Lyq cinderella amanda membuka pintu kafe. Pasu di hadapan kafe disusun dengan kemas. Sedang Cinderella sibuk menyusun pasu.
"Ekhem!" Tengku Iman Danny sengaja berdehem membuat isyarat kehadirannya ke kafe itu.
"Eh hai! Selamat datang ke Castle cafe" - Cinderella
Tengku Iman Danny melangkah masuk kedalam tanpa memandang Cinderella.
"Boleh saya tahu apa yang tuan cari?" Soal Cinderella.
"Aku cari air kosong" Balas Tengku Iman Danny.
"Ada tuan! Tuan sebut je tuan nak jenama apa, Spritzer? Sea master? Volvic? Evian? Fiji?" Pelawa Cinderella kepada Tengku Iman.
"Ermm.. Aku nak.." Belum sempat Tengku Iman menghabiskan ayatnya Cinderella terlebih dahulu memotong.
"Kalau tuan nak yang rasa light-light tuan boleh ambil Spritzer, kalau nak yang crispy and fresh boleh ambil Volvic, kalau tuan nak yang rasa smooth boleh ambil Fiji, kalau nak rasa mineral boleh ambil Evian" -Cinderella
"Ada beza ke rasa semua ni?" Soal Tengku Iman kehairanan, mineral je kot.
"Eh mestilah ada tuan! tengok harga lah.. Paling mahal Fiji, sabab Fiji paling sedap" Kata Cinderella.
"Mineral je kot.. Warna semua sama ja, mestilah rasa pun semua sama" -Tengku Iman Danny.
"Ehhh, lain tuan. Macam manusia la kentut semua busuk tapi hati lain-lain tuan, ada yang busuk ada yang tak. Hati manusia.. Siapa yang tahu" Kata Cinderella.
Tengku Iman Danny terdiam.
"Betul cakap minah ni hati manusia lain-lain, tapi aku datang nak beli mineral je kot. Perlu ke aku hadap semua ni? Penat lumba tadi pun tak habis lagi ni kan pulak perempuan ni nak asah minda aku fikir benda remeh ni? What the shit la!" Bisik Tengku Iman Danny dari dalam hati.
"Macam ni lah, awak bagi je saya mineral yang paling sedap" -Tengku Iman Danny.
"Yang paling sedap ek? Kejap saya pergi ambil" Kata Cinderella lalu melangkah kearah rak yang tersusun nya botol Fiji.
Diambilnya satu daripada botol yang tersusun di rak itu lalu dihulurkan kepada Tengku Iman.
"Ni yang paling sedap" - Cinderella.
"Berapa ringgit ni?" -Tengku Iman Danny.
"Murah je, sembilan belas ringgit sembilan puluh sembilan sen" -Cinderella.
Teguk liur Tengku Iman Danny mendengar harga mineral tersebut, belum pernah seumur hidupnya minum air kosong semahal itu.
Kad bank yang terselit di dompet dikeluarkan lalu dihulurkan kepada Cinderella.
Selesai sahaja proses pembayaran Cinderella pulangkan semula kad bank kepada Tengku Iman.
"Ni mineral yang paling sedap?" Soal Tengku Iman Danny sambil menyimpan semula kad bank tadi kedalam pakaian lumbanya.
"Ya, mineral paling sedap" -Cinderella.
"Rasa apa?" Soal Tengku Iman Danny lagi.
"Dah tuan beli mineral, rasa mineral la tuan" -Cinderella.
"Kata sedap, kot lah rasa lain" -Tengku Iman Danny.
"Tuan, belum pernah lagi dalam sejarah orang buat mineral rasa sunquick blackcurrant" -Cinderella
"So sebenarnya awak scam lah kan? Sebenarnya rasa dia sama ja macam rasa mineral yang lain kan?" Kata Tengku Iman Danny dengan nada menyindir.
"Mesti lah sama, nama pun mineral. Kalau tuan nak rasa ketum boleh cuba mountain diew purple" -Cinderella.
YOU ARE READING
Bukan Puteria Extrovert
Romance"Selalunya aku tengok, Cinderella dalam cerita omputih tu pemalu, elok, ayu, sopan, ini haihhh sakit kepala aku. Lain macam ye penangan Cinderella Malaysia ni" -Tengku Iman Danny "You gay?! Amazing! I memang dah lama cari yang gay!" -Lyq Cinderella...