Kaki yang panjang itu melangkah turun ke arah ruang tamu, kedengaran bising yang mengganggu lenanya dari tadi menarik perhatiannya.
Rambutnya yang serabai itu dibiarkan, kakinya laju sahaja menurun anak tangga sambil melihat ke arah ruang tamu.
"Ha, Qayyum. Laju betul turun tu." Sapa Makcik Kina dari arah dapur, tanganya memegang dulang yang berisi dengan 4 air kopi.
Langkah Qayyum yang tadinya laju terus terhenti, kakinya perlahan-lahan turun tangga dan menyapa ke arah Makcik Kina.
"Siapa datang tu makcik?" Tanya Qayyum dengan suara seraknya, matanya menunjukkan ke arah mereka yang... tidak dikenali.
Makcik Kina tergelak kecil melihat riak muka Qayyum yang serius.
"Haih, itu la Dato' Azhar, yang sebelah tu isteri dia, Datin Syahidah. Yang dua orang tu pulak anak dia. Anis Arissa dengan Syakir Nuqman. Takkan kamu tak kenal kut?" Balas Makcik Kina dengan senyuman mengejek. Dia tergelak kecil sebelum meletakkan dulang itu di atas meja makan.
"Siapa? Saya tak kenal la makcik." Balas Qayyum dengan mukanya yang blur. Tangannya naik dan menggaru tengkuknya yang tidak gatal.
"Qayyum, qayyum... ala.. si Syakir yang selalu intai kamu dalam tandas masa sekolah rendah dulu. Takkan kamu tak ingat, kamu sendiri yang mengadu kat makcik tau. Haish.." Makcik Kina tergelak kecil, tersengguk-sengguk dia melepaskan gelak.
Qayyum terdiam seketika. Cuba mengingati individu yang diberitahukan oleh Makcik Kina tadi.
Hm.. Oh ye! Syakir Nuqman!
Melihat riak wajah Qayyum yang sudah mengingat kembali siapakah Syakir, Makcik Kina terus tergelak kecil sekali lagi sebelum mengambil semula dulang yang berada di atas meja dan berjalan ke arah ruang tamu.
Dihidangkan air kopi itu kepada mereka berempat dengan senyuman manis Makcik Kina. Fuh!
"Pergi la dekat diaorang tu, Qayyum oi. Nak duduk sini sampai malam ke? Dah la tak mandi." Usik Makcik Kina sebelum dia masuk ke arah dapur.
Qayyum terus tergelak kecil melihat usikan Makcik Kina sebelum berjalan ke arah ruang tamu. Bunyi perbualan mereka jelas didengari dari arah dapur.
"Ha.. anak papa ni. Meh sini salam Uncle Azhar dengan Aunty Syahidah." Ujar Engku Hattar dari ruang tamu ketika melihat anaknya berjalan ke arah mereka.
Keenam-enam mereka melihat Qayyum dengan tubuh tinggi dan tegapnya berjalan ke arah mereka dengan senyuman yang dipaksa.
Qayyum melabuhkan punggungnya disebelah mamanya, Che Puan Hiza dengan muka yang membosankan.
"Qayyum... pergi la salam mereka. Tak manis la buat macam tu dekat tetamu." Bisik Puan Hiza pada anak sulungnya itu. Qayyum mengeluh sebelum membangunkan badannya semula ke arah mereka, terasa berat pula badan ni.
Dia melemparkan senyuman yang dipaksa ke arah mereka berempat sebelum bersalam-salaman dengan Dato' Azhar dan juga Datin Syahidah.
Kepada Syakir, dia hanya melemparkan senyuman yang ikhlas. Tetapi pada Anis, dia hanya nak taknak sahaja.
Mana taknya, Anis tengok dia macam dia ni tak pakai baju. Gatal sahaja pandangan matanya ke seluruh tubuh Qayyum.
"Ha Qayyum, tahu tak kenapa diaorang datang harini?" Tanya Puan Hiza selepas anaknya itu melabuhkan kembali punggungnya disebelah Puan Hiza.
