BAB 10

4 0 0
                                    

Johor Bahru, Johor 

Affaz dan semua anggota kompeni B telah tiba di Johor. Affaz memandu menuju ke Kem Tebrau, Johor Bahru. Affaz tiba di Kem Tebrau, dia memasuki kem tersebut untuk berjumpa dengan seseorang di kem tersebut. Affaz baru pertama kali di kem tersebut jadi dia kurang tahu tentang kawasan kem tersebut. Tiba-tiba seseorang menyentuh bahu Affaz, Affaz menoleh ke belakang. "Leftenan Zayyan?" teka Affaz. Lelaki itu mengangguk, "Ya saya. Kau mesti Leftenan Affaz, selamat berkenalan." ucap Zayyan. 

Zayyan membawa Affaz ke bilik mesyuarat di kem tersebut. "Jadi, kenapa kau dihantar ke sini?" soal Zayyan. "Aku dihantar ke sini untuk menjadi spy dekat kawasan yang dah ditawan oleh Jepun." balas Affaz. Zayyan menongkat dagunya dengan tangannya, "So, Mejar Affendy hantar kau untuk bekerjasama dengan aku?" teka Zayyan. Affaz mengagguk. Mejar Affendy telah memberitahunya untuk bertemu dengan Leftenan Zayyan untuk membantunya. "Okay macam ni aku boleh tolong kau untuk masuk kawasan diorang tapi aku nak tanya kau, Kau nak aku tolong kau sampai mana?" soal Zayyan. 

"Kau... tak nak tolong aku sampai misi selesai ke?" soal Affaz. Zayyan menghela nafas berat, "Aku nak tapi aku dah pernah kantoi sebelum ni. Aku berjaya larikan diri tapi misi tu gagal." balas Zayyan. Affaz menghela nafas panjang, "Aku nak kau tolong aku sampai Klang, Selangor. Misi aku untuk tinjau keadaan Leftenan Qarizh yang telah ditangkap oleh Jepun pada minggu lepas." kata Affaz pula. Zayyan menatap Affaz tidak percaya apa yang baru didengarinya sebentar tadi. "Okay fine aku tukar fikiran. Aku akan teman kau sampai tempoh risikan kau tamat." kata Zayyan. 

Affaz tersenyum, "Betul ni?" soalnya. Zayyan mengangguk, sekarang baru dia tahu kenapa Qarizh dah lama tak membalas pesanannya. Zayyan mengambil sesuatu dari dalam almari di belakangnya lalu membalingnya ke arah Affaz. "Pakai tu, kita akan menyamar sebagai tentera Jepun." kata Zayyan. Affaz masuk ke bilik persalinan untuk menukar pakaiannya. Selesai menukar pakaian, Affaz keluar. "Bau baju ni agak lain." kata Affaz. "Memanglah, baju ni aku curi daripada askar Jepun yang aku bunuh. Aku dah cuci tapi bau darahnya still melekat." kata Zayyan. 

Affaz menyembur perfume keseluruh tubuhnya, "Nasib aku bawak perfume." katanya. Zayyan tertawa kecil. Selesai sahaja mereka berdua bersiap, mereka berjalan keluar dari bilik mesyuarat tersebut dan keluar dari pangkalan tersebut. Zayyan menghidupkan superbikenya, dia menyerahkan sepucuk pistol kepada Affaz. "Just in case kita perlukannya." kata Zayyan. "Serious la kita naik motor ni?" soal Affaz. "Habis kau nak jalan kaki?" soal Zayyan. Affaz menggeleng lalu duduk di belakang Zayyan. 

