Hari ini, suasana rumah Zayn agak riuh dengan borak yang asyik dan gelak tawa yang kuat. Maklumlah, sudah lama Puan Maimun tidak melihat anak, menantu serta cucunya.
Jika ada hari senang, dia akan melawat Sofea yang lagi sarat mengandung. Buat masa sekarang, Puan Maimun agak sibuk dengan pasukan NGO nya. Kadang-kadang, sampai terlupa tentang kesihatan mereka.
"Baby boy?!" ucap Puan Maimun terkejut.
"Haah... mommy," balas Sofea. Zayn berada di sebelahnya hanya tersenyum gembira.
"Kalau macam tu, Sofea nak letak nama apa? Dah ada idea?" tanya Puan Maimun dengan penuh minat.
Sofea tersenyum kecil, matanya melirik ke arah perutnya yang sedang menunggu hari sahaja. "Sofea ada terfikir juga, mommy. Cuma, Zayn beri banyak nama... pening nak pilih mana satu. " jawab Sofea.
Mereka terus berborak, cuba menyemarakkan suasana bahagia antara sebuah keluarga yang aman.
Namun, sedang asyik mereka berbual, pintu rumah diketuk. Mereka semua yang sedang duduk di sofa terus menoleh, memandang ke arah pintu masuk.
Amelia dengan selambanya terus melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Wajahnya penuh dengan senyuman, antara sebuah rancangan ataupun helah baru. Suasana di ruang tamu itu terasa tegang.
Zayn terasa resah, matanya tidak lari dari memandang Amelia yang terus duduk di sebelahnya dengan riak wajah yang biasa. Sofea pula, cuba mengekalkan senyuman, walaupun hatinya terasa seperti disiat-siat.
"Amelia? Macam mana awak ada kat sini?" tanya Puan Maimun.
Amelia senyum. "Owh... tadi saya pergi office Zayn, tapi dia tiada. Tu yang saya terus datang sini." jawab Amelia.
Puan Maimun yang duduk bersebelahan Sofea mula berasa tidak selesa dengan anak saudaranya itu.
"Tapi kan hari-hari lain boleh jumpa. Kenapa nak sekarang pulak? Awak tahukan Zayn cuti harini?"
Amelia tersenyum kecil, memandang Puan Maimun dengan wajah tidak bersalah.
"Ada benda penting, saya nak bincang dengan dia, Mak Long."
Sofea hanya duduk diam, sambil merasakan suasana yang sedikit tegang itu. Walaupun dia cuba tersenyum, ada sesuatu yang membuat hatinya tidak selesa melihat Amelia muncul.
Puan Maimun menarik nafas panjang. "Kalau macam tu, lain kali lah jumpa Zayn. Sekarang ni dia busy."
Sofea cuba untuk melarikan diri dari merasakan suasana yang sedikit meragukan dirinya. Dia meminta izin untuk ke dapur kerana ingin membancuh air.
Sesampai di dapur, dia merenung kosong. Tiba-tiba, dia teringat kata-kata dari wanita yang pernah dijumpanya sewaktu dia sedang berjalan-jalan di mall. Namun, kata-kata itu seolah-olah menyiat segala isi hatinya.
Sedang dia merenung kosong, fikirannya mula melayang ke arah satu tempat, dimana dia teringat sewaktu dia sedang menghamilkan anak pertamanya, Ziyad. Kejadian itu membuatkan dirinya bertambah ragu.
"Abang... abang dah janji tak jadi macam dulu, kan? Abang cakap, abang dah berubah... " bisik Sofea dalam hati, cuba membuang segala keraguan dalam dirinya.
Sedang dia termenung, tiba-tiba satu pelukan hangat hinggap di badannya. Dengan cepat, Sofea tersentak dan terus mengalhkan pandangan ke arah Zayn yang sedang memeluk tubuhnya erat.
"Sayang... buat apa lama-lama kat dapur, ni?" tanya Zayn, pipi Sofea dicium.
Sofea tersenyum kecil, cuba menyembunyikan kegelisahan yang berlegar-legar dalam fikirannya.
"Tak ada apa-apa. Cuma penat sikit," jawab Sofea sambil menggelengkan kepalanya.
Selepas itu, dia terus melangkah perlahan ke ruang tamu. Selesai dia menghidangkan air teh yang panas, dia terus duduk semula di sebelah Puan Maimun.
