"Arghhhhhh! Sakitlah!"Bergema ruangan itu dengan jeritan Balqis apabila jari kaki dan tangan dikepit dengan pengepit yang tajam. Seronok Amil dan Farhan menyepit kesemua jari Balqis.
Sekali Balqis membuka mulut, terus mereka menekannya. Bagi mereka jeritan Balqis terlalu biasa didengari.
"Buanglah! Sakit hiksss..." rintih Balqis meminta simpati. Dia sudah tidak tahan lagi diseksa. Walaupun mereka hanya menyeksanya dengan cara halus, tetapi sakitnya yang teramat sekali.
Pernah sekali Amil mengepit kukunya sehingga bahagian isi juga terkepit sekali. Balqis apalagi? Meraung sambil menangis menahan kesakitan.
"Ni, tangan ni lah yang jahat sangat bunuh ibu Fayyadh kan. Biasa dia tu..." usik Farhan sambil menekan lagi pengepit di jari Balqis.
Ternganga bibir Balqis apabila merasa sakit. Dia ingin menjerit tetapi sudah tiada suara yang mampu dia keluarkan. Badannya terasa lemah sekali.
Amil dan Farhan terus mengalihkan pandangan kebelakang apabila kedengaran pintu ruangan dibuka. Muncul wajah Fayyadh dan Raiyan di muka pintu.
Tersenyum senget Fayyadh melihat keadaan Balqis yang serabai dan lemah. Hari ini ialah hari dimana mereka akan menamatkan riwayat Balqis.
Kerana apa? Kerana akan ada penghuni baru yang akan dikurung didalam ruangan istimewa ini.
"Balqis sayang... Yadh datang ni" tegur Fayyadh dengan sinis. Dia mencangkung dihadapan Balqis yang menunduk memandang lantai.
"Tengah kira apa tu dekat lantai? Aku hensem dekat depan ni, taknak pandang ke?" soal Fayyadh. Dia mencengkam rahang Balqis dengan kasar dan terus mendongakkan gadis itu.
Balqis mendesis sakit. Dia sudah tidak bermaya lagi untuk melawan Fayyadh. "Bu...nuh je..lah aa..aku.." tergagap-gapap Balqis berkata.
"Rileks lah. Awal lagi kot nak bunuh kau. Kalut-kalut nak pergi mana? Ke memang dah taksabar nak mampus?" soal Fayyadh diselangi dengan tawa sinis.
Berkerut sakit muka Balqis apabila Fayyadh menguatkan lagi cengkaman di rahang Balqis. "Sss...sakit" rintih Balqis.
"Sakit hm? Macam ni jugaklah ibu aku sakit dulu. Kau tahu tak, bertahun ibu jalani rawatan untuk sihat macam sediakala. Tapi kau.."
"Kau bunuh dia di saat dia dah hampir sihat. Kau bunuh dia tanpa dia tahu apa salah dia! Kau kejam, Balqis! Kalau kau rasa apa yang aku buat sekarang ni kejam.."
"Kau lebih kejam! Kau bunuh orang yang takda kena mengena dengan kau! Kau memang sial!"
Pangggggg...
Berdesing telinga Balqis dan terteleng mukanya apabila ditampar kuat oleh tangan besar Fayyadh. Kekiri-kekanan wajahnya ditampar Fayyadh berkali-kali.
Raiyan terus menahan Fayyadh yang kelihatan sudah hilang kawalan. "Sabar Yadh!" tinggi suaranya agar dapat menyedarkan Fayyadh.
Ternganga Amil dan Farhan di penjuru ruangan. Farhan menelan kesat airliurnya. Tidak menyangka Fayyadh segila ini. Dia menyangka Fayyadh hanya seorang yang garang di mulut sahaja.
"Luke.." bisik Farhan. "Apa Han?" balas Amil yang juga berbisik.
"Aku tak sangka dia macam ni weh. Aku nak terkencing.." bisik Farhan lagi. Amil menepuk dahi.
