Bab 19

210 8 0
                                    

Nashwa yang baru sahaja bangun pantas mencapai telephone bimbit di atas meja kecil disebelah katilnya,jam di screen telephone dipandang sekilas, sudah pukul 10 pagi,terlajak pulak dia tidor, nasib sahaja mamanya tidak berleter.

Dia kemudian bangun dari katil,tuala mandi yang elok tersangkut di almarinya di ambil dan kemudian dia melangkah kearah pintu biliknya.

Setelah pulas sahaja tombol pintu,ada seseorang yang sangat dia kenali sedang rancak berborak bersama Naufal diruang tamu,kedua lelaki itu memandang kearahnya.

Lelaki itu adalah Muhammad Firas.Crush Nashwa sewaktu sekolah menengah dahulu,aka kawan baik kepada abangnya Naufal.

Pap!

Nashwa dengan pantas menutup pintu bilik itu kembali.

Malu.

"Apa pulak yang mamat ni buat dekat sini? Aduh malunya.." Nashwa meraup wajahnya.

Ting!

Notification masuk.

Nashwa dengan pantas mencapai telephone yang berada di atas katil itu.

Unknown:

Make sure kau balik semula sebelum maghrib ,kalau selepas maghrib kau masih belum sampai aku potong gaji kau.

Huh? Nashwa mengerutkan dahi.

"Siapa pulak ni? Potong gaji? Tuan Adyan ke? Tapi...macam mana dia tahu nombor aku? Bukan ke aku tak pernah bagi dia nombor aku dan dia pon tak pernah bagi aku nombor dia?" Soal Nashwa hairan.

"Ishh seramlah aku dengan orang tua ni."
Nashwa mencampak telephonennya ke atas katil.

"Tak sekarang ni macam mana aku nak keluar mandi ni...takkanlah aku nak keluar dengan muka aku yang beru bangun ni memang taklah eww rosaklah imej aku nanti."

Nashwa kemudian kembali berbaring di atas katil, lama-lama ada juga yang tertidur semula nanti.













"Baby wait!" Jerit lelaki itu.

"Sudahlah Rafif! Saya cakap taknak awak tak faham bahasa lagi ke?!" Arissa kembali menengking.

"Apa yang susah sangat?! Aku minta get back je pon tu pon susah ke?!"

"Saya taknak! Awak tak ikhlas pon cintakan saya Rafif! Awak minta get back pon sebab awak baru tahu Daddy saya siapa kan?! Bukannya sebab awak cintakan saya! Awak cuma nakkan harta family saya je saya tahu semua tu Rafif!" Ujar Arissa panjang lebar dengan perasaan geram.

Rafif mengetap rahang,dia kemudian menampar pipi mulus gadis dihadapannya itu dengan kasar.

"Siallah kau ni! Kau ingat aku nakkan kau sangat ke?! Kau ingat kau cantik ke?! Mentang-mentang kau ada kuasa jadi kau mentah-mentah je reject aku haa perempuan?! Aku taknak ponlah perempuan macam kau ni! Betullah apa kau cakap,Aku nak harta kau je kau kena ingat benda tu! Kalau bukan sebab harta memang taklah aku nak get back dengan kau! Perempuan jalang!"

Tangannya sekali lagi naik ingin menampar gadis itu.

"Woii!" Jerit seorang lelaki dari jauh.

Rafif yang melihat lelaki itu mula mendekati mereka terus berlari dari kawasan itu.

"Tau pulak takut tadi bukan main sangat! Dasar jantan takde telur!"

Dia kemudian memandang Arissa yang sudah basah dipenuhi air mata.Sakit.Sakit apabila ditengking dan dihina seperti itu.

"Kau okay tak?" Soal lelaki itu.

"Saya okay jangan risau,terima kasih dah tolong saya." Ujar Arissa sambil mengelap air matanya.

"Nah tisu." Lelaki itu menyua beberapa keping tisu yang masih tersisa.Dia juga baru sahaja menangis kerana masalah rumah tangga.

"Thanks." Ujar Arissa.

