Part 14🥀

350 29 1
                                    

Sesampai di rumah, Sofea turun dari kereta dengan langkah perlahan sambil tangan kirinya memegang beg plastik yang berisi itu. 

Namun, sedang dia melangkah masuk kedalam rumah, tiba-tiba, plastik yang dipegangnya itu direntap kuat. Sofea tersentak, matanya terbuka luas dan terkejut.

Raut wajah Zayn yang bengis jelas terpampang di hadapannya. Sofea tergamam seketika, perasaan takut makin bertambah dalam hatinya. 

"A... abang," suara Sofea tersekat-sekat.

Zayn diam, tidak mengeluarkan sepatah kata, tapi kemarahannya jelas terpancar dari wajahnya. Beg plastik yang dirampas itu terus dilemparkan ke dalam tong sampah dengar kasar.

Lantas, Zayn terus menarik lengan Sofea dengan kuat dan membawanya masuk ke dalam rumah. Sentuhan kasar Zayn, menambahkan takut di hati Sofea. 

"Mama!" Ziyad berlari ke arah Sofea. 

"Mana aiskrim Iyad?" tanya Ziyad.

Namun, sebelum Ziyad bertanyakan lagi, suara lantang Zayn memecah keheningan. 

"Iyad! Tepi!" bentaknya. Ziyad yang melihat terus terdiam kaku.

Zayn terus menarik lengan Sofea hingga ke biliknya. Pintu bilik terus ditutup rapat, membiarkan Ziyad berdiri keseorangan di ruang tamu. 

Sofea terdiam, tubuhnya kaku di hadapan Zayn yang sedang dalam amarah. Dia menundukkan kepalanya, menahan air mata yang mengalir. 

"Puas?!" bentak Zayn sekali lagi. "Puas dapat jumpa kekasih hati?!" 

Tuduhan itu terus menghentam hati Sofea, seolah-olah tiada runag untuknya menjelaskan. 

"Abang, sayang tak..." Sofea cuba menjelaskan, namun Zayn memotong kata-katanya. 

"Tak apa?!" tanya Zayn. "Dah memang benci hidup dengan abang ke apa?" 

Sofea menggeleng perlahan, air mata mulai jatuh ke pipinya. 

"Sebab tu, sayang nak pergi kedai sorang-sorang? Supaya dapat jumpa jantan tu lagi?" Desak Zayn. 

Suaranya penuh kekecewaan dan kemarahan yang tertahan. Matanya tajam menatap Sofea, seolah-olah mencari pengakuan yang tak terungkap.

"Tak, sayang tak macam tu, abang." Sofea terdiam, air matanya terus mengalir. 

"Habistu, kenapa dia selalu tahu fasal sayang? Di mana sayang, dekat situlah dia ada." 

"Sayang tak tahu... selepas sayang jumpa dia kat kedai, sayang memang nak balik, abang. Tapi, kepala sayang tiba-tiba sakit. Sakit sangat. Terus sayang tak ingat apa yang jadi." 

Zayn masih lagi tidak percaya. Kepalanya seolah-olah berputar, memikirkan semua ini. Matanya masih lagi memandang raut wajah Sofea.

"Abang tak percaya. Abang nak, sayang jujur dengan abang." Suara Zayn tegas, namun di sebalik ketegasan itu, ada nada kecewa yang tidak dapat disembunyikan.

Sofea terdiam, tidak tahu apa lagi yang harus dia ucapkan. Wajahnya penuh dengan kesedihan yang melanda. Setiap kata yang keluar dari mulutnya bagaikan sebuah penipuan, bagi suaminya. 

Zayn berdiri di hadapan Sofea dengan tatapan tajam. Hatinya berkecamuk, dan dia mengusap rambutnya kuat. Fikirannya berputar. Setelah itu, dia terus melangkah keluar dari bilk, meninggalkan Sofea tanpa pujukan.

Namun, di hadapan pintu, Ziyad sudah menunggu. Lantas dia terus berlari ke arah Sofea. 

"Mama..." ucap Ziyad sayu. 

Sofea memandang wajah kecil Ziyad. Anak lelaki itu jelas bingung. Sofea cuba tersenyum, walaupun hatinya terasa berat. Dia mengusap pipi Ziyad lembut. 

ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)Where stories live. Discover now