Telefon bimbit dibawa keluar dari kocek seluar . Nombor Darin di dail .
"Hai Assalammualaikum! " Sapa Tuanie terlebih dahulu.
"Hm. Waalaikumussalam. " Jawab Darin ringkas.
" Sweetness, get ready in a nice dress... I'll be home soon." Kata Tuanie sebelum mematikan panggilan. Mata masih menumpu pada pemanduan.
Darin hanya memandang skrin telefon yang berubah menjadi gelap. Tanpa membuang masa , kaki pendek itu jalan kiri kanan ke arah bilik baju yang terletak didalam bilik tidur mereka.
Diselak satu persatu helaian baju. Yang ini... erm macam tak kena. Yang ini, tak masuk dengan kain lah pulak.
Akhirnya, dia memilih untuk memakai kain dress yang berwarna hijau lumut , baju kemeja perempuan berwarna hijau muda dan tudung selendang berwarna koko lembut .
Kaki melangkah pula ke bilik lain yang menyimpan kasut dan beg tangan.
Beg tangan dan kasut yang berwarna putih dicapai. Minyak wangi dan sedikit solekan juga tidak lupa.
Bunyi enjin kereta Tuanie Adran memenuhi ruang. Salam diberi sebelum dia masuk ke dalam rumah. Darin sudah bersedia mahu keluar. Tangan Darin ditarik sebelum masuk ke dalam kereta.
Pedal minyak ditekan sebelum menuju tempat istimewa itu.
"Sweetness? "
"Hm, " Jawab Darin ringkas. Pandangan dilempar keluar.
"Marah abang lagi ke? "
"Tak. "
Taunie mengeluh perlahan, tangan menggagau tempat duduk belakang. Darin masih lagi dengan posisinya. Sejambak Bunga Mawar di sua kearah muka Darin. Terkejut Darin dibuatnya.
"For? "
"For you my Sweetness. "
"Sejambak je? "
" Tengok lah dekat belakang. "
Darin menoleh ke arah belakang ... terlihat berjambak - jambak Bunga Mawar menghiasi tempat penumpang belakang. Bulat mata Darin melihatnya.
"Wow! " Tangan kecil itu naik menekup mulut sendiri. Bapak banyak.
Terus Darin memeluk leher Tuanie, pipi suaminya dicium berkali - kali.
" Sweetness, abang tengah drive ni. " Ujar Tuanie lembut sambil memegang tangan isterinya yang masih tidak lepas daripada memeluk dia.
"Thank you! " Ujar Darin ikhlas.
"Most welcome my Sweetness. Dah tak marah abang ke? "
"Siapa kata Darin marah abang? " Aik...
Tuanie mengeleng kepalanya beberapa kali. Apa - apa saja lah , asalkan isterinya bahagia.
Kereta di parkir di kotak parkir khas VVIP . Very very important person.
' Restoran Siakap '
Isterinya memang suka Ikan Siakap... apa boleh buat? Kawan nu original melayu.
Tuanie membuka pintu kereta buat Darin. Wanita itu terpukau melihat keindahan alam. Kedai Ikan Siakap... ikan kegemarannya , ditambah pula di tepi pantai... fuhhh memang mantap!
Mereka berdua berpegangan tangan melangkah masuk kedalam restoran itu... Darin menyangkakan mereka akan makan didalam kedai , tetapi suaminya seperti tahu - tahu sahaja...
Satu meja di persisiran pantai yang dihiasi lampu lilin dan kelopak bunga bertaburan di atas meja dan pasir. Cengkerang yang tersusun cantik disekeliling mereka membentuk hati. Ada lampu Angsa yang membengkokkan lehernya membentuk love melengkapkan lagi sudut itu. Sangat sempurna .
Tuanie menarik kerusi buat Darin, makanan yang sangat lazat baru dihidangkan oleh pelayan.
Ada, Siakap Tiga Rasa... Sotong goreng celup tepung, Tomyam campur , Sayur Kailan, Telur dadar, Ayam goreng kunyit , Kerang Bakar dan Air Kelapa yang dihiasi payung kecil.
Darin terlompat teruja sebelum sekali lagi memeluk Tuanie...
"Suka? "
Darin mengangguk bahagia. Mereka bersama - sama menjamu selera.
