Sebulan kemudian
Freen dan becky kini sudah bergelar suami isteri, mereka baru mendirikan rumah tangga beberapa hari yang lalu.
"Nah air untuk my wife" ucap becky sambil meletakkan air dan makanan yang dibelinya diatas meja.
"Thank you babe"
"Oii meluat lah aku dengan kurang ni, tau lah korang ni dah berkahwin tapi hormat lah orang single dekat depan ni" geram nam.
"Tulah orang suruh cari tak nak, jual mahal. Hadap lah keromantisan kitorang ni"
"Ckk"
Freen dan becky hanya tersenyum melihat muka masam nam.
"Oh ya aku lupa 3 minggu lagi kita akan berkhemah kan?" Tanya becky
"Haah, saint cakap nanti akan perkhemahan di sebuah pergunungan, perkhemahan tu akan diadakan pada hari Ahad dan akan balik pada hari Rabu" jelas nam.
"Rat!!" Panggil nam sambil melambaikan tangan, freen dna becky berpaling ke belakang.
Rat hanya memandang mereka sekilas lalu pergi tanpa menjawab panggilan dari nam.
"Kenapa dengan rat? Aku tengok dia macam nak mengelak dari kita je" kata nam.
Freen menggeleng kepalanya perlahan manakala Becky hanya diam sambil menghirup teh ais.
'Baguslah kalau dia dah jauhkan diri daripada freen setelah aku tahu kejadian tu ada kaitan dengan dia'
FLASHBACK
Di sebuah cafe
Becky yang baru sampai di cafe mula masuk ke dalam cafe.
"Bagi saya satu Cappuccino latte hanya itu saja" kata Becky lalu memberikan menu kepada pelayan cafe.
"Aku dah cakap jangan berani munculkan diri di depan aku, kau nak aku bunuh kau ke"
"Aku minta maaf rat, aku perlukan duit. Please bantu aku"
"Kau ingat tu masalah aku ke haa, kerja yang aku suruh kau buat pun tak clear kau tahu tak orang yang aku suruh kau bunuh tu masih hidup dan sekarang dah bertunang dengan orang yang aku cinta" kata rat.
"Aku pun tak tahu dia selamat dalam kemalangan tu, saat aku tengok kereta dia dah berasap dan dia pun tak sedarkan diri so aku tinggalkan lah dia"
"Kau tahu tak banyak duit aku habiskan semata-mata nak lenyapkan si Becky tu"
Becky mengepal jari jemarinya erat.
FLASHBACK END
"Babe.. babe" panggil freen membuyarkan lamunan becky.
"Are you okay?" Tanya freen kehairanan apabila tiba² Becky termenung. Becky hanya tersenyum.
'Kalau freen tahu aku kemalangan berpunca dari rat aku yakin mesti freen akan bencikan kau rat bahkan akan menjauhkan diri daripada kau. Aku memang masih belum percaya kau sanggup nak bunuh aku demi memiliki freen sebelum kau nekad berbuat lebih lagi aku yang akan pastikan kejahatan kau terbongkar takkan siapa dapat memiliki freen termasuk kau rat' Guman Becky.
Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang waktu pelajaran sudah selesai.
"Sayang awak masuk ke dalam kereta dulu saya nak pergi toilet kejap"
Freen mengangguk lalu dia pun pergi dengan nam.
"Oii"
"Kenapa?"
"Telefon aku tertinggal dalam kelas kau, pergi lah dulu nanti aku menyusul" kata freen
"Hmm baiklah" jawab nam.
"Rat" panggil becky, rat memandang becky sekilas lalu meneruskan langkahnya.
"Kenapa sejak akhir² ni kau mengelak daripada aku" tanya Becky
"Aku tak mengelak pun" jawab rat datar.