"Kau ni asal takut je mesti nak terkencing. Tak gangster betul" bebel Amil.Raiyan melepaskan Fayyadh lalu menuju kearah papan yang dipenuhi dengan senjata api. Dia mengambil sepucuk pistol dan mengisi peluru dengan serta merta.
"Nah" Raiyan menghulur pistol itu kepada Fayyadh. "Headshot terus habis cerita.." kata Raiyan. Dia juga malas hendak menunggu lama.
Nak balik jumpa isteri ni. Kemain awal-awal jual mahal, sekarang dia yang obses terlebih. Ceh
Fayyadh tidak menunggu lama, dia merampas pistol itu dan terus menarik picu. Pistol di angkat tepat menghala kearah kepala Balqis yang tidak bermaya.
Bibirnya pecah akibat ditampar berkali-kali. Fayyadh kejam? Tidak. Dia lakukan demi membalas dendam untuk ibunya.
"Any last words baby?" soal Fayyadh dengan sinis.
Balqis membuka kelopak mata dan memandang tepat kearah Fayyadh yang mengacu pistol kepadanya.
"Ma..af"
Itu sahaja yang dapat Balqis ungkapkan sebelum dengan sendiri dia menutup kelopak dan terbaring kaku. Dia langsung tidak diberikan makan. Dia hanya diberi minum sahaja. Badan yang lemah akibat diseksa membuatkan Balqis pergi dengan sendirinya.
"Cek nadi dia" arah Fayyadh kepada Amil dan Farhan. Segera Amil mencangkung di tepi Balqis. Dia memeriksa denyutan nadi di bahagian pergelangan tangan.
Amil memandang Fayyadh dan Raiyan lalu menggeleng kepalanya. "She's dead" katanya. Dia memandang Balqis yang terbaring kaku dengan wajahnya luka disekitar bibir dan pipi.
"Waktu kematian 12 malam" kata Farhan sambil melihat jam. Fayyadh menurunkan pistol dengan perlahan. Dia memandang sekujur tubuh Balqis.
"Ibu.."
"Yadh tahu ibu takkan suka dengan apa yang Yadh buat. Tapi Yadh tak tenang selagi dendam Yadh tak terbalas. Dan sekarang, Yadh dah balas dendam untuk ibu. Yadh akan berubah, ibu"
"Yadh tak akan buat lagi. Yadh sayang ibu selamanya.." tanpa dia sedar tubir matanya sudah pun berkaca. Masih terngiang-ngiang pesanan yang ditinggalkan ibunya sebelum dia menghembus nafas terakhir.
'Yadh budak baik. Kalau ibu dah takda, Yadh jadi orang yang berguna ye. Biarlah orang buat jahat dekat kita, kita jangan balas. Kalau kita balas, berarti kita pun sama macam dia. Ibu tahu anak ibu bukan orang macam tu kan? Ibu sayang Yadh. Yadh satu-satunya anak ibu. Ibu berjuang untuk Yadh. Tunggu ibu..'
Surat terakhir daripada Puan Fadhilah sehari sebelum dia diracun. Terdetik hatinya untuk menulis surat buat anaknya yang tercinta. Tidak dia tahu bahawa surat itu ialah peninggalannya yang terakhir.
Dia berjuang untuk sihat demi anaknya tetapi dia kalah sebelum sampai ke garisan penamat. Semuanya hanya kerana perasaan busuk hati seorang Balqis Irdina.
Fayyadh mengesat pipi. "Luke, Han. Kau selesaikan perempuan ni" arah Fayyadh sebelum meninggalkan ruangan itu.
Tugasnya sudah selesai. Sekarang hanya tinggal untuk membantu rakan baiknya membalas dendam.
YOU ARE READING
2 | Han's Baby 🪽 [ OG ]
Romance[ KARYA KEDUA 💄 ] Hanz Zaidan + Andara Safiyya 🕊️ No emotions man + Broken home girl 🪽 Pertemuan yang tidak disangka telah meruntuhkan benteng dihati keras Hanz Zaidan. Tidak percaya dengan cinta tetapi jatuh ke lubuk yang paling dalam. | Hanz Z...