Bab 22

228 11 1
                                    

Nashwa melihat jam ditangannya,sudah pukul 9 pagi, jarak office Tuan Adyan hanya mengambil masa setengah jam dari rumah itu. Dia baru selesai menyiapkan sarapan untuk Arissa kerana wanita itu ada dirumah.

"Mana grab ni aduh tak sampai-sampai pon lagi sekarang dah pukul berapa dah ni." Sekali lagi dia melihat jam ditangan, perasaannya saat ini sedang risau takut tak sempat sampai sebelum pukul 9:30 pagi seperti yang disuruh oleh Tuan Adyan.

*Telephone berdering*

Nashwa memandang kearah screen telephonenya,ini mesti pakcik grab,dia terus berlari keluar dari rumah itu tanpa mengangkat panggilan.

.
.
.
.
.

Sesampainya dia di company Tuan Adyan dimana disitulah terletaknya pejabat untuk semua pekerja yang bekerja dibawah syarikat Grand Royal Hotel.

"Bapaklah dia ni..macam mana aku nak masuk ni? Tak kena tahan ke? Office dia dekat tingkat berapa? Ini boleh sesat macamni." Dia kemudian mengambil phonenya yang berada di dalam bag tangan lalu dia call lelaki itu.

"Hm?" Jawab Adyan malas.

"Tuan saya dah sampai." Beritahu Nashwa.

"Habistu? Masuk jelah."

"Boleh ke saya masuk? Tak kena tahan ke?" Soal Nashwa.

"Jawab jelah kau nak jumpa aku." Beritahu lelaki yang berada didalam panggilan itu.

"Bukti? Mesti diorang nak bukti. Surat appointment ke, diorang tak minta?"

"Kau masuk je,dengar arahan aku boleh tak? Aku CEO ke kau CEO sekarang ni?" Suara lelaki itu bertukar geram.

"Yelah saya masuk." Nashwa menjulingkan matanya keatas sebelum dia meletakkan panggilan dan berjalan kearah pintu utama syarikat itu.

"Err mana bilik office Tuan Adyan?" Soal Nashwa kepada penjaga counter yang terletak di loby itu.

"Err Cik siapa ye dan atas urusan apa Cik nak jumpa dia ye?" Soal lelaki itu.

"Saya maid dia dan saya datang sini sebab dia yang suruh." Beritahu Nashwa.

"Cik ada buat appointment dulu ke?" Soal lelaki itu.

"Takde." Jawab Nashwa ringkas.

"Ouh maaf kalau takde Cik tak dibenarkan masuk sebab kami hanya lepas orang yang dah buat appointment sahaja untuk masuk kedalam."

"Ouh yeke..tapi dia suruh saya masuk je."

"Maaf Cik tapi memang tak boleh..itu memang peraturan dia."

"Em okaylah kalau macamtu." Nashwa kemudian duduk di sofa yang berada di loby itu.

"Aku dah cakap dah orang tua ni.." dia menyilangkan tangan dan kakinya.

3 minit kemudian lelaki itu memanggil Nashwa kembali.

"Err Cik!" Panggil lelaki tadi.

Nashwa bangun dan mendekati lelaki itu kembali.

"Ye?" Soal Nashwa.

"Cik nak jumpa Boss Adyan kan tadi? Cik boleh naik lift dekat depan tu lepastu Cik naik sampai ke tingkat 35." Beritahu lelaki itu.

"Ouh okay thank you." Nashwa sempat senyum seketika kepada lelaki itu sebelum dia berjalan mendekati lift yang berada tidak jauh dari counter itu,dia kemudian menekan butang lift ketingkat 40 seperti yang disuruh lelaki itu tadi.

"Cantik macamtu kerja maid je ke? Betul-betul buta boss ni." Gumam lelaki itu seorang diri sebelum Nashwa hilang dari pandangan mata.

Ting!

Kau Yg Pertama Dan Terakhir (Slow Update Og)Where stories live. Discover now