Masa terus berlalu, dan senja sudahpun tiba. Puan Maimun sudah pulang terlebih dahulu. Sofea duduk di atas sofa, sambil melihat anaknya yang leka bermain.
Namun, fokusnya kerap terganggu. Setiap kali matanya melihat ke arah Ziyad, ia akan kembali menoleh ke tingkap, ke arah dua sosok yang sedang berdiri di luar.
Dia melihat Zayn dan Amelia, percakapan mereka kelihatan serius. Sofea tahu ada benda yang penting, tapi dia cuba untuk tidak mengendahkannya.
"You... I dah penat nak tunggu tau. Berapa masa lagi yang you nak?" tanya Amelia.
Zayn menggeleng perlahan, cuba menahan kemarahannya yang semakin membuak.
"Amelia! Kau memang cari fasal dengan aku kan?!" bentak Zayn.
"Apa yang I dah buat?"
Zayn mengeluh, dia cuba menenangkan hatinya. "Kau dengan tiba-tiba datang rumah aku. Apa yang kau nak?"
"I nak you, Zayn Eskandar. I nak you..." desak Amelia.
"Tapi aku tak nak, kau." ujar Zayn, nadanya tegas.
"I tak kisah dengan semua tu, Zayn. I cuma nak you bertanggungjawab dengan anak yang ada dalam perut, I."
"Terserah pada, you. Kalau rasa taknak Sofea tahu semua ni, better kita kahwin cepat. I tak sabar ni." sambung Amelia lagi.
Zayn menggenggam tangannya, cuba bersikap tenang walaupun hatinya berkecamuk. Wanita itu benar-benar sanggup lakukan apa saja untuk mencapai kehendaknya.
"Better kau pergi dari rumah aku, sebelum aku hilang sabar."
"Pergi!" Zayn marah.
Amelia tersenyum sinis, seolah mencabar kesabaran Zayn yang jelas. Dia menghampiri Zayn dengan tenang dan meletakkan tangannya di dada Zayn.
"Well... kita tengok nanti, Zayn. You akan melutut kat kaki I." bisik Amelia dengan penuh sindiran.
Mata Amelia melirik tajam ke arah Sofea yang sedang memerhati dari dalam rumah, membuatkan senyumanya semakin melebar.
"Mungkin Sofea akan tahu, siapa sebenarnya Zayn Eskandar." ucap Amelia dengan suara beracun.
Zayn mengetap gigi, menahan amarah yang membara dalam dirinya. Dia ingin menepis tangan Amelia, namun dia sedar Sofea sedang melihat mereka, dan itu membuatnya lebih berhati-hati.
"Kau jangan cabar aku, Amelia. Aku tahu kerja aku, dan kau! Aku akan musnahkan semuanya, termasuk anak haram dalam perut kau." balas Zayn.
Amelia mengukirkan senyuman sinis semula. "Anak you pun sama, anak haram, Zayn. You fikir I tak tahu fasal Ziyad?" ucap Amelia sinis.
"Aku cakap berambus dari sini!" ujar Zayn, raut wajahnya merah menyala.
Amelia ketawa kecil, kemudian melangkah ke belakang sambil memandang Sofea sekilas.
"See you again, my husband... " katanya dengan nada mengejek, sebelum berbalik dan berjalan meninggalkan rumah itu.
Perasaan Sofea mula curiga tentang semua ini. Matanya tidak lepas memandang suaminya yang berdiri di halaman rumah. Zayn menarik nafas panjang, cuba menenagkan dirinya. Namun, dia tidak dapat mengelak dari pandangan Sofea yang jelas dengan tanda tanya.
Namun, sewaktu dia melangkah masuk kedalam rumahnya, Sofea hanya diam, tidak menanyakan satu pun soalan. Tapi, jauh di dalam hatinya, dia merasakan Sofea seperti ingin tahu semuanya. Dia berkeras untuk tidak menceritakan semuanya, berharap hubungan mereka akan kekal bahagia.
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
ISTERI YANG DISEKSA S2 (OG)
RomanceWarning : Baca season 1 untuk tidak mengelirukan pembaca. Setelah mengalami derita yang berpanjangan, Sofea akhirnya menemukan jalan kebahagiaan. Hidupnya kini bahagia bersama keluarga tercinta, Zyan dan Ziyad serta kandungannya. Namun, kebahagiaan...