"Jomlah aku bawa kau pergi minum dekat kedai depan tu,kau kena rilex dulu,kau tak boleh balik terus ni nanti bila hati kau sakit otak kau akan mula stress tau-tau dah terbabas dekat jalan raya." Pelawa lelaki itu dan diselitkan juga nasihat.

"Kenapa pulak?" Soal Arissa.

"Kau tak tengok ke berita isteri Accident sebab suami buat prank curang? Kau punya situation ni akan jadi sama macam dia kalau aku tak halang,memandu dalam perasaan kecewa." Jelas lelaki itu.

Arissa ketawa kecil.

"Hm yelah..tapi awak nak belanja ke?" Soal Arissa sahaja ingin mengusik,padahal dia pon banyak duit.

"Saya yang ajak mestilah saya belanja."

"Ok boleh,jom." Arissa terima pelawaan lelaki itu tadi.


"Ouh btw nama awak siapa?" Soal Arissa secara tiba-tiba.

"Aatif Ayman,panggil je Aatif." Gumam lelaki itu.

"Nice name,saya Arissa,Arissa Sofea." Beritahu Arissa pula dengan melemparkan senyuman manisnya.

"Em jomlah saya tak boleh lama-lama sangat ni takut abang saya marah nanti balik lewat." Beritahu Arissa kepada lelaki itu.

"Sure."
















"Eh Nashwa kenapa kau bawak kitorang dekat sini huh?" Soal Danial.

"Aku nak belanja korang something." Beritahu Nashwa.

"Belanja kitorang? Untuk apa?" Soal Danny pula.

"Sebab dah tolong aku selamatkan Mikael semalam,lagipon kejap lagi aku dah kena balik dah so dengan masa yang tersisa ni lah aku nak spend time dengan korang,tapi tulah..
Aatif pula takde." Nadanya berubah sedih.

"Biar jelah Aatif tu..dia mesti tengah dating dengan perempuan simpanan dia,eh tapikan kau nak belanja kitorang apa?" Soal Danny.

"Ikutlah korang nak apa,tapi janganlah yang mahal sangat aku bukannya banyak duit."
Sudahlah Danial dengan Danny kaki pau,nanti habis melayang duit dia.

"Okay..kalau macamtu jom masuk kedai tu!" Beritahu Danial sambil jari telunjuk menunjuk kearah kedai yang menjual Teddy bear.

"Hang nak buat apa dekat situ setan?" Soal Dahin pelik.

"Beli teddy bear lah tanya lagi,boleh tak Nashwa?" Danial memandang kearah Nashwa dengan mata terkebil-kebil.

"Kau nak buat apa dengan teddy bear? Kau tu jantan tau Danial." Gumam Nashwa.

"Aku nak beli teddy bear singa supaya nanti aku selalu ingat kau,kau kan suka singa." Jawab Danial.

"Kalau macamtu aku pon samalah! Aku nak teddy bear harimau,barulah matching dengan kembar aku!" Beritahu Danny pula.

"Haih..apa-apa jelah,nasib naik alasan dia sebab aku,Dahin kau nak apa?" Soal Nashwa kepada Dahin pula.

"Aku nak masuk popular,nak beli novel." Jawab Dahin ringkas,Dahin sememangnya suka baca novel,rak buku dirumahnya penuh dengan novel.

"Hm dah agak dah,kau dengan novel mana boleh berpisah,yelah nanti aku belikan sekarang kita masuk kedai Teddy bear depan tu dulu baru kita pergi popular."

"Yeay! Sayang kau ketat-ketat! Jom!" Danial terus sahaja menarik lengan Nashwa kearah kedai yang menjual Teddy bear dihadapan mereka itu,diikuti dengan Danny dari belakang.

"Haih..kenapa lah hang pi ikut depa ni Nashwa..rumah aku tu dah bersepah dengan teddy bear depa." Leter Dahin seorang diri sebelum dia juga turut mengikuti mereka dari belakang.

Kau Yg Pertama Dan Terakhir (Slow Update Og)Where stories live. Discover now