18

28 3 0
                                    

   
    SELEPAS satu petang yang panjang dan penuh gelak tawa, Hazel akhirnya pulang ke rumah. Di tasik yang kini mulai sunyi, Nickolai berdiri terpaku, masih lengkap dalam kostum bunny yang besar dan hangat itu.

Dia menarik nafas panjang, cuba menahan rasa keletihan dan mungkin sedikit rasa malu. Dia pandang sekeliling, memastikan tiada siapa yang melihat sebelum dia perlahan-lahan membuka topeng bunny itu. Wajahnya yang kemerahan kerana panas kini jelas kelihatan, dan Nicko  mengelap peluh di dahinya.

Tiba-tiba, terdengar suara tawa yang kuat dari belakang. Nickolai menoleh dan melihat Mika, yang berdiri tidak jauh sambil ketawa terbahak-bahak. Matanya mengecil dengan rasa seronok, dan tangannya menepuk-nepuk perutnya seperti dia baru mendengar lawak paling lucu di dunia.

"Oh. God. Nickolai, you are in that bunny costume? I can't believe my eyes!" Mika terus ketawa, sambil mendekat ke arah lelaki itu.

Nicko menghela nafas panjang, sudah menjangka reaksi itu.

"Don’t start, Mika," katanya dengan nada datar. Menjeling tajam ke arah Mika yang masih ketawa.

"I’m not starting anything!" balas Mika, masih ketawa.

"Seriously, bro? How did Theo convince you to do this crazy thing? You? Nicko. The cool and mysterious guy, now a bunny mascot?"

Nicko menutup topeng  yang dia pegang di tangannya, memandang Mika dengan mata separuh tertutup.

"Theo really has his ways. And yeah, he can be very convincing when he wants something. Plus, it’s for Hazel. It doesn’t matter if I look silly for a bit."

Mika tersengih lebar sambil melangkah lebih dekat, memandang Nicko dari atas ke bawah, masih dalam kostum bunny putih yang tebal itu.

"I promise I’ll make sure Theo pay me back next week. He’s not getting away with this"

Mika ketawa lagi, kali ini dengan nada lebih rendah tetapi masih bersemangat.

"Make sure i'm there when you get your revenge. I want to see how he gets trapped in his own ridiculous plan."

"Oh, you’ll be there. I’ll make sure you’re in the front row." Nicko menghela nafas dan mengangguk sambil tersenyum tipis.

"So, Nicko, before we head back... one important question. Did you enjoy being a bunny?" Mika tersenyum puas, tetapi kemudian matanya berkilau dengan sinar nakal.

Nicko menjeling Mika, tetapi akhirnya tak dapat menahan senyum yang lebih besar daripada biasa.

"Only because Hazel was laughing. That’s all."

Mika mengangguk dengan penuh pemahaman, tapi masih dengan senyum nakal di bibirnya.

"Yeah, yeah. That’s a good excuse. But don’t worry, dude. I won’t let you forget this."

Nicko menggelengkan kepalanya lagi, meletakkan topeng bunny di sebelah. Dalam hati, dia tahu bahawa apa yang dia lakukan tadi mungkin memalukan, tetapi jika ia mampu menceriakan Hazel, itu semua berbaloi.

"Alright, let’s head back before anyone else sees me like this," kata Nicko sambil mula membuka keseluruhan kostum  itu, sementara Mika masih tersengih lebar di sebelahnya, jelas puas dengan drama kecil itu.

----
 

    MALAM itu, suasana di Avellino's Mansion meriah dengan aroma masakan Itali yang memenuhi udara. Ayahnya, Avellino, telah mengundang keluarga Ave untuk makan malam sebagai tanda merayakan majlis graduasi mereka. Dinding-dinding rumah dihiasi dengan gambar keluarga yang menunjukkan detik-detik bahagia dan kejayaan, tetapi malam ini, ketegangan mulai mengisi ruang.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now