you that the man who hurt you..are going to die." Hunter senyum sinis. Hazel tersentak. Terus dia mengundur ke belakangnya apabila Hunter mula menghampirinya.
Hunter merapatkan jarak diantara mereka sebelum dia mengeluarkan seutas rantai berbentuk bintang. Hazel memejam mata sebelum dia merasakan ada sesuatu yang menyentuh telapak tangannya.
Hazel melihat rantai itu. Rantai ini.. Sama persis dengan rantai pemberian orang tuanya. Cuma ia telah hilang beberapa bulan yang lalu.
"Don't worry Hazel. You're the part of us. I'll make sure there's no one going to hurt you," tutur lelaki itu perlahan.
"Hazel?"
Dan bila dia pandang sekeliling. Lelaki itu telah tiada. Yang ada hanyalah Irene dengan wajah gelisahnya.
"Irene!" Hazel terus memeluk tubuh sahabatnya itu. Mencurah-curah air matanya membasahi gaun putih yang dipakai oleh Irene.
"Hazel. Kau kenapa? Cuba beritahu aku," tanya Irene sambil mengusap-usap belakang tubuh Hazel. Gadis itu tidak bersuara malah suara tangisannya menjadi semakin kuat.
"Lelaki itu ada kat sini.....aku takut," luah Hazel. Suaranya juga sudah bergetar-getar kerana takut.
Mata Irene meliar memandang sekeliling. Tiada apa yang mencurigakan. Tiada sesiapa disini melainkan mereka.
Irene mengambil nafas sebentar. Mungkin Hazel masih trauma tentang apa yang jadi tempoh hari.
"Tak ada sesiapa dekat sini Hazel. Itu cuma bayangan kau je." Irene cuba untuk memujuk. Dipeluk tubuh sahabatnya itu makin erat.
"A..aku takut.."
"Shh...jangan risau. Aku ada."
Lama mereka berkeadaan begitu. Sedaya upaya Irene cuba memujuk Hazel supaya bertenang. Akhirnya, Hazel sudah berhenti mengeluarkan mata. Perlahan-lahan tubuh Hazel dibaringkan dibantu oleh Irene.
"Kau kena rehat. Kecederaan kau masih belum sembuh," anak rambutnya dibelai lembut.
"Mana Theo?" Suara seraknya bertanya.Ya, Hazel nak sangat bertemu dengan lelaki itu. Kalau bukan disebabkan olehnya, mesti dia masih dikurung dan diseksa oleh lelaki kejam yang menculiknya.
"Entahlah. Dia dah menghilang sejak semalam. Aku pun tak tahu dia pergi mana." Balas Irene yang sedang mengeluarkan buah-buahan dari plastik.
Entah kenapa dia rasa sedih tiba-tiba. Dimana Theo sekarang? Dia betul-betul perlukan lelaki itu sekarang.
Hazel diam. Cuba menahan air mata supaya tidak mengalir lagi. Dia rasa sebersalah kerana telah menghakimi lelaki itu sesuka hati dulu. Sedangkan Theo betul-betul ikhlas.
Theo...
Selepas 20 minit Hazel membersihkan diri, dia keluar dari bilik air di dalam wad tersebut dibantu oleh Irene.