"Lupakanlah freen, dia akan milik aku sepenuhnya, aku takkan biarkan siapa² rampas freen dari aku walaupun orang tu cuba untuk bunuh aku sekali pun"
"Kau mungkin boleh bodoh kan orang tapi jangan lupa Tuhan tak pernah tidur dia sentiasa melihat apa yang umat dia lakukan bahkan dia tahu apa yang telah kau lakukan pada aku dulu"
"Apa maksud kau?" Tanya rat
"Kalau betul kau cintakan freen, kau tak kan jadi pengecut kau takkan arahkan orang untuk bunuh aku"
Rat terdiam
"Aku betul² tak percaya orang yang aku anggap macam abang aku sendiri sanggup lakukan kejahatan pada aku"
"Aku tak tahu macam mana reaksi freen apabila mengetahui kau terlibat dalam pembunuhan tu"
"Kau mengarahkan orang melanggar aku sehingga aku hampir kehilangan nyawa"
Rat terkejut seolah-olah bertanya bagaimana becky tahu.
"Dan kau juga mengambil kesempatan itu bertunang dengan freen kerana kau tahu aku masih hidup"
"Kau berpura² kecewa supaya freen tidak meninggalkan kau"
"Kau tahu perasaan yang kau ada pada freen tu bukan perasaan cinta tapi kerana terlalu obses"
"Diam!!!!" Jerit rat tiba².
"Aku tak peduli lah rat kau nak buat² gila depan aku..."
"AKU CAKAP DIAM!!!!"
"Ya memang aku yang dah upah orang untuk bunuh kau, aku buat semua tu kerana aku cintakan freen, kau dah rampas dia dari aku"
"Aku dengan freen dah lama couple sebelum kau masuk kolej ni lagi, aku tak rampas dia dari siapa² termasuk kau"
"Aku tak peduli kau dengan dia dah lama couple, aku cintakan freen. Aku sayangkan dia aku nak jadi kan dia kekasih aku tapi semua tu dah musnah disebabkan kau" kata rat.
"Kau dengar baik² rat, sampai mati pun aku takkan serahkan freen pada orang lain jika hidup mati semula pun aku akan jaga dia dari lelaki macam kau" kata Becky.
"Berpunca daripada kau lah aku mengalami kelumpuhan dan aku terpaksa memutuskan hubungan kitorang" sambungnya lagi.
Rat terdiam.
"Betul ke semua ni rat" tanya freen yang tiba² berada di belakang becky. Rat dan becky menoleh kebelakang.
"Freen" rat mendekati freen.
"Aku tak sangka kau tergamak buat macam tu pada becky" kata freen.
"Aku buat semua tu sebab aku cintakan kau freen" kata rat.
"Dengan cara tu je aku boleh lakukan agar kau tak pergi meninggalkan aku freen" kata rat.
"Aku tak pernah berdendam dengan kau rat, aku memang kecewa lepas dapat tahu kau bertunang dengan freen tapi aku jauh lebih kecewa bila mengetahui kau punca aku kemalangan. Aku dengan freen saling mencintai sepatutnya kau kena sedar benda tu freen tak pernah cintakan kau. Memang korang bertunang tapi pernah kau tanya perasaan dia pada kau. Dia hanya anggap kau sebagai kawan" jelas becky.
Becky memegang tangan freen.
"Aku dan freen dah berkahwin aku harap kau dapat lupakan dia masih ramai lagi perempuan di luar sana, aku percaya akan ada pengganti freen untuk kau" sambung becky lagi.
Rat terdiam lalu dia pun pergi begitu saja.
"Mana freen ni cakap nak ambil telefon sampai sekarang pun tak muncul²" omel nam hampir 30 minit dia menunggu freen.
"Haa muncul pun kau, penat aku tunggu asal lambat?" Tanya nam
"Hehe sorry nam" ucap freen sambil tersenyum.
"Kau balik dengan siapa nam?" Tanya becky
"Aku balik naik teksi. Freen cakap dia nak balik dengan aku" jawab nam
"Kalau macam tu kau balik dengan aku jelah"
"Okay aku terima tawaran tu anggap jelah ni hutang untuk kau freen sebab biarkan aku menunggu 30 minit dekat sini huh" kata nam
Freen dan becky hanya tersenyum.
BERSAMBUNG
TQ 😊 sorry kalau kurang memuaskan hati semua orang.