21

24 2 0
                                    

"Aku terfikir, macam best kalau kita buat road trip. Ambil cuti beberapa hari, lepastu pergi bercuti kat mana-mana. Amacam?"

"Hmh..menarik. Bolehlah saya tenangkan fikiran dulu sebelum masuk kerja," jawab Hazel spontan sambil tersenyum lebar.

"Kau rasa...tempat mana yang sesuai?" Nufail menongkat dagu sambil melihat ke arahnya.

Lama Hazel fikir sebelum muncul satu idea yang menarik.

"Kita pergi rumah nenek Irene nak? Haritu Irene ada jemput saya bermalam dekat rumah nenek dia. Lagipun awak tak pernah lagi kan rasa suasana kampung?"

"Aku okay je. Asalkan ada kau. Kalau tak, seganlah aku nak jumpa dengan kawan kau tu," balas Nufail tersipu malu.

Hazel gelak kecil. Mulalah timbul idea nakal mahu kenakan Nufail.

"Awak suka dia ya?" Tanya Hazel selamba.

"Eeee takda maknanya aku nak suka kawan kau. Dahlah kuat melawan. Menyampah tahu tak?" Nufail tinggikan suara.

Terus Hazel merenungnya lelaki itu tajam. Pantang dia kalau mana-mana lelaki mengutuk sahabat baiknya.

"Lagi sekali saya dengar awak kutuk dia, saya sumbat awak dengan cili nanti." Ugutnya perlahan. Rasa tercabar pula bila Nufail tertawa pulas.

"Yela...sayang sangat kau dengan bff tu. Aku pun mesti dah tak ada dalam hati kau kan?" Bunga-bunga merajuk nak keluar.

Hazel pejam mata. Aduhai, apalah nasib. Dapat kawan, dua-dua kuat merajuk.

Hazel terdiam seketika, memandang ke luar tingkap sambil meneguk sisa terakhir Mocha Latte miliknya. Cahaya senja makin malap, mencipta suasana tenang di luar café. Teringat pula Hazel dengan pertemuan pertama antara dia dan Theo. Dia senyum kelat ,menyedari betapa rindunya dia kepada lelaki itu.

"Hazel, kau okay ke? Fikir apa tu?" Nufail bertanya apabila dia perasan perubahan di wajah Hazel.

Hazel menghela nafas perlahan, lalu menoleh kembali ke arah Nufail.

"Saya okay, cuma lately hati saya rasa tak tenang," gumamnya perlahan.

"Jangan fikir sangat Hazel. Kau tu muda lagi. Nanti tak pasal-pasal kena darah tinggi." Jawab Nufail namun gadis itu masih berdiam diri.

Ketika Hazel dan Nufail masih berbual, pintu café terbuka sekali lagi, dan Irene muncul dengan gaya santai, mengenakan kemeja kotak-kotak oversized dan sneakers putih. Dia cepat-cepat melangkah ke arah meja Hazel dengan senyum lebar.

"Hazel! Aku ingat kau kat rumah, rupanya lepak sini," katanya sambil meletakkan beg di atas meja, terus duduk.

"Irene, semalam kau cakap kau nak balik kampung nenek kau kan?" Tanya Hazel.

"Ha! Inilah aku nak beritahu ni. Apa kata kau ikut aku balik kampung nenek aku hujung minggu ni?"

"Kampung nenek kau? Dah lama aku tak balik kampung. Alang-alang bolehlah ajak Ian sekali."

Wajah Irene tiba-tiba berubah. Dia diam sekejap, kemudian mata dia mengecil sedikit.

"Ian? Ehem, sorry, Hazel, tapi… tak kot. Kau tahu aku tak boleh deal dengan dia.. Aku nak bercuti dalam keadaan yang tenang,bukan stress!"

Hazel tersengih, tahu apa yang Irene maksudkan. Nufail memang terkenal dengan sikap mulut lepasnya, kadang-kadang boleh menyakitkan hati tanpa sengaja. Tapi Hazel rasa tak lengkap kalau tak ajak Nufail, sebab dia memang salah seorang kawan rapat mereka.

"Halah kau! Nak kata orang mulut celupar, dia pun sama. Mengalahkan mami jarum!" Nufail jeling tak puas hati.

Irene merenung tajam ke arah Ian yang menyilangkan tangan di dada. jelas tidak terhibur.

Theo Gabriel Where stories live. Discover now