"Pegang kuat-kuat, nanti kau terbang aku yang susah." kata Zayyan lalu memulas throttle superbike lalu meluncur laju melalui lebuh raya utara-selatan. Affaz melihat ke sekelilingnya. Langit biru yang selalu memayungi Malaysia kini dipenuh asap hitam yang tebal. Infrastruktur maju yang dibina oleh kerajaan musnah, rumah rakyat dibakar dan hospital juga di bom. Affaz dapat rasa bahawa kabinet kerajaan masih berada di Putrajaya. Tapi dia tak boleh ke sana. Kenapa? Sebab misi dia untuk memantau keadaan sahabatnya di Klang. 

Mereka tiba di sempadan Negeri Sembilan-Selangor. Zayyan sedang berurusan dengan seorang askar Jepun manakala Affaz sedang memerhati kawasan sekitarnya. Dia memerhati setiap seorang tentera Jepun yang ada di sempadan tersebut. Affaz menyentuh bahu Zayyan, "Zay, kita kena cepat. Aku rasa diorang dah mula curiga." bisik Affaz. Zayyan mengangguk sebaik sahaja dia menerima semula dokumen miliknya. Kemudian mereka melewati sempadan tersebut, Affaz menghembus nafas lega begitu juga dengan Zayyan.

Setelah hampir tiga jam setengah menunggang, akhirnya Affaz dan Zayyan tiba di Klang. "Finally sampai pun kita." kata Affaz. Zayyan mengangguk, "Tapi kita masih kena tunggang benda ni sampai Pangkalan Jepun tu." katanya. Affaz mengeluh,"Tapi belakang aku dah nak patah ni. Rehat jap tak boleh ke?" bebel Affaz. Zayyan menoleh ke arah Affaz, "Kita tak boleh rehat dekat sini, Affaz. Dekat sini terlalu ramai Tentera Jepun. Aku risau nanti diorang akan rasa curiga dan end up kita kena tangkap." jelas Zayyan.

Mereka meneruskan perjalanan menuju ke Pangkalan Tentera Jepun. Mereka tiba di pangkalan tersebut, Zayyan dan Affaz menuruni superbike tersebut. "Jadi... Inilah pangkalannya." kata Zayyan. Affaz mengangguk lalu berjalan memasuki bangunan tersebut sambil diikuti oleh Zayyan. Mereka berdua berpecah untuk mencari keberadaan Qarizh. Affaz membuka satu per satu bilik di pangkalan tersebut manakala Zayyan sedang melihat keadaan diluar pangkalan itu.

Tiba-tiba Affaz terdengar seseorang menjerit, dia bergegas menuju ke tingkat lima bangunan tersebut. Affaz mendapati tingkat tersebut amat sunyi, tiada sesiapa pun di tingkat tersebut. Affaz masuk ke dalam sebuah bilik lalu menutup pintu bilik itu. Affaz menyalahkan jam tangannya, "Zayyan, masuk bangunan ni sekarang naik tingkat lima. Cepat sikit." arah Affaz. 'Aku harap orang dalam bilik tu bukan orang yang aku fikirkan sekarang ni.' kata Affaz sambil mengintai sedikit keluar bilik tersebut.

Zayyan sampai di tingkat tersebut. "Affaz mana kau." seru Zayyan sedikit kuat. Tiba-tiba pintu di sebelahnya terbuka, "Zayyan, sini cepat. Masuk." kata Affaz. Zayyan masuk ke dalam bilik tersebut. "Kenapa ni?" soal Zayyan. "Tadi sebelum kau naik, aku ada dengar suara orang menjerit kat bilik hujung koridor tu. Aku harap orang yang menjerit tu bukan orang yang aku fikirkan sekarang ni." jelas Affaz. Terdengar jeritan yang sama sekali lagi. "Affaz, aku rasa aku cam suara ni." kata Zayyan sambil membetulkan kolar bajunya. Affaz hanya membisu. "Tak mustahil itu dia, Zayyan." balas Affaz. Affaz dan Zayyan hanya mampu mendengar jeritan yang sama selama 5 minit dan akhirnya berhenti.

TAWANAN YANG DISEKSAWhere stories live. Discover now