"Tak tahu lah mama... kalau Qayyum dah tahu, dah lama dah Qayyum bagitahu. Siap boleh buat karangan lagi." Balas Qayyum dengan nada mengusik sebelum melepaskan tawa kecil.
"Haih.. pasal Gerald Holding tu la. Dato' Azhar datang sini sebab nak bincang dengan kamu. Dia kata dia nak beli business tu dengan kamu." Balas Puan Hiza pada anaknya. Turut diikuti dengan anggukan kecil dari keluarga Dato' Azhar.
"Oh.. kalau pasal tu boleh je Dato'. Cuma.. ada beberapa yang mungkin dah terlepas pandang oleh kami. Contoh macam, pekerja, kualiti masa dan juga interior lah." Kata Qayyum pada Dato' Azhar, nadanya yang tadi malas terus bertukar menjadi biasa.
Dato' Azhar mengangguk sebelum melihat ke arah keluarganya. Meminta pendapat kecil.
"Kalau macam tu, ini dikira Engku Qayyum boleh juallah syarikat tu pada saya?" Tanya Dato' Azhar dengan nada yang betul-betul ingin membeli.
Qayyum mengangguk dan tersenyum ke arah mereka. Jadi, syarikat itu adalah fully kepada Dato' Azhar.
"Nanti pasal payment ke... nanti saya akan bagitahu Dato'. Mulai sekarang, saya serahkan semuanya pada Dato' untuk Dato' buat apa sahaja, Dato' nak ubah suai ke nak apa ke, Dato' buat jela. Nanti pasal duit tu, saya boleh pertimbangkan." Kata Qayyum dengan senyuman, gembira sahaja dia melihat orang lain bahagia.
•••••
"Mama, mana Qayyim? Daripada tadi lagi Qayyum tak jumpa dia." Tanya Qayyum di dalam bilik Engku Hattar dan Puan Hiza.
"Haih.. biasa la adik kamu tu, Qayyum. Kalau time-time macam ni... biasanya dia keluar dengan kawan dia. Termasuklah si Natasha." Balas Puan Hiza dengan keluhan dimukanya, tahu sahajalah perangai kembar Qayyum bagaimana.
Dengar nama Natasha, terus matanya tertancap tajam ke arah Engku Hattar dan Puan Hiza. Perasaannya tidak dapat diungkapkan, cemburu atau.. benci?
"Natasha?" Qayyum mengulang semula nama Natasha yang dituturkan dalam ayat Puan Hiza.
Puan Hiza mengangguk perlahan. Engku Hattar sahaja yang diam daripada tadi, mengeluh perlahan.
"Kenapa? Kamu sukakan si Natasha tu ke?" Usik Engku Hattar sambil membaca surat khabar, mukanya dihalang oleh surat khabar tersebut.
Mendengar soalan itu, Qayyum terus membuat muka geli dan rasa ingin muntah.
"Eee, tolonglah pa. Dengar nama dia pun Qayyum dah boleh geli apatah lagi nak sukakan dia." Kata Qayyum sambil membuat muka geli.
"Ye ke geli? Habistu tadi yang sampai ulang nama dia tu apa? Geli ke?" Tanya Puan Hiza sambil mengangkat keningnya.
Kalini, Qayyum tidak dapat menjawab soalan tersebut. Dia membiarkan soalan itu tergantung tanpa seribu satu bunyi.
Engku Hattar dan Puan Hiza menggelengkan kepala melihat perubahan pada muka anak sulung mereka itu serta merta. Mengeluh perlahan, ada-ada sahaja lah Engku Emran Qayyum ini.
YOU ARE READING
QAYYUM'S LOVE: HIS SWEETHEART [ OG ]
عاطفيةGatal, penyibuk, miang, tak ada masa depan. Itulah gelaran yang diberikan oleh Engku Natasha Aliya pada Engku Emran Qayyum sejak mereka kecil lagi. Mereka berdua adalah musuh yang membenci antara satu sama lain, tetapi keluarga mereka begitu rapat...