𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐓𝐡𝐚𝐥𝐢𝐚 dicampak ke jabatan yang lain walaupun dia meminta yang lain namun dia hanya mengikut kehendak sahaja. Tiada guna untuk dibantah sekali pun. Orang yang biasanya lemah lagi lembut ini boleh juga naik hantu kalau bukan ada seseorang yang suka berloyar buruk dengannya.
"Tuan tolonglah bagi balik fail tu, saya tengah sabar lagi ni Tuan Zulfiqar"
"Jap tunggu saya fikir dalam mungkin... sejam lebih? boleh?"
"Mestilah tak boleh Tuan, saya ada banyak lagi kerja nak kena buat"
𝐙𝐮𝐥𝐟𝐢𝐪𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐙𝐚𝐢𝐧 terlebih gula apabila wanita amusing itu muncul pada satu dinihari di jabatan yang dipimpin oleh olehnya. Bagi dia wanita itu terlalu unik dan dapat menarik perhatian dia sepenuhnya tanpa perlu mencuba pun.
Namun satu kejadian pramatang Zulfiqar menghancurkan terus ikatan yang masih dibina antara dia dengan Elina.
"Tak sangka kan? Oh wait.. mungkin kau dah sangka awal about this"
"...mungkin"
Sejak kejadian itu, Zulfiqar dihantui penyesalan, kecewa dengan dirinya sendiri kerana tindakan yang tanpa disedari telah menghancurkan segalanya. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa satu kesilapan boleh membawa padah sebesar ini. Jika dia berfikir sebelum bertindak, mungkin segalanya berbeza.
Satu masa Zul sudah nekad dan mahu bersungguh untuk Elina yang sekarang sudah tiada secalit senyuman pada muka anggun dia.
Dapatkah Zulfiqar Harith Zain mendapat peluang kedua hati Elina Thalia dengan ikhlas?
YOU ARE READING
Merangkai Serpihan
Romance𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐓𝐡𝐚𝐥𝐢𝐚 x 𝐙𝐮𝐥𝐟𝐢𝐪𝐚𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐙𝐚𝐢𝐧 maaf lah ya jika pendek sangat chapternya...